Kehamilan

Isteri Mengidam Jadi Penghantar Makanan, Sayang Isteri Punya Pasal, Suami Turutkan Sahaja!

Share

Wanita mengandung yang mengidam sememangnya berbeza-beza. Malah bukan dibuat-buat. Namun mengidam berkehendakkan makanan itu biasa, berbeza pula dengan wanita ini yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan.

Bagi memenuhi permintaan isteri yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan, suaminya, Muhammad Haikal Mazlan, 27 terpaksa merelakan isteri tercinta menunggang motosikal walaupun sedang mengandung. Tanda kasih seorang suami bila mana suaminya, mengikutnya di belakang untuk memantau perjalanan isterinya. Cute!

Video permintaan isteri yang mengandung enam bulan itu tular di Twitter. Permintaan yang agak kelakar tetapi sedikit berbahaya untuk wanita hamil.

Menurut Zulfahani Zulkifli, 25, yang hamil enam bulan ini, pada mulanya permintaannya itu tidak dilayan suaminya namun suaminya terpaksa akur.

“Dah lama saya mengidam sejak awal mengandung tetapi suami tidak izinkan. Saya teringin sebab rasa seronok melihat penghantar makanan bawa pasangan hantar pesanan. Namun suami beri pelbagai alasan konon panas dan beg berat,” katanya berkongsi menerusi akhbar Harian Metro.

Foto: Harian Metro

Rupanya Zulfahani sebelum ini memang menunggang motorsikal ke tempat kerjanya di Damansara Damai. Bagaimanapun sejak hamil, dia dihantar dan dijemput oleh suaminya setiap kali pergi dan balik kerja.

“Tetapi Jumaat lalu suami tidak sempat hantar dan saya menunggang motosikal sendiri ke tempat kerja, balik kerja suami datang untuk menemani sekali.

“Disebabkan kami sudah bawa dua motosikal, saya minta suami ‘on’ aplikasi hantar makanan itu walaupun pada mulanya dia tidak mahu sehingga saya memujuknya,” katanya.

Kongsinya di twitter.

Zulfahani berkata, akhirnya suaminya akur dan terdapat satu pesanan masuk ke lokasi berhampiran iaitu jarak hanya 10 minit dari tempat kerjanya.

“Saya kemudian menunggang motosikal suami dan dia mengekori belakang. Setibanya di kediaman pelanggan, suami menghantar pesanan itu.

Namun permintaan kali keduanya tidak dilayan suami. Malah suaminya terus sahaja off aplikasi menghantar makanan dan mengajaknya pulang. Kali pertama dan terakhir katanya.

Katanya lagi, dia berterima kasih kepada suami yang melayani permintaan peliknya ketika mengandung. “Ramai cakap bahaya, namun suami memang ikut rapat di belakang saya sepanjang 10 minit perjalanan ke rumah pelanggan,” katanya.

 

IKLAN