Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, baru sahaja melalui detik paling manis dan menyentuh hati dalam hidupnya apabila menerima berita kelahiran anak lelaki – secara mengejut daripada isterinya, Fazeera Nazri, tepat selepas bersalin!
Apa yang lebih mengharukan, jantina bayi tersebut sengaja dirahsiakan oleh Fazeera sepanjang kehamilan, demi menghadiahkan satu kejutan istimewa buat suami tercinta.
Ads
Dalam satu perkongsian video penuh emosi di media sosial, Fizo kelihatan terkejut, sebak dan akhirnya menangis kegembiraan apabila diberitahu bahawa anak ketiganya itu adalah lelaki.
Terima kasih diatas doa semua.Semalam pada jam 5.19 ptg, 17 Jun 2025, isteri sya @ffezyranesry telah pun selamat bersalin secara normal di @andorrahospitalofficial bersama Dr Kamsiah Muda.
.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg.Satu moment yg sgt berharga buat sya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam utk sya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.
.
Masyallah satu perasaan yg amat sukar utk sya gambarkan. Perasaan excited,sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.
.
Alhmdllh syukur rezeki dari Allah, 3 girls and 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yg dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yg melimpah ruah .Ameen.
.
Credit tu wanita hebat, my lovely wife yg byk berkorban menjaga anak2 dalam keadaan sarat mengandung dan dlm masa yg sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.
.
Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami, dan dikurniakan anak yg soleh dan solehah.
.
Ameen YRA.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti dilihat menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi lelaki ini.
Ads
Sekadar info, Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan, Mawar Karim iaitu Wan Maryam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa ibu yang bakal bersalin, bila bab mengemas beg pakaian untuk dibawa ke hospital mereka masih lagi keliru barang apa yang penting perlu untuk ibu dan bayi. Sebolehnya semua nak bawa kan?
Bagi ibu yang sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi, sebenarnya tak perlu pun bawa beg besar ke hospital. Hanya bawa barang penting sahaja. Nak tahu apa yang perlu ada ketika dalam wad, berikut perkongsian jururawat, Shazwani Wahab.
Aku ni misi. So aku ni suka tau perhati kalau ibu-ibu mengandung bawak barang untuk admit ward. Ada yang bawak 1 beg je. Ada tu bawak beg macam nak pergi holiday. Kalau boleh 1 rumah tu dia nak bawa.
Sini Wani ada share apa benda penting dan yang perlu bawa. Tak perlulah dah nak bawa selugagge barang. Bawa 1 beg baby dan 1 beg kecil barang mak pun dah cukup.
Baju mak pun tak payah bawa 1 almari. Bawa baju masa nak balik je. Duduk wad pakai baju hospital. Cantik apa baju hospital.
Baju baby bawa je dalam 3 pasang. Lagipun sesetengah hospital ada sediakan baju untuk baby. Tak payah bawak sampai 10 pasang.
Benda sangat penting kena bawa masa daftar buku mengandung, IC dan sijil nikah atau kad nikah. Asingkan dalam 1 fail. Masuk terus dalam kereta. Senang citer.
Start 28 minggu pregnancy boleh dah packaging barang. Bawa je pergi mana-mana. Pergi kerja ke, gi holiday ke atau balik kampung.
Wani harap apa yang Wani share ni dapat manfaat untuk semua ibu. Tak payah dah nak pening tak tau nak bawa apa.
Selamat melahirkan insan tersayang dan dipermudahkan urusan.
Faktor usia bukan halangan. Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenamnya pada petang semalam.
Menerusi petikan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro, yang turut juga dikongsikan oleh Awie menerusi facebooknya, Awie menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh peminatnya.
“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.
Tidak mendedahkan jantina, namun melalui perkongsian dan komen di kapsyen, peminat mendedahkan Awie menimang seorang bayi lelaki pelengkap bahagianya bersama isteri tercinta.
Terdahulu melalui beberapa perkongsian video yang sering dimuat naik Awie menerusi instagramnya, Awie turut mengemas kini mengenai perkembangan terkini kandungan isterinya melalui pemeriksaan bulanan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri, Ampang.
Perkongsian status Awie itu menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalannya. Tidak kurang juga para peminat yang mengikutinya di Facebook.
Terdahulu Awie pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Malah menerusi satu entri di instagramnya, Awie turut memaklumkan masanya untuk bertemu bayi keenamnya itu hampir tiba.
“Alhamdulillah, 35 minggu berlalu. Masa dah hampir bertemu.
“Ampang Puteri pilihan ku , berpuluh tahun kami di situ , dr anak ku yg nombor satu,”kongsi Awie lagi.
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, pada Oktober 2016 lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia. Awie turut mempunyai lima orang cahaya matanya bersama bekas-bekas isterinya yang lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Doktor pakar keluar minum, tinggalkan pesakit lepas bersalin hingga meninggal dunia. Dua orang doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk pernah mengendalikan 8,500 kes bersalin, didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang mengalami pendarahan kritikal dalam jagaan jururawat tidak berdaftar, hanya untuk keluar minum.
Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam dan Dr A Ravi bersama jururawat terdiri daripada Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa serta Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi hampir RM6 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan menyebabkan kematian mangsa ketika menerima rawatan.
Punita meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019.
Ketika prosiding, mahkamah diberitahu bahawa Punita yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual.
Walaupun memberi jaminan pesakit yang berusia 36 tahun itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit, walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.
Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak, manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas.
Kedua-dua doktor terbabit tidak hadir pada saat kritikal ini. Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Doktor HTAR menyifatkan keadaan Punitha sudah kritikal ketika ketibaan, berikutan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).
Walaupun pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, namun Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil.
Hakim, Norliza Othman, dalam keputusannya, berkata Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.
Norliza juga menekankan kegagalan doktor bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian.
“Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH.
“Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya,” katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini.
Hakim juga mengecam doktor kerana ‘tidak menghiraukan’ keadaan si mati.
“Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital ‘mengisytiharkan kematian’ ibu malang ini.
“Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat, sementara Dr Ravi keluar minum.
“Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat,” tambahnya.
Susulan itu, mahkamah menganugerahkan keluarga mangsa RM5,993,936 sebagai ganti rugi, merangkumi RM500,000 untuk kesakitan dan penderitaan si mati; RM1 juta untuk setiap seorang bagi dua anak si mati; RM300,000 setiap seorang untuk ibu bapanya; RM1.5 juta sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Ravi; RM700,000 sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Shanmugam dan kliniknya; dan RM100,000 sebagai ganti rugi punitif.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.