Setiap perkongsian di media sosial yang dimuat naik oleh selebriti jelita ini sering mendapat perhatian ramai. Datin Atikah Suhaime menjadi inspirasi kepada kebanyakan ibu muda kerana selalu berkongsi perjalanannya selepas menimang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh.
Bukan hanya gemar bercerita tentang kehidupan sebagai seorang isteri atau ibu, tetapi ramai yang suka dengan personaliti ‘humble’ Atikah yang tidak pernah sombong biarpun mempunyai kehidupan yang mewah apabila mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Kepayahan Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin
Sepanjang tempoh kehamilannya, Atikah selalu berkongsi tentang dietnya dan ramai yang mengetahui dia sangat menjaga pemakanan kerana risau dengan keadaan dirinya yang berada di ‘border’ GDM.
Terpaksa menjalani kelahiran secara pembedahan kerana komplikasi tertentu, Atikah juga mengakui kepayahan dirinya untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Namun yang menariknya, anak kelahiran Singapura ini melalui dua jenis fasa berpantang untuk kembali pulih dan segar seperti sebelum hamil.
Ads
Bukan itu sahaja, Atikah turut mengikuti kelas senaman serta rajin hiking untuk membantu proses penurunan berat badannya. Tambah Atikah, dia bukan sahaja mahu kurus dan kembali langsing tetapi mahu sihat supaya boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.
Suami ‘Reward’ Lepas Dah Kurus
Baru-baru ini Atikah memuat naik sebuah video di media sosial yang membuatkan ramai yang memuji hubungan dia dan suami. Di awal video, Datuk Lokman meminta Atikah untuk menutup mata dan memilih hidangan di restoran Jepun secara rawak.
Ads
“Yes, I’m okay with RM298.”
Ketika itu, Atikah telah memilih hidangan bernilai RM298 namun yang memeranjatkan adalah tindakan suaminya selepas itu.
“But, because you work hard, you dah kurus and being a good girl, I want to give you something not even here. Only I have it, special course RM888.”
Bagi menghargai usaha Atikah untuk menguruskan badan, suaminya memberi ganjaran hidangan yang lebih mewah. Biarpun pada awalnya Atikah ragu-ragu kerana harga hidangan yang mahal, namun suaminya tetap berkeras kerana mahu meraikan isteri tercinta.
Ternyata ramai yang terharu melihat kasih sayang antara Atikah dan suami yang saling menghargai antara satu sama lain. Menerusi ruangan komen, banyak yang mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka berdua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak dilentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kata perumpamaan ini sangat tepat untuk dijadikan panduan jika mahu mendidik anak sejak mereka masih kecil. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk membentuk peribadi anak tetapi selain itu, didiklah mereka untuk menghargai duit dan tidak boros.
Dalam keadaan sekarang, ibu ayah memainkan peranan yang sangat penting untuk mengajar anak tentang berjimat-cermat dan menghargai nilai wang. Tak boleh membazir dan berbelanja mengikut nafsu. Ada beberapa cara untuk ajar anak cara untuk tidak boros. Antaranya:
1. Ajar Anak Bawa Bekal
Bagi mengelakkan anak berbelanja yang bukan-bukan, ibu ayah boleh latih anak untuk bawa bekal ke sekolah. Sediakan menu yang sedap dan menjadi kegemaran anak untuk membuatkan mereka teruja untuk membawa bekal.
Bukan sahaja dapat berjimat bahkan makanan yang dibawa ke sekolah lebih sihat dan terjamin kebersihannya. Beri juga duit belanja, tetapi ingatkan mereka untuk membawa wang baki untuk disimpan.
2. Wujudkan Tabung Keluarga
Cara lain untuk ajarkan anak tentang berjimat-cermat adalah dengan mewujudkan tabung keluarga. Dengan cara ini, anak-anak akan bersemangat dan seronok untuk menyimpan duit bersama keluarga.
Untuk membuatkan anak leih teruja, kira hasil simpanan bersama-sama dan bawa mereka ke bank untuk menyimpan. Duit simpanan juga boleh digunakan untuk beri ganjaran pada anak. Sama ada belikan barang yang mereka ingini, bawa bercuti atau boleh juga ajarkan anak-anak untuk bersedekah. Bagus kan?
3. Buat Senarai Barang Nak Dibeli
Perkara ini memang dah biasa kita buat untuk berbelanja, tapi pernah tak diajarkan pada anak-anak? Sebenarnya sebelum nak keluar pergi shopping, buatlah senarai barang yang nak dibeli supaya dapat mengelak kita daripada membeli barang yang tak perlu. Bila dah ada senarai barang, dapatlah jimatkan masa juga.
Ketika memuat senarai, panggil anak dan tanyakan apa yang mereka mahu. Terhadkan kepada satu barang sahaja dan ia tidak boleh diubah bila sudah sampai ke pasar raya. Dengan cara ini anak akan belajar untuk membuat keputusan serta faham mengapa perancangan perlu dibuat lebih awal.
4. Gunakan Vircle!
Vircle merupakan sebuah aplikasi kewangan yang mudah digunakan bagi membantu ibu ayah menyusun perbelanjaan anak-anak di mana-mana sahaja termasuklah sekolah! Misi Vircle adalah untuk membantu ibu ayah membesarkan anak-anak yang berbelanja dan berjimat dengan bertanggungjawab.
Ibu ayah kena ada ‘penyelamat’ ini! Barulah tak risau anak nak berbelanja tanpa perlu bawa wang tunai. Hanya boleh berikan anak kad Visa prabayar untuk anak shopping di mana-mana sahaja yang diperlukan, walaupun di luar negara. Tak ada masalah!
Jadilah Bank Terbaik Untuk Anak!
Tahukah anda, dengan menggunakan Vircle ibu ayah dapat mengajar anak untuk menyimpan. Vircle bukan sekadar untuk berbelanja dengan selamat tetapi ia dapat membantu ibu ayah untuk mendidik anak untuk berusaha mencari ‘pendapatan’ dan menyimpan. Bila anak-anak buat kerja rumah atau selesaikan sesuatu tugasan, barulah mereka akan lebih menghargai nilai wang yang diperolehi.
Selain itu, penggunaan aplikasi Vircle juga membolehkan ibu ayah untuk memberi elaun segera pada bila-bila masa dan paling penting di bawah pengawasan! Aplikasi ini juga selamat untuk anak-anak kerana mereka tidak akan berbelanja lebih (hanya amaun tertentu boleh diakses, bukan keseluruhan baki di dalam ‘dompet’ mereka).
Lebih bagus lagi, ibu ayah boleh membekukan kad pada bila-bila masa dengan hanya melayari aplikasi Vircle. Selain itu, ibu ayah juga akan mendapat notifikasi perbelanjaan anak. Tidak akan timbul masalah anak berbelanja lebih tanpa pengetahuan ibu ayah.
Bagusnya aplikasi Vircle kerana ia telah diperakui oleh Bank Negara Malaysia dan kad Vircle Visa prabayar atau kad bebas tunai ini membolehkan anak-anak berbelanja sama ada di kedai mahupun atas talian.
Gunakan kad bebas tunai di (sekolah yang menggunakan Vircle untuk perbelanjaan). Berikan belanja harian kepada anak untuk membeli makanan di kantin atau berbelanja dari kedai buku di sekolah dengan satu aplisai mudah!
Kad Vircle prabayar juga boleh digunakan di lebih 100 juta cawangan kedai di lebih 200 buah negara. Ibu ayah boleh beri elaun pada anak-anak dan dapat mengawalnya dengan mudah melalui aplikasi Vircle!
Kebaikan Vircle adalah: Untuk ibu ayah
⦁ Selamat dan boleh kawal perbelanjaan anak-anak
⦁ Boleh uruskan pelbagai perbelanjaan anak, hanya dengan satu aplikasi mudah (semudah menggunakan telefon pintar)
⦁ Notifikasi perbelanjaan segera
⦁ Boleh atur limit perbelanjaan
⦁ Pemindahan wang segera
⦁ Kad boleh ‘dikunci’ sekiranya hilang
Untuk anak-anak
⦁ Belajar untuk memahami nilai wang
⦁ Dapat belajar cara berbelanja dengan bijak
⦁ Kemahiran menjana pendapatan, menyimpan serta membelanjakan wang berkembang
⦁ Bertanggungjawab untuk menjana pendapatan dengan melakukan kerja rumah dan sebagainya
⦁ Belajar tabiat menyimpan
Tak perlu tunggu lagi, segera muat turun aplikasi Vircle bagi melancarkan perbelanjaan anak-anak dan memudahkan ibu ayah untuk mengawal jumlah elaun di dalam kad. Anak-anak-nak pun tak boleh boros, sebab ibu ayah boleh tahu apa yang dibeli dan paling best, dapat tentukan amaun yang boleh dibelanjakan. Vircle memang betul-betul membantu!
Dalam kehidupan berumah tangga kena saling menerima pasangan seadanya. Baik atau buruk, itulah orangnya yang akan melengkapkan kehidupan kita. Setiap hari akan ada perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan, biarpun dah bertahun-tahun kahwin!
Perubahan Isteri Bukan Kerana Tak Sayangkan Suami
Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Isteri tak nak banyak, cukuplah suami sudi jadi pendengar kalau dia nak luahkan perasaan.
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Ucapan Terima Kasih Pun Dah Cukup
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan terima kasih sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.
Kena rajin-rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita. Peluk juga anak-anak. Dengan melakukannya, banyak manfaat yang akan kita perolehi. Berpeluk ni memang nampak biasa, nak buat pun tak susah. Tapi ia memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Nak tahu apa kebaikan berpeluk?
Apabila kita berpelukan dengan pasangan, ia dapat merangsang perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, beliau berkongsi tentang manfaat apabila kita berpeluk dengan orang yang disayangi.
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
#sedangkanlidahlagitergigitdrzubaidi
Bukanlah susah mana pun untuk berpeluk dengan suami atau isteri kita kan? Selain baik untuk kesihatan jantung, ia juga dapat mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berpeluk dengan anak-anak pula, ia dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara kita.
Keluarga pun harmoni tanpa sengketa. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada kita akan kebaikan berpeluk.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.