Kehamilan

Isteri Jalani IVF Kali Kedua, Achey Berkorban Uruskan Semua Kerja Rumah!

Share

Sebagai usaha untuk membantu isteri yang menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekali lagi pada Jun lalu, pelawak dan usahawan Achey sanggup menguruskan kesemua urusan rumahtangga dan rutin harian di rumah.

Hal itu dikongsikan isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya atau Anne. Menurut Anne, dia sebak dan terharu melihat Achey sanggup membantunya dalam menguruskan anak dan rutin demi memastikan rawatannya berjalan lancar.

Pengorbanan Mahal Achey Demi Isteri Tersayang

Walaupun perkara tersebut mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun segala bantuan yang diberikan Achey amat bernilai buat dirinya.

“Terima kasih sayang sebab banyak sangat membantu isterimu ini. Dah berapa bulan ini sayanglah yang banyak uruskan rumah, kemaskan rumah, basuh baju, uruskan Tiara dan macam-macam lagi.

“Terima kasih sebab sentiasa ada dan memahami,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Tambahnya lagi, biarpun melalui kepayahan dia bersyukur kerana Achey sentiasa berada di sisinya melalui proses rawatan sekali lagi.

Titip Doa Buat Suami

Malah Anne juga turut menitipkan doa agar segala urusan Achey dipermudahkan setiap hari.

” Semoga segala apa yang awak hajati dipermudahkan dan tercapai saying.

“Semoga Allah balas setiap pengorbanan awak dengan rezeki, kebahagiaan dan segala yang baik-baik,” ujarnya.

Terdahulu pada Jun lalu, isteri Achey memaklumkan dia bakal menjalani prosedur IVF buat kali kedua sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Bahkan katanya lagi, dia dan Achey tidak akan berputus asa demi mendapatkan zuriat sendiri malah sentiasa berdoa agar perjalanan IVF kali ini sentiasa dipermudahkan.

Terdahulu Anne dan Achey yang mendirikan rumah tangga pada 2011 mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia lapan tahun.

Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!

Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!

Diabetes Jenis 1 Pada Anak, 8 Tanda Penting Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

Kredit: @anne_achey

Published by
SRM