Karakter isteri yang dikaitkan dengan ‘singa’ bukan sifat asal seorang isteri atau ibu, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah.
Trainer Nuero Semantic-NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Dr Rozieta Shaary berkata, tekanan yang berpanjangan, stres dan kurang ilmu dalam menguruskan rumah tangga menjadi punca utama dalam perubahan karakter isteri menjadi lebih bersikap kasar.
Isteri Tidak Dapat Mengawal Situasi
“Segelintir isteri tidak dapat menangani situasi di luar kawalan mereka dan beranggapan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terkawal, namun sebaliknya berlaku,” katanya ketika menjadi panel FB LIVE Sinar Harian, hari ini.
Isteri Yang Lemah Lembut Berubah
Ads
Rozieta berkata, kemahiran dalam memastikan kerja rumah yang lebih tersusun, cara bertutur dengan ahli keluarga, pengurusan masa aktiviti harian serta pengetahuan berkaitan perkembangan anak-anak juga penting dalam diri seorang isteri.
“Kebanyakan isteri yang lemah lembut berubah menjadi garang disebabkan oleh faktor tersebut.
Wanita Menjadi Kasar Kerana Kurangnya Kasih Sayang
“Mereka juga sering mendapatkan nasihat daripada mereka yang salah dalam menangani tekanan,” katanya.
Ads
Tambahnya, nasihat daripada mereka yang beremosi juga menjadi penyebab kepada tindakan seorang isteri atau ibu menjadi kasar.
Dalam pada itu, Rozieta berkata, berdasarkan kajian seseorang wanita itu menjadi kasar kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Ads
Suami Memainkan Peranan Penting
“Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting dalam memberi sokongan, bantuan dan nasihat supaya isteri dapat berkongsi masalah sekaligus dapat menenangkan tekanan emosi yang dihadapi isteri,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu usaha bagi berkongsi ilmu dengan golongan suami isteri dalam membangunkan modal insan, Rozieta mengadakan bengkel dan seminar dalam membantu isteri membuat keputusan yang betul tanpa perlu menjadi ‘singa’.
“Selalunya suami yang akan datang mendaftar seminar dengan tujuan membantu isteri yang dilihat sentiasa berada dalam keadaan tertekan, “katanya.
Suami seorang anak emak adalah pilihan yang tepat. Apabila dia menjaga ibunya bermakna dia boleh menjaga isteri dengan baik. Namun dalam keadaan tertentu, ada jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa masalah dalam perhubungan.
Lelaki anak emak selalunya seorang yang baik, sensitif dengan keperluan dan perasaaan wanita. Siapa tak sayangkan ibu, insan yang wajib dihormati dan dipatuhi kerana syurga terletak pada reda seorang ibu.
Apabila anak lelaki berkenaan berkahwin, keadaan ini tidak perlu diubah. Taatnya kepada ibu perlu diteruskan. Cuma suami perlu memainkan peranan berlaku adil kepada ‘wanita-wanita’ dalam hidupnya. Antara ibu dan isteri perlu ada timbang tara yang berlainan.
Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan untuk para semua pasangan agar tahu batas-batas agar hubungan baik dengan ibu tidak mengeruhkan ikatan suami isteri.
Semua isteri tahu yang syurga seorang lelaki itu tetap bersama ibunya…semua isteri sedar akan perkara ini, tp janganlah jadikan itu sebagai alasan utk kita berlaku tidak adil dgn isteri, iaitu melebihkan ibu sehingga mengabaikan tanggungjawab2 terhadap si isteri dan anak2…
Susah isteri nak berlapang dada bila jd mcm ni…
PERLU BELAJAR BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
Nak buat keputusan utk keluarga sendiri hatta keputusan yg kecil, simple seperti nak p jalan2, nk kluar makan, nak belanja anak2, nak beli barang – semua tanya mak…
Apa jua yg berlaku dlm rumahtangga, isteri masak tak sedap, isteri blk keje lambat, isteri sibuk dgn anak2, isteri p kursus seminggu, isteri balik umah org tuanya – semua bgtau kat mak…
CARA ISTERI & IBU BERBEZA, JANGAN BANDINGKAN
“Mak saya kalau potong sayur, dia x potong mcm awk potong…mak saya klu siang ikan, dia akan buang isi perut ikan dlu…mak saya klu sidai baju, dia akan libas2 dulu baju…” – Semua dibandingkan dgn apa yg mak buat…
Apa yg perlu kita tahu, cara mak dgn cara isteri TAK SAMA tp at the end, keputusannya SAMA, hasilnya SAMA…sayur bleh mkn walaupun dipotong mcm tu, ikan boleh digoreng walaupun disiang mcm tu dan baju boleh kering dan dilipat walaupun dijemur mcm tu…
Ada kebaikan, ada keburukan jika kita nk tanya, bgtau dan bandingkan dgn mak akan smua perkara yg berlaku dlm rumahtangga kita…cumanya, kita perlu menilai dari sudut perlu atau tak kita berbuat sedemikian…apa kesannya jika kita berbuat sedemikian…
MESTI TAHU TUGAS SEORANG ANAK & SUAMI
Jadi seorang anak tak susah klu kita tahu cara nk jadi seorang suami yg baik…tp klu kita hanya tahu cara utk menjadi seorang anak sahaja, maka kita akan buat salah dlm menjadi seorang suami…
Letakkanlah mereka berdua di tempat yang sama, yg istimewa dalam hati kita kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab utk dijaga dan disayangi oleh kita sebagai seorang suami dan anak…
Jgn syurga yg kita cari, tapi neraka yg kita dapat dek kerana penganiayaan yg kita buat terhadap isteri dan anak2 kita sendiri…✌️
Bila nampak sahaja rumah bersepah, lagi-lagi bila anak koyakkan kertas dan sepahkan sana sini mulalah rasa hendak marah. Jangan begitu kerana banyak kelebihannya aktiviti mengoyakkan kertas ini pada anak.
Anak bukan hanya fokus bahkan dapat meningkatkan kemahiran motor halusnya. Bahkan menurut perkongsian, Muhammad Wafiy, banyak manfaat lain yang anak perolehi ketika melakukan aktiviti ini. Jadi biarkan anak berkreatif ketika mengoyak kertas.
5-10 minit aktiviti untuk anak. Setiap minggu saya akan cuba dan paksa peruntukan masa yang berkualiti untuk Nuha.
Aktiviti hari ini koyak kertas. Betul tu koyak kertas. Sepah tak apa ayah boleh kemas. Jom kita koyak-koyak kertas.
Kebetulan anak buah ada, saya prompt sekali.
Apa yang Nuha dapat hasil aktiviti ni?
1. Eye contact & focus 2. Tingkat kemahiran motor halus. Ini persediaan Nuha untuk belajar menggunting & menulis. 3. Postural badan sewaktu aktiviti 4. Perkembangan komunikasi.
Nuha sebelum ini rentap kertas hingga koyak. Dia belum mampu koyak kertas dengan baik.
Aktiviti kena berterusan. Jangan sekali dua dah give up ok.
Kelebihan aktiviti koyak kertas
Aktiviti mengoyak kertas sebenarnya bagus untuk perkembangan si kecil kerana ia merangsang kekuatan jari dan perkembangan motorik halus anak.
Aktiviti koyak kertas guna tiga jari boleh:
1. Menguatkan tripod position untuk memegang pencil.
2. Menguatkan Fine Manipulation.
3. Persediaan untuk aktiviti menggunting.
4. Meningkatkan Frustration Tolerance (Kebolehan untuk kawal kekecewaan. Bahasa mudah, tingkatkan kesabaran).
5. Meningkatkan Sitting Tolerance. (Kebolehan untuk duduk lama dalam menyiapkan tugasan. Penting tau untuk anak-anak duduk lama dan fokus dalam kelas).
6. Meningkatkan fokus.
7. Memperbaiki eye contact.
8. Sosial Skill Training (Bonding dengan adik-beradik lain ketika buat aktiviti)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi isteri dan anak, apa pun yang perlu dilakukan sanggup ditempuhi. Enggan membiarkan tabiat merokok memudaratkan keluarga, bapa ini sanggup berhenti merokok serta-merta.
Rokok menyebabkan ketagihan. Memang sukar berhenti merokok kerana penangan dan tarikan nikotin menimbulkan rasa ketagihan. Apa yang dilakukan bapa ini wajar dicontohi. Tidak ada yang mustahil apabila beliau benar-benar tekad berhenti merokok. Dugaan melalui seksa selama sebulan pertama amat menguji. Khairul Abdullah berkongsi 6 tips yang diakukannya yang boleh dijadikan panduan.
6 Perkara Yang Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.