Malah ada juga yang meneka mungkin Tya suka mengemas ketika hamilkan anak keduanya itu.
Masa Tya pregnant dekat Maleeq mungkin Tya terlebih rajin…tu yg maleeq pun mcm tu jgk…tp anak no 2 rajin lain mcm tau…mcm suami saya anak no 2 xleh duk diam ade saje nk buat
Ainul Mardhiah semakin pulih dan menunjukkan perkembangan yang baik. Harapan ayahnya membuatkan ramai hiba dan tersentuh hati.
Dalam perkembangan terkini, Ainul Mardhiah juga menunjukkan perkembangan yang menggembirakan. Sudah pandai memahami apa yang dikatakan oleh mama dan walid, Ainul mampu menggelengkan kepala untuk memberitahu sama ada dia mahu bermain atau ingin tidur.
Turut dikongsikan video Ainul sedang meniarap sambil melihat mainan bebola yang bercahaya. Kata ibunya, Nurul Erwani Ainul suka berada dalam posisi meniarap.
Apa yang lebih menyentuh sanubari ialah bapanya, Ahmad Safiuddin memberikan titipan buat anak sulungnya itu.
Ainul Mardhiah yang kini masih berada di London bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi. Dia yang menjalani rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di sana telah selamat dibedah bagi membuang ketumbuhan Germ Cell Tumor seberat 200gram pada bahagian mulut.
Selepas pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa selama 5 jam, si kecil ini menunjukkan perkembangan yang positif dan cepat. Dia mudah menguasai skil baru seperti memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia ini juga bakal pulang tidak lama lagi. Bapanya turut berkongsi foto mereka sedang mengemas barangan untuk pulang.
Dia yang kini berada di Palestine untuk misi bantuan kemanusiaan tetap mengingati tarikh istimewa insan yang dicintainya itu dengan melakukan kejutan melalui penghantaran kek dan bunga ke rumahnya di Selangor.
Ustaz ebit lew sangat terkenal dengan sifatnya yang penyanyang dan juga ‘family man’ turut memuatnaik ucapan puitis buat isteri tersayang.
Selamat hari lahir bidadariku. Sorry bidadariku sayang abang tiada dirumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buat bidadari. Terima kasih bidadariku. I love you bidadariku sayang. Rindu teramat sangat. Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insyaAllah. Terima kasih Allah.
Dia juga tak putus-putus memohon maaf dari isterinya kerana tidak dapat bersama-sama menyambut kelahiran isterinya di Malaysia.
Sorry yer sayang. Jawab bidadari saya, tak per abang. Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Nanti ayah cerita semua ye.
Selamat hari lahir bidadariku. I love you.
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri Ustaz Ebit Lew dan mendoakan agar rumah tangga mereka kekal hingga Jannah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Walaupun rumah adalah lokasi paling selamat untuk anak-anak, tetapi tetap kena pantau sepanjang masa. Bukan apa risau kejadian tak diingini berlaku. Jika tiba-tiba anak diam masa main pun mesti jenguk juga sekali sekala.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu Ddi Facebook Puan Nedy Zhara, dia memberitahu anak perempuannya jatuh tersembam dan tergigit lidahnya sendiri ketika bermain sehingga terkoyak.
Kejadian yang menimpa Zara pada 5/1/2020. Dalam waktu tengah hari masa tu.. Ummi tengah menyusukan Medina dalam bilik. Tiba-tiba dengar bunyi dentum yang kuat.
Tidak lama lepas tu dengar Zara panggil.. “Ummi.. Sakit..” tapi tak menangis. Ummi keluar nampak dia pegang mulut dia. Ummi suruh buka mulut..ALLAHUAKBAR darah melimpah keluar. Lidah koyak teruk. Tapi dia sikit pun tak nangis. Ummi pula yang menangis macam apa.. Subhanallah.
Walaupun semasa jatuh tak nampak macam mana kejadian sebelum itu, Puan Nedy membuat tanggapan yang anaknya mungkin terpijak selimut yang dipegangnya semasa bermain sebelum jatuh tersembam dan tergigit lidahnya.
Buat pembedahan untuk jahit lidah
Zara terpaksa melalui pembedahan selama 2 jam untuk menjahit semula lidahnya yang terkoyak. Saat ini hanya Allah yang tahu perasaannya.
Biarpun kita orang dewasa pun rasa sakit terjatuh, tapi Zara sungguh kuat. Dari mula jatuh sehingga nak menjalani pembedahan tak menangis.
Kongsi Puan Nedy keadaan Zara semakin bertambah baik dan sekarang perlu minum susu dengan straw dan makan makanan yang lembut dulu secara perlahan-lahan.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...