Kehamilan

Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

Share

Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.

Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.

“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.

Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.

Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.

Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.

Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.

Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!

Sumber: Media Hiburan

IKLAN