Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing. Walaupun isteri yang bekerja dan pendapatan lebih besar daripada suami, nafkah kepada isteri tetap wajib diberi.

Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga iaitu, suami yang wajib memberi nafkah, menjaga kebajikan isteri dan anak. Bahkan, jika berlaku perceraian, suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada dalam edah dan nafkah menguruskan anak.

Jadi suami jangan sesekali mengambil mudah mengenai hal ini dan isteri pun perlu bertanggungjawab menggunakan duit suami dengan baik untuk kebaikan semua.

5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI

*Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.

IKLAN

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

1) makan minum isteri.
– duit belanja diri (Bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
– duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan lain-lain.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~

***********************
Nasihat saya kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa-apa pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

ARTIKEL MENARIK [Untung Bayi Menyusu Badan! Dapat Pelbagai Rasa Susu Ibu Walaupun Belum Dapat Makan]

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.

Sumber: peribadirasulullah.wordpress.com