Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri, NAFKAH TETAP KENA BAGI. Jangan sesekali abaikan walaupun isteri ada duit ya.
Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri…tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau keuntungan perniagaannya lebih banyak dari suami.
Ini kerana kedudukan suami itu dalam rumahtangga…
Suami itu ketua, suami itu pemimpin dan suami bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya iaitu isteri dan anak-anak di akhirat kelak, suami akan ditanya tentang kebajikan isteri dan anak-anak.
Ads
Tanggungjawab hakiki untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan seorang isteri masih di bahu suami walau apa jua pekerjaan isteri.
Suami tak boleh paksa isteri untuk bayar hutang suami, suami tak boleh rampas duit isteri untuk kegunaan suami.
Ads
Duit isteri tetap duit isteri walau suami yang membenarkan isteri bekerja atau berniaga.
Sekiranya suami ingin mengagihkan komitmen keluarga dengan cara “ini awak bayar, itu saya bayar”, maka suami perlu dapat izin dan redha isteri. Isteri perlu ada kesedaran untuk membantu meringankan bebanan suami dalam menanggung keluarga. Kebiasaannya, ini cara yang diamalkan oleh kebanyakan suami dan isteri yang bekerja/berniaga.
Suami masih wajib untuk menanggung apa yang sepatutnya ditanggungnya dengan kemampuan yang dia ada. Jika suami masih ada duit lebih selepas dibantu isteri, maka suami perlu ambil lagi bebanan yang ada dibahu si isteri.
Kewajipan menafkahi akan terlepas sekiranya si isteri redha untuk suami tidak menyediakan makan minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal kerana si isteri mampu untuk melakukan yang sedemikian dengan pendapatan yang dia ada. Jika tidak, NAFKAH TETAP KENA BAGI.
Kelahiran seorang bayi bukan sekadar berita gembira buat sebuah keluarga, tetapi juga satu amanah besar daripada Allah SWT. Setiap tangisan pertama si kecil membawa seribu makna, hadir bersama doa dan harapan agar dia membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Dalam Islam, kelahiran cahaya mata diraikan dengan penuh kesyukuran melalui beberapa amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Selain memilih nama yang baik, mak ayah juga digalakkan untuk menghidupkan sunnah-sunnah ini sebagai tanda syukur atas anugerah yang tidak ternilai.
Allah SWT berfirman dalam Surah As-Syura ayat 49 hingga 50 yang bermaksud:
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia mengurniakan kedua-duanya lelaki dan perempuan, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Berikut adalah tujuh sunnah yang boleh diamalkan ketika menyambut kelahiran bayi.
Antara amalan yang sering dilakukan ialah mengazankan bayi di telinga kanan sejurus selepas kelahiran. Azan dilafazkan dengan suara sederhana, tidak terlalu kuat, cukup sekadar didengari oleh bayi.
Tujuannya adalah untuk memperdengarkan kalimah tauhid dan kebesaran Allah sebagai perkara pertama yang menyapa pendengaran si kecil. Walaupun terdapat perbincangan mengenai darjat hadis berkaitan amalan ini, para ulama daripada mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali menggalakkannya berdasarkan hadis sahih yang menyebut bahawa syaitan akan lari apabila mendengar laungan azan.
Ia menjadi simbolik bahawa kehidupan anak ini dimulakan dengan seruan kepada Allah.
Apabila menerima berita gembira, Rasulullah SAW akan terus sujud kepada Allah sebagai tanda syukur. Daripada Abu Bakar RA, Nabi SAW apabila menerima khabar yang menggembirakan, Baginda akan segera sujud kepada Allah. Riwayat Abu Dawud.
Mak ayah juga digalakkan melakukan sujud syukur atas kelahiran bayi. Ia tanda pengakuan bahawa segala nikmat datang daripada Allah, bukan semata-mata usaha manusia. Sujud syukur boleh dilakukan secara ringkas, tanpa azan dan iqamah, sebagai luahan rasa terima kasih yang tulus kepada Pencipta.
Tahnik ialah amalan menyapu sesuatu yang manis seperti kurma yang telah dilembutkan pada lelangit bayi. Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan madu asli.
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Musa Al-Asy’ari menceritakan bahawa beliau membawa anaknya yang baru lahir kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, mentahniknya dengan kurma dan mendoakan keberkatan buatnya.
Tahnik bukan sekadar tradisi, malah mengandungi hikmah kesihatan dan doa. Ia juga melambangkan harapan agar anak membesar dalam keberkatan dan kebaikan.
Islam sangat menitikberatkan pemilihan nama yang baik kerana nama adalah doa sepanjang hayat. Anak akan dipanggil dengan namanya di dunia dan juga di akhirat.
Disunatkan menamakan anak pada hari ketujuh kelahiran, walaupun boleh juga dilakukan lebih awal. Pilihlah nama yang membawa makna baik, mudah disebut dan tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan syarak. Nama para nabi, sahabat dan nama yang mempunyai maksud terpuji amat digalakkan.
Elakkan memilih nama hanya kerana trend semata-mata tanpa memahami maknanya.
Pada hari ketujuh juga, disunatkan mencukur keseluruhan rambut bayi. Amalan ini melambangkan permulaan kehidupan yang bersih dan suci.
Rambut yang dicukur kemudian ditimbang dan nilai seberat timbangan itu disedekahkan dalam bentuk emas atau wang kepada golongan memerlukan. Dari sudut kesihatan, mencukur rambut membantu membersihkan kotoran yang mungkin masih melekat pada kulit kepala bayi.
Apa yang perlu diingat, sunnahnya ialah mencukur keseluruhan rambut dan bukan sekadar menggunting sedikit. Elakkan juga unsur adat yang bercampur dengan kepercayaan lain seperti penggunaan bahan tertentu yang tidak bersandarkan sunnah.
Aqiqah merupakan ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur atas kelahiran bayi. Hukumnya sunat muakkad bagi yang berkemampuan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang ingin menyembelih kerana kelahiran bayi, maka bagi bayi lelaki dua ekor kambing yang sama dan bagi bayi perempuan seekor kambing. Riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan.
Aqiqah biasanya dilakukan pada hari ketujuh, namun jika belum mampu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum anak mencapai usia baligh. Daging aqiqah boleh diagihkan kepada keluarga, jiran dan golongan yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran dan mengeratkan silaturahim.
Berkhatan termasuk dalam fitrah yang dituntut dalam Islam. Bagi anak lelaki, ia sangat dititikberatkan dan menjadi kewajipan menurut sebahagian besar ulama.
Terdapat riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka. Walaupun begitu, para ulama berbeza pandangan tentang waktu terbaik untuk melaksanakannya. Ada yang menyarankan ketika kecil, ada juga yang membolehkan sebelum atau ketika baligh.
Bagi anak perempuan, khatan yang dianjurkan dalam Islam adalah secara sederhana dan tidak berlebihan. Ia tidak seharusnya memudaratkan atau mencacatkan. Apa yang dituntut adalah mengikut garis panduan syarak dan nasihat pakar perubatan.
Setiap anak yang lahir adalah amanah dan ujian. Sunnah-sunnah ini bukan sekadar adat atau budaya, tetapi tanda syukur dan pengharapan agar si kecil membesar dalam lindungan Allah.
Semoga setiap mak ayah tidak terlepas pandang amalan-amalan ini. Mudah-mudahan anak yang dikurniakan menjadi penyejuk mata, penenang hati dan pembela agama suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya nak jimatkan masa memasak, ada macam-macam cara yang boleh dibuat ikut style masing-masing. Ada pasangan yang lebih suka beli stok bahan mentah seminggu sekali. Tak kurang juga yang yang suka beli barang dapur sebulan sekali atau pun dalam seminggu beberapa kali ke kedai tambah stok.
Terpulang cara yang mana kita selesa. Sebab semua itu tak salah pun asalkan kita tahu bajet untuk perbelanjaan keluarga. Mungkin bagi pasangan bekerja mereka lebih memilih untuk beli stok yang banyak terus untuk jimatkan masa. Manakala bagi suri rumah, ada yang selesa tambah stok seminggu beberapa kali.
Kali ini idea dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar yang menyiapkan semua bahan untuk setiap menu dalam tempoh seminggu sangat menarik. Bukan saja jimat masa, tapi jimat tenaga. Hanya buka bekas, terus masuk dalam periuk. Senang kan!
Assalamualaikum..baru siap pack bahan mentah untuk stok seminggu sebelum difrozenkan.
Lauk-lauk dah bersih siap-siap sekaligus semua sebelum masuk peti. Untuk bagi senang nak masak dan jimat masa. Style Baba, pack barang, Baba akan pack ikut portion dan jenis menu yang nak dimasak nanti (boleh tengok gambar).
Contohnya macam set tomyam tu dalam satu bekas lauk-lauk untuk masak tomyam Baba dah satukan siap-siap. Bila nak masak defrostkan dan bolehlah lebur dalam periuk. Cepat dan mudah kan. Pes pun ada sekali.
Sama juga kalau nak buat singgang ikan, satu bekas tu dah ada semua. Senang kan! Nak masak pun jimat masa dan yang penting balik pasar beli barang sekali buat semua.
Tak perlu dah nak bersusah-susah siang ikan, cuci ayam tiap kali nak masak.
Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat pada ibu-ibu yang ada anak kecil atau bekerja. Tak ada istilah salah dalam konsep nak jimat masa di dapur. Suami pun boleh tolong masak kalau dah siap pack macam ni.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak sudah mula memahami dan boleh memberitahu kepada kita, ia adalah masa yang tepat untuk melatih anak potty training.
Anak kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah juga rupanya kini sedang dilatih pengasuhnya untuk tidak lagi memakai lampin pakai buang.
Malah pengasuh Aafiyah, Dayah Zubit juga tidak lokek untuk berkongsi cara yang dilakukannya pada Aafiyah sehingga membuahkan hasil. Katanya hanya dua kali Aafiyah tersasar. Ini tip yang dikongsikan oleh Dayah menerusi Instastorynya.
“Ramai sangat yang mintak Dayah share how and how. Sejujurnya, Dayah pun nervous nak try buat kat Aafiyah tadi since she is still young kan. Tapi for me dari keciklah kena ajar kan.
“Kalau nak tunggu besar, proses untuk potty training tu maybe akan drag lagi lama so at least nanti bila Aafiyah dah ada adik dia dah pandai semua tu in shaa Allah.
“SABAR is the key point! Kalau kita yang nak train ni pun tak sabar memang tak menjadi la,” kongsi Dayah.
Sentiasa Cakap & Terangkan
Cara pertama yang dilakukan Dayah adalah sentiasa cakap dan terangkan supaya anak faham dan amat membanggakan Aafiyah lebih mudah memahami dan Dayah tidak berdepan langsung masalah untuk memahamkan Aafiyah.
“And for her Day 1 potty training alhamdulillah went well. Dayah bersyukur sebab dia mudah faham apa yang Dayah cakap & explain cara budak-budak or bagi reason yang tak rasional.
“Contoh, before start harini, past few days hari-hari Dayah cakap dan explain “Aafiyah dah nak jadi kakak dah besar. Dah tak boleh pakai pampers. Kalau Aafiyah rasa nak PU/BO bagitau okay?”
“And she said ok faham. Keep repeating sampai bila kita tanya balik dia boleh jawab without kita bagitau.
“And sampai dah rasa confident to handle it but still ada la nervous tu but okay. Normallah tu. Just do it!
“Guesst what, 2 kali ja seluar Aafiyah basah since pagi sampailah dia dah nak masuk tidur tadi. Tu pun sebab tak sempat nak lari. But dia still bagitau Dayah, “Kakak, Aafiyah nak kencing” Proud of her!
“She did a good job! Thats the PROCESS ok! Jangan marah kalau dia tak sempat nak bagitau ka apa. Just cakap and keep reminding them benda yang sama (how & why) ok?,” tulis Dayah lagi.
Sertakan Dengan Pujian
Kata Dayah lagi, pujian adalah satu bentuk kita menghargai kanak-kanak. Dan inilah yang dilakukannya kepada Aafiyah.
“And setiap kali dia berjaya buat SUPPORT & puji lah sikit nak bagi semangat. Budak-budak kan. Kita yang besar ni pun suka bila orang puji kerja kita rasa lagi semangat nak buat. Yang penting sabar tu wajib ada dalam diri!
“Oh ya, lagi satu. Untuk awal-awal ni, Dayah akan monitor hourly. Means, cukup sejam i ll ask her even dia tak bagitahu, kita tanya je. Ada rasa nak kencing tak?
“Yelah sebab dia kan baru nak belajar, kadang-kadang lupa nak bagitahu sebab tak biasa lagi, so tu salah satu cara jugak untuk remind them yang yang kena pergi toilet if nak BO/PU ok.
“Nanti lama-lama bila dah biasa and hasil kesabaran kita untuk train dia, in shaa Allah berjayalah tu..hehe.
“Just a simple & short sharing from me. Semoga bermanfaat ok,” kongsi Dayah lagi.
Terdahulu, Dayah yang dipanggil ‘kakak’ oleh Aafiyah ini mula menjaga dan mengasuh Aafiyah pada 21 Mei 2018 sehingga kini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!