Pelakon & penyanyi Fiza Abdul Halim akhirnya mengotakan janji mendedahkan wajah bayinya selepas tempoh berpantang. Bayi yang dinamakan Aleena cukup comel, netizen memuji kecomelan bayinya, putih gebu & mempunyai rambut yang lebat.
fizaabdhalim Kan mommy dah janji nak share pic2 saya lepas pantang… so hari ni mommy tunaikan… Nama saya Baby Aleena ????
Baby Aleena adalah anak daripada perkahwinan ketiga Fiza dengan juruterbang Aizat Al-Jefri Abdul Kudus. Daripada perkahwinan pertamanya, Fiza memiliki dua anak perempuan Ferra Aryana, 10, dan Feeya Adyrra, 9.
Para follower Fiza memuji kecomelan Aleena. Aleena yang kini berusia 2 bulan mula mempunyai peminat bila ada yang meminta Fiza untuk sentiasa update tentang bayi kecilnya itu.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Saksikan Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara 27 November 2018 untuk mendapatkan info lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam biasanya satu tanda sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan. Untuk anak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan itu.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Encik Khairul Azhar, pengalaman anaknya demam sawan boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa lain.
Baru rasa nak cerita macam mana pengalaman pertama saya masa Erza “Sawan Demam” (Kejang) suhu dia masa tu 39.0-40.0c.
Ni anak pertama kami dan Erza tak pernah sakit dari baby sampai dia umur 1 tahun 1 bulan dan ini pertama kali dia demam.
Mula-mula selsema, ada batuk sikit dan cirit birit masa ni suhu badan dia masih normal. sy dah bawa ke klinik dokta dah bagi Ubat. Erza masih aktif macam biasa walaupun cirit dan dia masih kuat menyusu so, kami macam tak risau sangat.
Masuk hari ke 3 badan dia dah mula panas dari pagi 37.8c jadi kami bawa lagi ke klinik dr ambil darah sebab dah 3 hari demam. Periksa mulut Erza ada naik tonsil, jadi mungkin itu yang buat dia demam. Masa ni Erza baru tumbuh gigi bawah jadi banyak kemungkinan suhu badan dia naik. Keputusan darah keluar normal jadi kami balik.
Kami bagi ubat demam macam biasa, masa maghrib kami cek suhu badan Erza naik 38.8 dan kami masukkan ubat demam melalui punggung. Lepas 5 minit ubat masuk Erza mula kejang, mata naik ke atas dan tak respon apa-apa masa dipanggil. Kami panik gila masa ni, pertama kali dalam hidup nampak anak kejang, Ya Allah masa ni hanya tuhan yang tahu, kami terus bawa Erza ke Hospital tanpa kunci pintu rumah.
Masa dalam perjalanan Erza dah mula sedar dia kejang dalam 3-4minit sahaja. (Ibu bapa perlu tahu berapa lama anak kejang, biasanya sawan demam akan berlaku tak lebih dari 5minit kalau lebih sila bawa anak ke hospital dengan kadar segera)
Di hospital Dr akan buka semua baju Erza (ingat tuan puan anak demam jangan pakaikan anak baju atau seluar, bagi dia bogel ja) saya tak tahu sebelum ni jadi sy pakaikan Erza baju tidur biasa. Ini penting untuk panas keluar dari badan jangan pakaikan anak apa-apa.
Dr gunakan tuala basah untuk lap badan Erza masa ni memang basah satu badan, Erza dah mula menggigil kesejukan dan Dr kata biar dia sejuk dulu ya. Suhu badan dia mula turun dari 39.0c jadi 37.0 dan 37.0 turun ke 36.7. Jadi pesan saya kalau anak demam selalu lap badan anak dgan air jagan takut anak sejuk . Ini untuk haba panas keluar dari badan, haba panas akan keluar cari tempat sejuk.
Tapi jangan lap guna air batu atau air terlampau sejuk sebab pori pada tubuk akan mengecil jadi haba panas tak akan keluar. Guna air biasa sahaja.
Erza masuk wad dalam masa 5 hari 4 malam, Dan masa kami bawa balik dia ke rumah dia masih cirit tapi dah tak demam. Lepas sehari balik dugaan lain datang Erza naik campak. Jadi kami ke klinik lagi.
Apa yang saya nak ingatkan pada mak ayah yang ada anak kecil:
-Pertama bila anak demam jangan pakaikan anak baju. -kalau anak kejang tengok berapa lama dia kejang -jangan peluk masa anak kejang biarkan dia dan baringkan dia secara mengiring untuk memudahkan pernafasan (kalau kita peluk ada risiko tulang anak patah) -jangan masukkan sesuatu dalam mulut baby seperti tangan,kain atau sudu. Ini akan sukarkan udara masuk ke paru-paru anak boleh sesak nafas -cek setiap 20-30minit suhu badan anak please beli penyukat suhu yang berkualiti, harga 180-300 jangan la beli yang cap ayam kadang sukatan dia tak betul. -selalu lap badan anak dgan air -Pasang kipas dan Aircond dalam bilik jagan takut anak sejuk tuan puan.
Nota kaki: Bayi yang pernah demam sawan ada 30% kemungkinan untuk kena lagi sekali sampai umur dia 6 tahun.
Demam sawan kurang dari 5 minit tidak akan membuatkan bayi anda cacat dari segi intelektuan atau kognitif.
Ini hanya pengalaman saya sahaja, saya tidak ada kepandaian dalam bidang perubatan dan apa yang sy tulis adalah apa yang disarankan oleh doktor. Kalau ada info yang saya berikan salah mohon maaf sebab saya cuma bercakap atas dasar pengalaman semata-mata.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika. Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak, ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Dengarkan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpah darah selepas bersalin, atau postpartum hemorrhage (PPH), merujuk kepada kehilangan darah yang berlebihan selepas melahirkan anak.
Secara umumnya, ia ditakrifkan sebagai kehilangan lebih daripada 500ml darah selepas kelahiran normal atau lebih 1,000ml selepas pembedahan cesarean. PPH boleh berlaku dalam dua bentuk:
* PPH Primer: Berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas bersalin.
* PPH Sekunder: Berlaku selepas 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin.
Kondisi ini adalah kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera kerana boleh mengancam nyawa ibu.
Tanda-tanda bahaya tumpah darah
Ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin mungkin menunjukkan simptom berikut:
* Pendarahan berat yang tidak berhenti walaupun menggunakan tuala wanita tebal.
* Tekanan darah rendah dan pening kepala yang teruk.
* Degupan jantung laju (takikardia).
* Kulit menjadi pucat dan sejuk.
* Rasa lemah, letih, dan tidak bermaya.
* Sakit perut yang luar biasa.
* Pembengkakan atau lebam di sekitar kawasan faraj akibat pengumpulan darah.
Sekiranya ibu mengalami mana-mana simptom ini, rawatan kecemasan perlu diberikan segera untuk mengelakkan komplikasi serius.
Atonia Uterus jadi punca utama
Keadaan di mana rahim gagal mengecut dengan baik selepas bersalin, menyebabkan saluran darah terbuka dan mengakibatkan pendarahan yang banyak. Ini menjadi salah satu punca berlakunya tumpah darah.
Selepas bersalin, rahim sepatutnya mengecut semula dengan cepat untuk menutup saluran darah yang terbuka ketika uri tertanggal. Bila rahim “malas” nak mengecut atau terlalu lemah, dinding rahim tidak dapat menekan salur darah yang terbuka.
Akibatnya, darah keluar tanpa henti dan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, dalam kuantiti banyak dan mengancam nyawa.
Beberapa sebab utama Atonia Uterus termasuklah:
* Bayi besar atau kehamilan kembar – rahim overstretch, jadi lemah nak mengecut.
* Uri tertanggal terlalu awal atau tertinggal serpihan – ganggu pengecutan.
* Proses bersalin yang terlalu panjang atau terlalu cepat – ganggu fungsi rahim.
* Penggunaan ubat tahan sakit tertentu atau anestesia.
* Sejarah atonia uterus sebelum ni – risiko berulang.
* Otot rahim yang terlalu letih – sebab terlalu banyak bersalin dalam masa singkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.