Usahawan terkenal, Chryseis Tan selamat menimang cahaya mata kedua semalam dan berita gembira tersebut di kongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya.
Anak kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, pemilik Berjaya Corporation meluahkan rasa gembira di atas kelahiran selamat dan berjaya melahirkan anak lelakinya itu.
“Our precious baby boy is here”
Chryseis Tan yang mendirikan rumah tangga bersama pewaris NAZA Group, SM Faliq telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Arianna Kyla SM Faliq yang kini sudah berusia 3 tahun.
Ads
Buat masa ini, pasangan ahli perniagaan terkenal ini masih belum mendedahkan wajah anak kedua dan juga nama untuk bayinya itu.
Rata-rata rakan ahli perniagaan dan selebriti mengambil peluang mengucapkan tahniah buat pasangan ini di atas kehadiran cahaya mata baharu.
Sedang anda berborak bersama si kecil, anda perasan bahawa mulut anak berbau. Apakah punca nafas berbau busuk pada si manja anda? Ini satu keadaan yang disebut sebagai halitosis. Nak tahu apakah ia? Baca ini!
Halitosis adalah keadaan di mana mulut atau nafas seseorang itu berbau busuk. Halitosis sangat biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Sebilangan besar aktiviti bakteria boleh berlaku di bahagian mulut, hidung atau gigi. Alahan, selesema dan sinusitis kronik adalah faktor yang biasa menyebabkan mulut anak berbau.
Jangkitan pernafasan, diabetes, penyakit buah pinggang, gangguan hati dan pencernaan juga boleh menyebabkan bau mulut yang busuk.Punca bagi mulut berbau ini boleh berlaku di dalam atau di luar mulut.
Anda juga perlu tahu bahawa penyebab utama yang sering menyebabkan nafas berbau dalam kalangan kanak-kanak termasuklah karies gigi serta kebersihan mulut dan gigi yang buruk.
Punca-punca mulut anak berbau
Terdapat beberapa sebab atau punca yang menyebabkan mulut anak berbau busuk.Ada yang mungkin kita sedar sebelum ini, tetapi ada juga yang mungkin kita terlepas pandang sehingga tertanya-tanya punca nafas berbau pada si kecil.
Ini adalah antara punca-punca mulut anak berbau:
#1. Masalah berkaitan dengan pergigian
Kaviti dan lubang yang dalam disebabkan oleh penyakit gusi memberikan lebih banyak ruang kepada bakteria untuk membiak dalam mulut. Apabila memberus gigi, kawasan yang berlubang ini masih tidak begitu bersih lalu menyebabkan bakteria terus membiak.
Ini merupakan salah satu punca paling kerap berlaku yang menyebabkan halitosis atau mulut berbau.
#2. Penyakit periodontal
Gingivitis adalah keadaan keradangan yang boleh menyebabkan mulut berbau dalam kalangan kanak-kanak.Ketidaktepatan dalam pembuangan plak gigi dan kurang menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan keradangan pada gusi.
#3. Jangkitan pada mulut, hidung dan tekak
Masalah hidung, sinus dan tekak yang boleh menyebabkan titisan postnasal juga boleh menyebabkan mulut berbau. Bakteria memakan lendir yang dihasilkan oleh tubuh kita ketika badan melawan sesuatu seperti jangkitan sinus.
Ini kemudiannya menjadikan nafas berbau busuk.
#4. Mulut yang kering juga sebabkan mulut anak berbau
Air liur banyak membantu kesihatan gigi dan nafas kita. Ia membilas dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang tidak diingini daripada mulut. Ia membantu memecahkan makanan semasa kita makan dan menyediakan bahan-bahan yang melawan penyakit untuk membantu mencegah kaviti dan jangkitan.
Sekiranya air liur yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi, maka halitosis mungkin akan berlaku.Mulut yang kering boleh disebabkan oleh kesan ubat-ubatan, keadaan perubatan tertentu, pengambilan alkohol, penggunaan tembakau atau kafein yang berlebihan.
#5. Merokok atau mengambil sebarang produk tembakau
Produk tembakau boleh merosakkan badan dan juga nafas kita.Tembakau bukan hanya meninggalkan bau busuknya pada nafas dan mulut, tetapi ia juga boleh mengeringkan mulut kita.
Perokok juga cenderung untuk menghidap penyakit gusi, yang juga boleh menyebabkan halitosis.Perhatikan jika anak anda terutamanya yang berusia remaja sama ada mereka ada merokok atau tidak.
#6. Pengambilan ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering. Antihistamin, ubat penenang dan Phenothiazine boleh mengurangkan pengeluaran air liur.
Oleh itu, ia akan mengurangkan pencucian semula jadi pada rongga mulut yang kemudiannya menyebabkan halitosis.Penggunaan antibiotik yang tidak betul dan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan bakteria bermanfaat di dalam mulut, dan memberi peluang kepada kulat mulut untuk tumbuh dan membiak.
Penggunaan antibiotik selama lebih dari sebulan boleh menyebabkan mulut yang berbau pada kanak-kanak.
#7. Mempunyai keadaan kronik yang lain
Walaupun halitosis paling sering dikaitkan dengan sesuatu yang berlaku pada mulut anda, mungkin ia juga boleh menjadi tanda refluks gastrik, diabetes, penyakit hati atau penyakit buah pinggang.
Apa yang perlu dilakukan untuk atasi masalah mulut anak berbau?
Anda perlu mengetahui bahawa halitosis adalah satu gejala, bukannya satu penyakit. Untuk rawatan halitosis, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenal pasti punca yang menyebabkan ia berlaku.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membawa anak anda berjumpa doktor gigi. Biasanya kanak-kanak akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, hidung dan tekak setelah penilaian dilakukan oleh doktor gigi.
Sejarah dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh biasanya akan dilihat dan dilakukan oleh doktor. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyuruh anak membilas mulut atau berkumur setiap kali selepas makan.
Ini bertujuan mengelakkan sebarang sisa makanan daripada melekat di celah-celah gigi, terutamanya dalam lubang-lubang gigi.Ajar si kecil untuk memberus gigi dan melakukan flos gigi serta pembersihan lidah secara berkala.
Ia boleh dilakukan dengan penggunaan cecair pencuci mulut atau memberus pada permukaan lidah anak anda.Ini kerana banyak bakteria yang menyebabkan halitosis ini hidup di permukaan lidah. Anda juga perlu mengarahkan anak anda untuk kerap membilas mulut atau berkumur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut salah seorang krew, dia malah tertarik dengan perwatakan Syaikhul Islam meskipun baru berusia 5 tahun. Bukan setakat beri kerjasama yang bagus sepanjang di set penggambaran, malah si cilik itu disifatkan matang serta pandai cuit hati orang sekeliling terutama sewaktu bercerita mengenai figura mainan miliknya.
Reaksi Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata melihat telefon pintarnya sementara Syaikhul melihat kembali video klip rakaman.
Walau bagaimanapun, mereka akui sebak melihat keadaan Puteri Sarah dalam rakaman tersebut sekaligus menitipkan doa serta nasihat murni kepadanya.
Video rakaman tersebut dibuat beberapa hari sebelum Puteri Sarah memfailkan cerai di Mahkamah Syariah.
Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, Abby Abadi yang sedang hamil dan usia kandungan memasuki 6 bulan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah mengalami tekanan darah tinggi.
Semalam (Jumaat) Abby telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, jam 10.43 pagi.
Abby Stabil, Bayi Dalam NICU
Suaminya, Faizal Zakaria, berkata buat masa ini kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, namun anak mereka perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir pramatang.
“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya. (Bayi lelaki) Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Cinta saya @abby_abadi112 dalam keadaan stabil. BP (tekanan darah) pun sudah turun.
“Doakan yang terbaik untuk ‘baby’. Sekarang dia berada dalam NICU. Mohon doa sahabat semua untuk Abby dan ‘baby’ ya!” kongsi Faizal menerusi Instagramnya.
Sebelum ini, Abby Abadi telah dimaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi mereka untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut. Tambah pula, tekanan darah yang tinggi dan tumpah darah telah berlaku secara tiba-tiba.
Tambahnya lagi, walau bagaimanapun bayi lelakinya itu masih lagi dalam pemantauan doktor dan telah ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi. Malah, berat cahaya mata mereka itu hanya mencecah 540 gram sahaja.
Melalui perkongsian Abby di instagramnya juga selepas melalui prosedur pembedahan itu dia memohon orang ramai mendoakan bayi lelakinya itu panjang umur.
Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24 minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia.
Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, macam-macam berlegar difikiran. Yelah dari apa yang dibagitau oleh doktor, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri. seremmmm!! Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni boleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni.
Mohon ALLAH SWT bagi ruang dan peluang untuk saya dan baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur baby kami dan nyawa saya juga.. Amin
Sebelum ini, Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 mengambil dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan sebelum ini pula, aktres itu dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut kerana tekanan darah tinggi.
Sumber: Berita Harian ; IG Abby Abadi & jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi murid darjah dua maut dirempuh van di depan sekolah mengundang sebak ramai dan membuka isu keselamatan kawasan sekolah yang semakin membimbangkan.