Walaupun dah bertahun-tahun kahwin tapi ada juga suami yang tidak faham perasaan isteri, malah tak pandai ambil hati isteri. Suami selalu pandang mudah. Namun bukan semua suami yang abaikan perasaan isteri. Ada juga suami yang begitu menghargai isteri namun ramai suami tak nampak betapa besarnya pengorbanan isteri.
Tak mahu suami terus leka dan biarkan perasaan seorang isteri, ibu kenapa anak-anak kita, Ustaz Ebit Lew berikan pesanan khas buat suami. “Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah,” begitu kata beliau. Bakal suami kena baca ni ya!
Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, curang, buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga.
Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.
Seorang pemuda yang ingin bernikah tanya saya “ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak habislah serabut. Betul ke ustaz? Dapat yang baik untunglah..syurgalah. Begitu ke ustaz?
Ads
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.
Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya, terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya.
Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja.
Ads
Bila hati mereka bahagia, mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.
Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin Redha Allah.
Ads
Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tak masa muda, cantik, best, seronok…bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tak dihargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.
Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kasih sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betapa bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah.
Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan, mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.
Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat rhum. Cerita iman dan akhirat. Baca Al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.
Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..
Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Alllah..
Kredit: Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan. Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong, Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad.
SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN
Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan. Ibu mangsa yang menyedari keadaan anaknya cuba menyelamat dengan menepuk belakang badan kanak-kanak itu.
GAGAL DISELAMATKAN, SEJARAH PENYAKIT ASMA
Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan. Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.
BELUM DAPAT LAPORAN
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek ketika dihubungimemaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.
Bukan semua anak-anak kecil kita sukakan buah durian. Hanya kerana baunya yang kurang enak dan strukturnya yang lembik, buat anak kurang gemar.
Namun bagi Angkawasan Negara, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina, akhirnya mereka kini sudah punya peneman untuk diajak makan durian bersama-sama.
Selepas kesemua anak-anak menolak buah raja segala buah itu bulat-bulat, akhirnya si kecil Emelia, paling sukakan durian. Malah Emelia boleh makan empat ulas durian tanpa berhenti. Terbaik!
Lain pula kisahnya dengan kembarnya, Eusoff yang meluahkan semula bila disuapkan buah hebat itu.
“Tak ada seorang pun anak-anak kami suka makan durian. Semua lari bila ajak makan durian.
“Sekarang ni nak test kembar Eusoff dan Emelia pulak.
Eusoff – siap keluarkan balik Emelia – makan non stop 4 ulas
“Definitely Daddy’s girl haha. Sekurang-kurangnya ada la seorang yang akan temankan kami makan durian nanti,” kongsinya lagi.
Melalui instagramnya, bapa contoh ini turut memuat naik videonya ketika makan durian bersama isteri dan juga kembar Eusoff dan Emelia.
Nampak jelas Emelia cukup menggemari buah durian dan makan cukup berselera berbanding Eusoff yang meluahkan semula sebaik disuapkan ke mulut.
Dalam pada itu, isteri Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Yunos turut sama memuat naik video Emelia yang begitu gembira menikmati durian. Malah kata Dr Halina berseloroh, akhirnya barulah ada anak-anaknya yang pandai makan durian.
“Finally. Anak no 6 baru truly Malaysian. Ada jugak yang pandai makan durian,” tulisnya.
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak-anak kita, nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta-buta, bulat-bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini.
4 Kategori Ibu Bapa Asia
1️⃣Bengis
Dalam fikiran ibu bapa ini anak kena tahu takut barulah senang nak ajar. Caranya mengajar anak dengan muka garang, bengis dan tak senyum. Sekali jeling je anak terus kecut perut. Ini cara nenek moyang katanya. Kesannya anak jadi terlalu takut untuk bercakap jika ada kecemasan/masalah lepas tu ibu bapa adalah orang terakhir yang akan tahu.
2️⃣Serius
Selalu serius tak pernah main-main bila ajar anak. Anak pun tahu bila ayah nak mengajar tak boleh bergurau, tak boleh main-main mesti serius. Anak pun lama-kelamaan hilang sifat kebudak-budakan. Terpaksa mendewasakan diri walaupun belum sunat. Anak pandai berdikari tapi tak terganggu emosi nya. Sangat kurang empati dalam diri.
3️⃣Manja
Terlalu risau pasal keselamatan, keselesaan dan kesihatan anak sehingga termanjakan anak dalam semua perkara. Apa sahaja anak minta terus di beri, apa sahaja anak cakap terus percaya, anak jadi layu, kurang bersemangat dan tiada ‘self worth’. Tiada keyakinan dan keberanian untuk buat sesuatu jika ibu bapa tak bantu.
4️⃣ Sayang
Ada masa serius, ada masa bengis dan ada masa manja. Kerana sayang ibu bapa paksa diri kawal emosi sendiri supaya tidak keterlaluan semasa mengajar. Anak-anak dapat belajar dengan gembira dan emosi mereka terpelihara dari luka yang serius.
Garam sekarang tak sama masin dengan garam dulu, sekarang pun banyak masakan tak guna garam. Takut kena darah tinggi.
Yang berkesan dulu tak semestinya akan berkesan sekarang, tapi ilmu sentiasa evergreen walau pun dah beratus tahun. Rajinkan lah belajar cari ilmu mendidik supaya anak kita terdidik tanpa tercedera emosi.
Saya selalu jadi budak-budak masa mengajar annur rania supaya ada keserasian dan kesefahaman semasa mengajar.
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak-anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata-mata, namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti.