Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Dalam hubungan suami isteri ada masanya kita alami satu perselisihan faham yang kecil. Maklum sahaja bila dengan orang yang tersayang, dia punya kecil hati tu cepat je, walaupun kadang tak ada isu yang besar pun.
Kadang terbawak-bawak oleh perasaan yang sentiasa ada keraguan, tapi itu semua normal dalam perhubungan. Yang penting kita dan pasangan tahu isi hati masing-masing dan cuba memahami antara satu sama lain untuk menjaga hubungan kasih sayang yang tercipta dalam rumah tangga.
Seperti dalam perkongsian yang dibuat oleh Saidatul Husna tentang Bahasa kasih sayang yang ramai kurang peka. Menurutnya timbulnya kurang peka terhadap Bahasa-bahasa yang disampaikan itu mungkin kerana kita dan pasangan masih belum sepenuhnya kuasai Bahasa kasih sayang antara satu sama lain.
Rupanya Kita Ada 5 Bahasa Kasih Sayang. Ramai Yang Tidak Tahu Terutamanya Orang Perempuan
Pernah tak kita rasa mencabar nak faham bahasa seseorang. Bukan bahasa pertuturan, namun bahasa dalaman mereka.
Contohnya kalau pasangan suami isteri, si isteri bagitahu saya sayang awak, awak kacak, awak hebat kemudian suami buat tak endah. Kita pun hairan, kecewa pun ya.
Kalau suami pulak bukan main dah ni tolong isteri buat kerja rumah, kemudian isteri rasa macam belum cukup je. Ada sesuatu yang tidak lengkap.
Mungkin itu tanda kita belum kuasai bahasa kasih sayang kita. Dalam sains, setiap dari kita ada kod yang menentukan bahasa kasih sayang masing masing. Perkara ini terjadi dari lahir dan boleh berubah mengikut suasana kita dibesarkan.
Jom teruskan bacaan, apa itu bahasa kasih sayang. Ada 5 semuanya iaitu :-
1) Word of affirmation (ucapan)
Jika kita suka orang puji contoh awak baik, awak bijak, awak cantik sangat hari ni, mungkin kod kasih sayang kita adalah dengan word of affirmation iaitu ucapan baik.
Ads
2) Receiving gift.
Jika kita suka beri hadiah dan menerima hadiah walaupun sekecil benda, rasa excited rasa gembira walaupun sebatang pen saja, mungkin kita jenis receiving gift iaitu suka menerima hadiah.
Saya ada kawan masa belajar di Mesir, asal hari jadi kawan je dia paling bersungguh carikan hadiah. Katanya memang suka bagi hadiah, rasa macam terapi.
3) Quality time.
Ads
Wah yang ni best. Jika kita tidak kisah orang puji, tidak kisah orang tak beri hadiah, mungkin kita sukakan masa berkualiti dengan orang yang kita sayang.
Pattern orang begini mereka sangat pentingkan masa. Suasana tenang, sunyi, tempat yang selesa membantu orang quality time menghargai setiap momen bersama orang tersayang.
4) Act of service (Bantuan)
Perasan tak ada orang tidak terkesan dengan kata manis, sentuhan, hadiah dan masa berkualiti, namun sangat hargai sesiapa yang membantunya buat kerja.
Jadi bila dengan orang begini, fokuskan pada bantuan dan ringan ringankan tulang bersamanya.
Ads
5) Physical touch (Sentuhan)
Sentuhan ini biasanya ada pada orang kinestatik. Kita ada 3 jenis elemen. Samaada visual, auditory ataupun kinestatik. Orang kinestatik sukakan pergerakan, tidak boleh duduk diam dan sensitif pada sentuhan.
Kadang kadang warga emas contohnya emak kita ada bahasa kasih sayang ini. Mereka sukakan sentuhan dan perhatian.
Inilah 5 bahasa kasih sayang menurut sains. Agak agaknya kita yang mana satu ya. Boleh juga main teka teki dengan orang sekeliling kita, pasangan, mak ayah atau anak. Mesti mereka baru tahu dan teruja selepas tahu.
Anak-anak yang soleh dan solehah impian ibu bapa. Didikan sempurna sewaktu kecil akan menjadi bekalan untuk mereka berjaya di dunia dan akhirat. Cuma dalam keadaan hari ini kita sebagai ibu bapa adakalanya terleka.
Masing-masing sibuk dengan komitmen sehingga anak-anak rindu pelukan dan kata-kata sayang dari ibu bapannya. Bagi memastikan semuanya lancar, ibu bapa harus memastikan amalan ini perlu dibuat untuk anak-anak sentiasa dalam jagaan Allah dan membesar penuh kasih sayang.
Ni sharing dari Ustazah Asma’ Harun. Ustazah kata, dia buat hari-hari kat setiap anak-anak beliau. Buat dulu dengan konsisten. Nanti kita akan nampak hasilnya.
Amalan ringkas ni kita boleh buat sebelum anak-anak kita pergi sekolah dan sebelum tidur.
Ye lah. Kita ni sebagai seorang ibu, mesti nak cuba yang terbaik untuk anak-anak.
Caranya pulak memang senang je kita nak buat. Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni;
1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu
Bila baca makna ayat ayat ni, memang deep sungguh sungguh kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.
Apa-apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ibu ibu diluar sana ya. Boleh jugak tag ibu-ibu lain agar kita dapat amalkan sama sama, InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak tahu kehebatan bakat anak, beri mereka bermain diluar rumah bukan beri gajet”, admin rasa ini antara perkongsian yang menarik dari pakar motivasi yang terkenal, Dr. Tengku Asmadi di program tv Pa&Ma pukul 12 tengahari di Astro Prima & Astro Maya HD. Beliau juga turut berkongsi bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengetahui cara-cara untuk mencungkil bakat anak-anak.
Cara yang paling mudah untuk kita mengenali potensi atau kehebatan bakat anak-anak kita adalah pertama sekali kita perlu melihat bakat atau kecenderungan mereka dengan cara kita beri mereka peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang ada diluar sana.
Jangan biarkan mereka terlibat dengan satu aktiviti sahaja. Ramai ibu bapa takut anak melakukan kesalahan atau kesilapan. Biarkan mereka gagal atau melakukan kesalahan sebab dari situlah kita belajar untuk membentuk karakter dalam diri.
Kita sebagai ibu bapa kita perlu memanfaatkan fasiliti-fasiliti yang ada dan mengalakkan anak-anak kita keluar daripada dunia gajet dan pergi keluar untuk bersosial dan bergaul serta terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang positif.
Untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kita sebagai ibu bapa berperanan untuk mencungkil bakat anak-anak boleh tonton episod ulangan Impian Si Jaguh Cilik di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 9 malam nanti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelik bila melihat anak kita terlalu obses akan sesuatu misalnya patung dinasaur, anak patung Barbie dan sebagainya. Obsesi ini seakan sudah sebati dalam diri anak-anak kita. Berkepit 24 jam.
Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, obsesi atau minat yang mendalam akan sesuatu boleh mewujudkan rutin dalam diri si kecil sebagai titik permulaan untuknya belajar rutin yang lebih kompleks.
Menurutnya lagi, tak kira apa pun obsesi atau hobi si kecil, positifnya anak akan mempelajari struktur hidup dan mendapat keselesaan melakukan perkara yang biasa seperti pergi ke sekolah setiap hari persekolahan, duduk diam sambil memberi perhatian kepada cikgu, balik ke rumah dan membuat kerja sekolah, dan macam-macam rutin lagi termasuk beribadat, membersih diri, makan-minum dan tidur.
Kuasai Kemahiran
Jelas, tidak salah untuk papa dan mama menyokong obsesi si kecil. Paling tidak, kita orang dewasa perlu bersikap neutral mengenai obsesi atau minat berkenaan sambil memberi si kecil akan pendedahan kepada perkara-perkara lain yang pasti tidak kurang menarik. Tambahan pula, di sekolah kelak anak harus mempelajari pelbagai ilmu dan bukan hanya memfokus kepada bidang minatnya sahaja!
Para pengkaji pendidikan prasekolah/praformal juga mendapati ada beberapa kesan yang amat positif apabila kanak-kanak terobsesi atau menunjukkan minat yang amat mendalam akan sesuatu.
Antaranya, mereka akan menunjukkan tempoh tumpuan (attention span) yang makin lama, meningkatkan pengetahuan dan ketekunan diri, dan melihatkan kecenderungan yang lebih besar untuk bertanya dan mencari informasi baharu.
Di rumah, mama dan papa boleh menggunakan imaginasi sendiri untuk meluaskan hobi atau obsesi si kecil berkenaan. Tanya kepadanya soalan dan minta penjelasan untuk fakta yang dia tahu, kemudian ‘cabar’ si kecil untuk menggunakan imaginasi untuk memikirkan atau mencipta idea baharu pula. Nah, pemikiran si kecil anda bakal matang dengan cepat.
Obsesi Bukan Petanda Negatif
Obsesi yang terlalu kuat terhadap sesuatu hal juga boleh menjadi petanda keadaan autisme atau seorang anak kecil yang autistik. Akan tetapi, tanpa indikator autisme lain misalnya tidak mampu memberi fokus terlalu lama, tidak suka atau mengelak sentuhan, sukar menerangkan sesuatu hal dan tidak suka bercakap – tidak semestinya memberi petanda anak anda seorang yang autistik.
Namun begitu obsesi atau minat keterlaluan yang bernilai negatif seperti terlalu taksub dengan permainan video, tablet atau aplikasi mainan telefon pintar; suka akan perkara yang kotor atau jijik; amat minat kepada hal atau perlakuan yang lebih sesuai untuk orang dewasa, dan lain-lain lagi – perlakuan seperti ini harus dipantau dan cepat dikawal.
Seperkara lagi, penyelidikan sosio-saintifik mendapati bahawa si kecil lelaki umumnya lebih berkemungkinan untuk memfokus kepada sesuatu obsesi atau hobi berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Namun, perlu saya tekankan sekali lagi, dunia kanak-kanak pada usia pendidikan praformal 0 hingga 6 tahun penuh perubahan dan perkembangan.
Seperti kebanyakan fasa pada peringkat usia ini, obsesi atau hobi kanak-kanak biasanya akan pudar dan berubah-ubah sejajar dengan masa. Pada masa yang sama, siapa tahu kerana sokongan dan dorongan papa dan mama, si kecil anda betul-betul dapat menjadi seorang Doktor Pakar, Saintis Entomologi atau Chef Profesional apabila dewasa nanti?
Semua ini nanti hasil daripada hobi, minat yang mendalam dan obsesinya yang amat keterlaluan pada usia pendidikan praformalnya suatu masa dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.