Anak kecil suka meneroka ke merata tempat. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah pandai merangkak atau berjalan, makin banyak tempat yang boleh dijelajahi sendiri termasuklah bilik air di rumah.

Keselamatan anak  adalah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga/ pengasuh.Bagi  setiap rumah yang mempunyai anak kecil, adalah lebih baik untuk mewujudkan peraturan sentiasa memastikan pintu bilik air sentiasa tertutup rapat.

Ada Anak Kecil, Tutup Pintu Bilik Air. Air Dalam Baldi Pun Boleh Membunuh!

Menurut Public Health Malaysia, langkah ini perlu dilakukan bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan bilik air di kalangan kanak-kanak.

Hana (bukan nama sebenar) berumur 3 tahun. Beliau yang dijaga pengasuh pada siang hari merupakan anak tunggal kepada pasangan muda yang bekerja di bandar.

PINTU BILIK AIR TIDAK DITUTUP

Hana periang dan sangat suka bermain. “Siapa sangka hari tersebut merupakan hari terakhir kami melihat beliau tersenyum” kata ibu Hana. Pintu tandas telah terbuka seluas-luasnya tanpa dikunci dan pada ketika itu baldi penuh dengan air. Hana telah masuk ke dalam tandas bersendirian.

Ada Anak Kecil, Tutup Pintu Bilik Air. Air Dalam Baldi Pun Boleh Membunuh!

IKLAN

DITEMUI BADAN DALAM BALDI, KAKI KE ATAS 

Pada masa Hana dijumpai pengasuh, beliau di dalam keadaan kepala di dalam baldi dan kakinya ke atas. Pengasuh terus menarik keluar Hana. Kaki, tangan dan mulut Hana biru. Hana dibawa terus ke Hospital.

TIADA DEGUPAN JANTUNG

Di hospital, keadaan Hana kritikal. Tiada degupan jantung dan tidak bernafas. Paramedik melakukan CPR selama setengah jam. Akhirnya jantung beliau kembali berdenyut. Beliau dimasukkan ke ICU kerana kurangnya oksigen ke otak dan paru-parunya penuh air.

MATI OTAK & KOMA SELAMA-LAMANYA

IKLAN

Walaupun Hana kembali bernyawa, doktor menyatakan otak Hana telah mati dan akan koma selama-lamanya. Doktor menyarankan supaya Hana dilepaskan. Ibu bapa setuju. Hana pergi selama-lamanya selepas seminggu berjuang di ICU.

Ada Anak Kecil, Tutup Pintu Bilik Air. Air Dalam Baldi Pun Boleh Membunuh!
Gambar hiasan.

BANYAK KES MANGSA LEPAS DALAM TANDAS

Tiada siapa menyangka baldi sekecil itu boleh membunuh anak yang berumur tiga tahun. Ini merupakan salah satu kes yang benar-benar berlaku. Dan saban hari, kita semakin kerap mendengar berita tentang mangsa kecil yang lemas di dalam tandas.

Tahukah anda, pengasuh atau ibu bapa boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 akibat kecuaian mereka. Akta ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

IKLAN

Pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut.

  • Sentiasa tutup pintu tandas/bilik air
  • Kosongkan air di dalam baldi jika tidak digunakan.
  • Jangan biarkan anak-anak kecil bermain tanpa pengawasan orang dewasa.

Ada Anak Kecil, Tutup Pintu Bilik Air. Air Dalam Baldi Pun Boleh Membunuh!

Anda tidak mahu kehilangan orang yang anda sayangi selama-lamanya bukan?

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel berkaitan:[ Bayi Lemas Dalam Baldi Lepas Aktiviti “Memancing”? Rupanya Taska Beroperasi Tanpa Lesen]

[Lepas 2 Jam Cari Tak Jumpa, Baru Teringat Dalam Kereta. Anak Meninggal Lemas Kepanasan]


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI