Tugas seorang isteri dan ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Namun tak bermakna kita menidakkan jasa dan pengorbanan lelaki bergelar suami dan ayah kepada anak-anak kita. Jarang lelaki merungut penat dan sebagainya sedangkan hakikatnya mereka juga melalui jadual yang memenatkan saban hari.

Ada waktunya kerja mereka menuntut lebih masa sehinggakan jarang dapat bersama anak-anak, apa lagi melihat anak-anak membesar di depan mata. Pengorbanan yang kurang dilihat secara kasar. Namun inilah hakikatnya. Jadi isteri haruslah memahami dan menyokong suami dalam segala hal. Faham dah cukup memadai bagi suami.

“Jadi Suami Dan Ayah Ni Tak Susah, Namun Tak Juga Senang”, Harus Pandai Bahagi Masa!

Perkongsian seorang suami dan lelaki bergelar bapa, Firdaus Shakirin ini menarik untuk kita baca. Belajarlah untuk menjadi yang terbaik buat isteri dan anak-anak yang sentiasa menanti kepulangan.

Jadi suami ni tak susah, namun tak juga senang…

Pagi-pagi buta dah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan, 6.30 pagi keluar rumah dalam keadaan luar gelap lagi. Bawak motor 30 sampai 40 minit baru sampai tempat keje, dalam perjalanan tu, dia punya sejuk tak payah nak kata la, sampai ke tulang. Subuh kot, beku muka dengan tangan.

Itu belum lagi bawak motor ketika hari hujan…

IKLAN

“Jadi Suami Dan Ayah Ni Tak Susah, Namun Tak Juga Senang”, Harus Pandai Bahagi Masa!

Sampai tempat kerje, DAH LETIH…tak mula buat keje lagi, tapi dah letih. Bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30-40 minit perjalanan…

Kereta ada, tapi bagi isteri guna. Tak pun kalau tak ada orang guna tetap naik motor sebab bawak kereta ulang alik ke tempat keje, kosnya tinggi dan jem lagi.

Maka buatlah keje satu demi satu mengikut arahan. Kalau tak betul, kena marah, kena maki dan kena buat lain. Kalau tak siap tak boleh balik. Ada keje yang simple, ada keje yang rumit, ada keje yang menggunakan fizikal, ada keje yang menggunakan mental.

IKLAN

Penat fizikal, penat mental.

“Jadi Suami Dan Ayah Ni Tak Susah, Namun Tak Juga Senang”, Harus Pandai Bahagi Masa!

Sampai je umah, baru turun motor, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak-anak dah ajak keluar ronda. Isteri dah suruh keluar beli barang, seharian dah letih bekerja, seharian dah kena buat macam-macam, tapi turutkan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri. Layan anak-anak, layan isteri.

Malam-malam nak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak-anak datang melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya. Allah, rasa macam nak meletup pun ada. Nak tengok tv pun tak senang.

IKLAN

“Jadi Suami Dan Ayah Ni Tak Susah, Namun Tak Juga Senang”, Harus Pandai Bahagi Masa!

 

Tapi itulah, nak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami tu selalunya jarang didendang atau diceritakan. Bagi suami-suami diluar sana, apa yang kita buat sekarang ni dinamakan tanggungjawab kepada keluarga.

Tak larat macam mana pun, usahakan jugak bagi larat, bagi kuat. Apa yang kita buat ni akan disoal di akhirat, maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita dah menyerah atau mengalah utk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa didunia.

Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah. InsyaAllah ganjaran yang setimpal menanti kita disana kelak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI