Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
Ads
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Ads
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Ads
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Apabila berlaku hal seperti ini, ibu akan menyalahkan diri sendiri dan merasa tertekan. sebenarnya keguguran yang berlaku bukanlah sesuatu yang kita minta, ia adalah dugaan dari Allah SWT dan mungkin ada ganjaran yang lebih baik menanti selepas itu.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.
Lain anak lain perangainya. Begitu juga ketika mengandungkan mereka. Jika kehamilan pertama begitu sukakan sesuatu makanan dan menjaga serba serbi, lain pula kehamilan kedua.
Inilah yang dikongsikan oleh pengasas jenama pakaian muslimah, Leeyana Rahman yang mengakui kehamilan keduanya ini begitu berbeza berbanding hamil anak pertama.
Katanya, jika dulu dia tak pernah lupa minum jus buah, berbeza kandungannya kali ini.
“Waktu pregnant kat Tyara, semua benda segala jenis vitamin makan sebab IVF jadi macam terlebih risau.
“Dari day 1 until bersalin memang hari hari tak pernah miss buat jus buah campur kurma. Makan sayur kaw kaw. Pagi-pagi makan avocado dengan madu,” kongsi Yana.
Kongsi Yana lagi, kehamilan anak keduanya ini membuatkan dia sendiri pelik dengan dirinya. Malah dia tidak ambil sebarang sayur dan buah. Begitu juga dengan folic asid.
“Tapi pregnant kali ni betul-betul lain. Acid folid tak pernah sentuh. Buah tak makan. Sayur pun tak makan.
“Susu pun susah nak minum. Kenapa lah jadi macam ni. Tiba-tiba ghisauu,” tulisnya lagi.
Risau dengan dirinya yang begitu tegar tanpa mengambil sebarang sayur, buah juga vitamin yang begitu penting itu Yana turut bertanyakan pandangan dan pengalaman berbeza dari pengikutnya.
“Adakah kalau anak ke dua memang mak mak semua macam ni?,” tulisnya.
Rata-rata pengikut Yana turut berkongsi melalui pengalaman sama seperti Yana di kehamilan kedua namun turut menasihati personaliti media sosial itu agar mengambil asid folic untuk kesihatan bayi.
Semoga kehamilan Yana dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita muda dari Russia menjadi tular di media sosial selepas mendakwa dirinya menukar warna mata ketika hamil semata-mata kerana mahu anak yang bakal dilahirkan mewarisi mata berwarna biru.
Wanita berkenaan, yang bekerja sebagai pakar kosmetologi, membuat kenyataan mengejutkan itu ketika menjadi tetamu dalam satu rancangan audio siar perubatan popular di Russia. Katanya, dia menjalani prosedur pertukaran warna mata menggunakan teknologi laser sebelum bersalin kerana percaya DNA akan berubah secara automatik, sekali gus memberi kesan kepada warna mata bayi.
“Saya tukar warna mata sebelum bersalin supaya anak saya lahir bermata biru. DNA akan susun semula dengan sendirinya,” katanya yakin.
Menurut laporan Utusan, walaupun hos rancangan itu kekal tenang mendengar pengakuan berani wanita tersebut, ramai netizen di media sosial tidak dapat menahan gelak. Mereka menganggap kenyataan itu tidak logik dan mengelirukan.
Antara komen lucu yang ditinggalkan:
Lucu tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang bimbang dengan penyebaran maklumat tidak berasas seperti ini yang boleh mengelirukan wanita lain, khususnya bakal ibu yang mudah terpengaruh dengan trend kecantikan pelik di media sosial.
Menurut pakar perubatan, memang wujud beberapa prosedur moden untuk menukar warna mata seseorang seperti:
Namun semua ini hanyalah rawatan kosmetik sementara dan langsung tidak mengubah struktur genetik atau DNA seseorang. Ini bermakna, warna mata bayi tidak boleh dipengaruhi oleh prosedur kosmetik yang dilakukan ibu.
“Perubahan kosmetik tidak pernah diwarisi oleh anak. Warna mata bayi hanya ditentukan oleh gabungan gen ibu dan ayah,” jelas pakar genetik.
Hakikatnya, warna mata bayi ditentukan oleh jumlah pigmen melanin dalam iris — yang diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.
Jika kedua-duanya mempunyai mata cerah, peluang bayi bermata biru memang lebih tinggi. Tetapi jika salah seorang memiliki gen mata gelap, warna itu akan menjadi dominan.
Selain itu, ramai bayi dilahirkan dengan mata kelabu atau biru pucat, dan warna itu akan berubah secara semula jadi dalam masa 6 hingga 12 bulan pertama kehidupan apabila sel pigmen berkembang sepenuhnya.
Sebagai ibu, kita memang ingin anak lahir dengan rupa yang comel, kulit cerah, mata cantik tapi percayalah, kecantikan anak tidak datang daripada warna mata bayi, tetapi daripada kasih sayang yang kita curahkan setiap hari.
Trend seperti ini mungkin kelihatan menarik di media sosial, tapi kesihatan ibu dan bayi jauh lebih penting. Nikmatilah setiap detik kehamilan dengan penuh syukur kerana setiap anak itu unik dan sempurna dengan caranya sendiri.