Bakal ibu yang hamil biasanya teringin untuk menikmati pelbagai makanan. Begitu juga dengan isteri penyanyi rap, Yonnyboii yang begitu teringin untuk menikmati kuih akok.
Menerusi satu laporan Harian Metro, Yonnyboii berkongsi isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.
Malah kata Yonny lagi, bukan mudah untuk menunaikan hasrat isterinya itu kerana dia mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.
“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah.
Ads
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan. Jika dahulu dia tidak boleh makan mahupun minum kini dia bersyukur melihat perkembangan baik isterinya.
“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan.
“Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.
“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya.
Susu atau produk tenusu memberikan nutrisi kepada ibu dan kandungan. Susu kaya dengan kalsium untuk gigi dan tulang. Ibu hamil yang kurang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium akan berisiko tinggi untuk kehilangan kalsium dari tulang. Sendi ibu akan berasa sakit, gigi tak kuat kerana kalsium si ibu ditarik oleh bayi dalam kandungan.
“Kak, kaki saya selalu ‘cramp’ lah malam-malam. Ada kaitan ke saya tak minum susu?” Tanya adik M.
Ibu muda di depan saya ini adalah salah seorang penghuni rumah Raudhatus Sakinah, iaitu rumah perlindungan untuk remaja perempuan dengan pelbagai masalah sosial. Usianya baru 14 tahun. Masih keanak-anakan saya lihat, tetapi sudah melalui alam kehamilan yang penuh mencabar.
“Susu semasa mengandung ni perlu ambil untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi. Kalsium bukan sahaja penting, malah adalah kritikal untuk ibu mengandung, kerana kalsium diperlukan untuk bayi membina tulang dan gigi yang kuat.”
“Kalsium juga berfungsi untuk memastikan bayi dapat membentuk jantung, saraf dan otot yang sihat disamping memastikan bayi memastikan ritma jantung yang normal dan proses pembekuan darah berlaku dengan baik.” Terang saya.
“Sekiranya kalsium ibu ambil tidak mencukupi, kalsium akan diambil daripada tulang dan gigi ibu yang boleh membawa kepada osteoporosis dan osteopenia kepada ibu di kemudian hari.”
“Tapi saya tak suka minum susu. Nak muntah rasanya bila minum susu.” Balasnya lagi.
“Cuba angkat tangan, siapa yang tak suka minum susu?” Tanya saya.
Separuh daripada 20 orang pelatih mengangkat tangan mereka. Ramai juga yang tak minum susu.
“Sebenarnya,susu adalah antara sumber kalsium paling mudah didapati dari diet harian. Selain daripada itu, ikan bilis, keju, sayur seperti brokoli, pak choi juga kaya dengan kalsium. Cumanya jumlah kandungan kalsiumnya agak rendah untuk cukupkan jumlah kalsium sehari. Kena ambil dalam jumlah yang banyak baru cukup. Contohnya secawan sayur pak choy hanya memberikan 74mg kalsium. Jika mahu ambil daripada sayur saja mestilah tidak mencukupi keperluan harian kalsium ibu.”
” Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari. Jika ibu di bawah usia 19 tahun, perlukan 1300mg kalsium sehari.”
“Sebagai contoh, segelas susu atau lebih kurang tiga sudu besar susu tepung akan memberikan antara 200-300mg kalsium untuk satu hidangan. Maka, ibu perlu ambil antara 2-3gelas sehari atau lebih untuk mencukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Jika diambil susu yang tinggi kandungan kalsium yang boleh beri sehingga 500mg kalsium untuk satu hidangan, dua hidangan sehari sudah mencukupi.”
” Selain itu, 100g ikan bilis memberikan 500mg kalsium juga. Jika tidak mahu ambil susu sehingga tiga gelas sehari, mungkin boleh masukkan 100g ikan bilis sehari ke dalam diet harian untuk cukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Tapi… Boleh ke hari-hari nak makan ikan bilis sahaja?”
Para pelatih ketawa.
” Maka, saranan untuk mempelbagaikan pilihan makanan harian yang kaya dengan kalsium adalah penting diikuti untuk mencukupkan keperluan kalsium harian. Bukan sahaja daripada susu, malah ikan tertentu, sayur juga kaya dengan kalsium.”
“Tetapi… Jika susu pun tak minum, sayur tinggi kalsium pun tak ambil, ikan pun kurang, terpaksa juga ambil suplemen kalsium setiap hari.” Jelas saya lagi.
“Kak, orang kata susu soya boleh minum. Ada kalsium juga. Betul ke?” Tanya Adik M.
“Susu dan produk soya antara makanan yang tinggi kalsium. Biarpun tidak setinggi kandungan susu, tapi boleh diambil untuk mencukupkan keperluan kalsium. Sebagai contoh, susu soya boleh mempunyai antara 80 ke 500mg kalsium. Bergantung kepada jenis susu yang telah difortifikasikan. Ataupun ditambah kandungan kalsium ke dalamnya. Boleh makan juga tauhu, tofu, fucuk dan sebagainya sebagai penambah kalsium dan juga sumber protein.” Cerita saya lagi.
” Tau fufah pun boleh kan kak? Sedapnya…” Tanya sahabat adik M.
” Boleh. Tanpa air gulanya. Makan banyak-banyak kena kencing manis pula nanti.” Balas saya.
” Alaaaaaah…Itu yang sedap.” Kata mereka beramai-ramai.
” Nak sedap ke nak sakit. Pilih? Allah bagi pilihan untuk kita buat. Ingat, apa kita makan, anak pun akan dapat. Tetapi jika makan tidak cukup zat, anak tetap akan ambil zat dari ibu. Ibu akan kurang zat. Kasihan ibu kan. Itu antara hikmah kenapa Allah, suruh taat dan hormat ibu yang banyak berkorban untuk kita.”
“Semasa saya mengandungkan anak dahulu, saya rasa sebak setiap masa. Bila rasa sakit, letih, teringat pada mak saya.” “Macam ni lah Ummi kandungkan aku dahulu. Susah payah bawa diri, semua untuk aku.” “
” Saya mula jadi anak yang taat pada Ummi saya, lebih ambil berat dan hargai ummi saya. Sebab saya tahu, saya balas macamana pun takkan mampu balas semua jasa Ummi saya. Selagi ada mak, berbaktilah. Jika ada rasa dendam, marah pada mak, buanglah. Andai ada salah dia, maafkanlah. Kerana, semua tu takkan dapat balas semua kesakitan dan pengorbanan dia untuk bawa kita ke dunia.” Saya akhiri sesi petang itu dengan sedikit nasihat.
Para pelatih tunduk. Ada rasa sebak dalam hati saya juga apabila memikirkan hebatnya pengorbanan seorang ibu.
” Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman:14)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita yang hamil di Malaysia diwajibkan untuk membuka buku pink. Buku ini diperlukan untuk menjadi rujukan para doktor atau juru rawat untuk memantau tahap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.
Jika diperhatikan pada kulit muka hadapan buku ini, doktor akan menampal pelekat mengikut kategori ibu hamil tersebut. Setiap pelekat ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita dan kehamilan ada menerangkan tentang hal ini di laman Facebooknya.
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH 💄- Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING 🐥- Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU ☘️- Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan
TAG PUTIH 🍚 – Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. Ada tak?
Kalau ada, kaji /tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
Bukan hobi tu main tampal sticker saja saja.
Untuk ibu yang sedang hamil terutamanya anak pertama, semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penerangan kepada anda. Ambil tahu tentang pelekat di buku pink anda dan jangans egan silu untuk selalu bertanya tentang kesihatan anda dan bayi semaja temu janji bersama juru rawat atau doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keguguran kerap berlaku pada kehamilan yang berusia kurang dari 24 minggu kehamilan. Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu early miscarriage dan second trimester miscarriage. Ketahui 11 puncanya, termasuk bakteria yang dinamakan Group B Streptococcus (GBS).
Ada yang mengaitkan keguguran dengan keputihan yang dialami ibu sebelum dan semasa mengandung. Sesetengah ibu didapati ada jangkitan kuman pada faraj (Group B Streptococcus) yang menjadi punca keguguran.
Group B Streptococcus (GBS) merupakan bakteria yang didapati hidup secara “aman” di dalam beberapa bahagian tubuh wanita iaitu faraj, usus, dubur dan pundi kencing. Kehadiran GBS tidak membahayakan kebanyakan manusia. Ia hanya menjadi kuman berbahaya kepada bayi ketika dilahirkan melalui faraj.
Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, organisma yang dikenali sebagai Group BStreptococcus (GBS) merupakan bakteria yang didapati hidup secara “aman” di dalam beberapa bahagian tubuh wanita iaitu faraj, usus, dubur dan pundi kencing.
Kehadiran GBS tidak membahayakan kebanyakan manusia. Ia hanya menjadi kuman berbahaya kepada bayi ketika dilahirkan melalui faraj.
GBS bukanlah penyakit akibat hubungan kelamin. Penggunaan antibiotik sebelum kelahiran bayi terbukti boleh menurunkan risiko bayi daripada jangkitan GBS tadi. Ada kajian menunjukkan GBS mungkin menyebabkan keguguran TETAPI banyak sebab lain yang boleh menyebabkan masalah ini.
Bagi ibu yang keguguran akibat jangkitan GBS, lakukan ujian HVS dan ambil rawatan antibiotik jika GBS masih didapati wujud.
6 PUNCA EARLY MISCARRIAGE
Selain jangkitan kuman, ada lagi beberapa sebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran. Early miscarriage ialah keguguran yang berlaku sebelum atau pada 13 minggu kehamilan. Sebab-sebabnya termasuklah
Trimester kedua ialah usia kehamilan antara 13 hingga 27 minggu. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan second trimester miscarriage pula termasuklah;
Dr Norintan menyarankan ibu-ibu yang mengalami keguguran untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mencari punca keguguran (jika mahu).
Namun begitu, 70 – 80% wanita akan hamil secara spontan dan melahirkan anak yang normal selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pola tidur bayi sering membuat ibu bapa risau apabila anak sukar tidur malam. Ketahui tempoh tidur bayi mengikut usia serta cara melatih pola tidur bayi supaya anak tidur lebih lena.