Mendidik anak-anak dengan keperluan khas memerlukan kesabaran dan kreativiti daripada tenaga pengajar.
Tidak kira sama ada kanak-kanak berkeperluan khas atau normal, keduanya sangat teruja untuk belajar apabila teknik pembelajaran yang digunakan menyeronokkan terutama apabila melibatkan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan.
Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.
Bagi cikgu Pemulihan Khas pula, sudah tentu mereka memerlukan alat mengajar khas dalam menarik perhatian murid berkaitan.
Idea Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, Mersing, Johor, Cikgu Roslee Abdul @ Mohd yang menggunakan sampul duit raya sebagai bahan pembelajaran kepada anak-anak Pemulihan Khas, sangat menarik untuk dicontohi oleh ibu bapa atau guru pendidikan khas lain.
Cara untuk bina kad perkataan sampul raya, hasil idea Cikgu Roslee.
Peralatan:
1) Kertas warna
2) Gunting
3) Gam
4) Pensel warna
Ads
5) Gambar tidak berwarna
6) Sampul duit raya
Cara untuk bina kad perkataan sampul raya:
1) Gunting gambar dan warnakan.
2) Tampal gambar pada belakang sampul duit raya.
Ads
3) Potong kertas warna untuk setiap potongan satu huruf ikut nama gambar.
4) Masukkan kad huruf dalam sampul.
5) Anak-anak Pemulihan Khas diminta susun kad huruf menjadi perkataan berdasarkan gambar.
Ads
6) Tulis perkataan yang dipelajari. Tulis dan sebut perkataan secara latih tubi pada buku latihan.
Menurut Cikgu Roslee, aktiviti pembelajaran ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi setiap satu kad perkataan sampul raya.
“Satu hari buat dua kad. Insya-ALLAH dalam masa seminggu anak-anak Pemulihan Khas ini akan menguasai satu kemahiran,” katanya dan berharap ibu bapa boleh mengaplikasikan apa yang dikongsi ini bersama anak masing-masing.
Selalu orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak, kita perlu ulang banyak kali, barulah anak ingat, barulah anak buat. Saya dah letih berleter, kadang-kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga. Tidak disuruh, tidak dibuat.”
KENAPA KITA BERLETER?
*Ada yang berleter kerana kita juga dileteri suatu masa dahulu. Itu sudah menjadi budaya dan amalan keibubapaan dalam keluarga.
*Ada yang berleter sebab tidak tahu cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.
*Ada yang berleter untuk memberi arahan kepada anak yang tidak mahu patuh.
*Ada yang ingin menunjukkan kuasa dan otoriti walaupun berleter itu seringkalinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
*Ada yang berleter sebab rasa panik, kaget dan bersalah dengan diri sendiri. Untuk menutup kegusaran itu maka leteran digunakan.
*Ada yang takut anak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan maka cara yang terbaik adalah berleter untuk menutup rasa tidak selamat yang dirasakan.
Kebanyakannya berleter kerana itu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ‘memaksa’ anak menurut kata tanpa perlu banyak usaha dan perancangan.
Adakah leteran berkesan untuk jangkamasa panjang? Selalunya tidak. Ia hanya berkesan ketika saat itu saja. Perangai yang sama akan diulangi. Anak akan menunggu leteran sekali lagi. Selagi tidak dileteri, selagi itulah perbuatan yang sama diulang. Perbuatan diulang, berleter lagi. Berleter lagi, perbuatan diulang. Ia menjadi satu kitaran yang tidak sudah, tidak efektif dan tidak produktif. Leteran akhirnya menjadi irama dan lagu yang hanya membuai dan mendodoikan tanpa kesan pada anak.
KENAPAKAH LETERAN TIDAK BERKESAN?
Leteran adalah proses mencari silap bukannya proses memperbetulkan kesilapan. Ia hanya memfokuskan pada apa yang buruk dan apa yang salah pada anak sahaja. Pernahkah dalam leteran itu kita selitkan perkara yang positif yang dilakukan anak? Tidak bukan? Ataupun jarang-jarang sekali.
Selalunya kita hanya semburkan apa yang negatif sahaja seolah-olah tiada langsung yang baik pada anak. Selalunya kita guna istilah yang ekstrim.
“Kamu tidak pernah….”
“Selalu macam ni…”
”Dah berapa kali dah…” semua yang ekstrim negatif sahaja dan langsung tidak ada yang positif.
Anak akan berhenti mencuba untuk berubah dan menjadi baik kerana usaha kecil mereka tidak ada nilainya di mata ibubapa di kala berleter.
Kaedah yang lebih efektif untuk membentuk tingkah laku yang baik adalah bukannya mencari silap tetapi mencari kebaikan. Semakin banyak kebaikan yang kita cari, semakin banyaklah kebaikan yang akan kita lihat dalam diri anak. Ini adalah kitaran positif yang efektif.
Dalam leteran itu juga kita berkemungkinan membuat andaian yang tidak betul dan tuduhan yang melulu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu. Ini juga amat mengecewakan anak yang dileteri.
Mungkin harapan kita terlalu tinggi dan anak tidak dapat mencapainya dengan mudah.
Mungkin persekitaran tidak kondusif untuk fizikal anak melakukan apa yang diharapkan.
Mungkin anak tidak faham arahan yang disampaikan kerana cara komunikasi kita tidak kena dengan anak.
Jika inilah sebabnya, maka tidak hairanlah leteran kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tuduhan dan andaian tidak akan terkesan di hati. Ia hanya menyakitkan hati.
APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?
Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.
Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.
Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.
Kita harus berusaha menjadi ibubapa proaktif yang bersedia sebaik mungkin dengan segala kemungkinan dan bukannya menjadi reaktif dengan leteran dan hukuman yang tidak efektif untuk mendidik.
Pastikan sistem pendidikan di rumah adalah yang terbaik untuk anak menjadi seorang manusia.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain sakit fizikal lepas bersalin, cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk menstabilkan emosi.
Hampir 80 peratus wanita hadapi perubahan mood dan perasaan negatif sejurus selepas bersalin. Ini fakta realiti tak kira bersalin anak pertama, kedua atau seterusnya.
Keadaan ni dinamakan sindrom Baby Blues. Bahaya jika tak dikawal ya.
Berikut perkongsian dari Puan Masturah Abu Bakar, ibu kepada tiga anak yang boleh dijadikan peringatan bersama.
Saya sendiri rasa dan hadapi setiap kali lepas bersalin. Walaupun anak dah 3, tetap hadapi Baby Blues ni.
Sebab apa ni sindrom berlaku? Adakah sebab ibu tak kuat iman? Atau derhaka pantang?
Bukan. Tak ada alasan spesifik kenapa sindrom ini berlaku.
Kemungkinan disebabkan perubahan hormon masa mengandung dan melahirkan yang menyebabkan badan menghasilkan perubahan kimia. Perubahan ini memberi kesan kepada otak dan boleh menyebabkan depression.
Selain tu, rutin yang berubah, ragam baby, tak cukup tidur dan badan yang baru nak adapt juga boleh menyebabkan sindrom ni terjadi.
Maksudnya, sindrom Baby Blues merupakan benda biasa yang akan dihadapi ibu-ibu. Benda biasa tapi BERBAHAYA.
Cara kita menangani sindrom ini menentukan kesihatan mental kita selepas bersalin.
Cuba cek simptom baby blues ni:
1) Rasa sedih atau menangis tiba-tiba 2) Tak sabar, cepat marah 3) Cepat terasa hati dan banyak pendam 4) Rasa letih (mental atau fizikal) 5) Rasa cemas atau berdebar-debar 6) Gelisah 7) Tak boleh tidur (walaupun baby dah tidur). Kadang-kadang kalau nak tidur terngiang-ngiang suara baby menangis. 8) Tak boleh beri perhatian kepada baby atau diri sendiri Para suami, kalau nampak isteri tu lain macam, cepat-cepat peluk. Tak perlu banyak tanya. Lepas bersalin ni ialah tempoh yang sangat kritikal dan sensitif.
Jangan buat tak tahu. Jangan anggap tak ada apa-apa. Jangan anggap remeh. Jangan lepas tangan.
Salah langkah, salah cara, lambat tangani, isteri boleh dapat PPD.
Kalau Baby Blues tak settle dari awal, kesan buruknya berlarutan dan mungkin jadi inner conflict which may lead to depression.
Pelukan boleh beri sokongan emosi to the max. Percaya tak pelukan tu boleh redakan emosi isteri yang bergelojak? Semua akan cool down lepas tu.
Sediakan makanan yang sihat. Tak payah percaya pantang yang bukan-bukan tu. Ni dah tahun 2019.
Para isteri, kalau rasa sedih terus cakap kat suami. Jangan simpan jangan pendam. Walaupun tak ada sebab kukuh kenapa anda menangis. Just bagitahu.
Please please please minta tolong orang lain kalau rasa tak boleh buat. Jangan jadi supermom. Sebab kita memang tak mampu.
Dan bagi yang Muslim, lindungi diri kita dengan zikir dan ayat-ayat pelindung. Supaya jauh dari gangguan syaitan.
Resam berumah tangga ni kena ada tolak ansur kena banyak bersabar. Tak kira siapa lebih tua tak kira siapa lebih kaya. Yang kahwin kita brother bukan umur bukan duit.
Yang mana baru nak dirikan masjid nak langsungkan perkahwinan, mai ambik sikit ilmu rumah tangga ni. Nak kahwin jangan jadi King.
JANGAN KAHWIN KALAU NAK JADI KING
“Yang mana wallet abang? yang anak dah mandi belum? Yang dah siap masak? Yang baju b dah gosok? ”
Maka datang lah sang bini menjawab dan membuat arahan dari sang King. Umpama dalam syurga bila berumah tangga.
“Abang tolong sayang buang sampah please. Bie tolong mandikan anak boleh ? Bie kita makan kat luar boleh ke hari ni? Hari ni je syg tak larat lah nak masak”.
Bila si bini meminta tolong mesti di dahulukan dengan perkataan “tolong” “please” “boleh”. Itu pon belum tentu kita buat lagi, betul tak sang king sekalian?
Resam masyarakat melayu anak perempuan kena tahu semua kerja rumah dan anak lelaki tak tahu pon xpe. Jadi perempuan kena tahu masak, siang ikan, kemas rumah, jaga adik beradik dan serba serbi kena tahu.
Sampai lah ke alam perkahwinan perkara ni berlanjutan, sikap King kita ni terbawa bawa sampai ke alam perkahwinan.
Bila kahwin, bini kena tahu masak, bini kena tahu kemas rumah. Bila dah ada anak bini kena tahu jaga anak bini kena tahu jaga laki. Laki tugas cari nafkah zahir dan batin.
Nak serasi buang 3 sikap “KING” kita sebagai lelaki:
1. Penting Diri
Bila dah kahwin kita tak boleh pentingkan diri, kita kena fikir perasaan bini juga brother. Kena tahu benda apa yang kita boleh bantu bini kita dalam urusan rumah tangga.
Perkara asas seperti siang ikan, lipat baju, mop lantai kita kena ambik tahu. Belajar pergi pasar beli ikan, beli sayur dan barang dapur.
Buat kerja rumah sama sama tu indah brother, kita dapat rasa lebih lagi kemanisan hidup berumah tangga.
2. Me Time
Kalau dulu kita duduk bujang boleh lah bila masa cuti kita main PS4 dari pagi sampai ke petang. Bila dah kahwin kena bagi masa dan kongsi hobi dengan bini.
Mental kena kuat sebab kita kena banyak berkongsi termasuk barang kesayangan kita. Jangan jadi King sangat sampai bini tak boleh sentuh barang peribadi kita.
Ni sentuh koleksi “Gundam” pon boleh jadi perang dunia baik lupakan lah hasrat nak bina masjid tu.
3. Lepak
Bila kita dah kahwin jangan rasa diri macam orang bujang, sibuk lepak dengan kawan sampai pagi buta. Hati bini kena jaga brother, bini ni dia kata je ok, dalam hati dia kita tak tahu.
Jangan takut digelar “PERTIBI” bila masa lepak dengan kawan kawan sebab kita nak gerak balik awal. Tahu tak pertibi tu apa ? “PERSATUAN TAKUT BINI”.
Kita bukan takut bini sebab nak balik awal tapi sebab bini tak takut kita, haa jangan serius sangat gurau je. Balik awal sebab nak bahagiakan bini. Nak bini happy tak kesunyian seharian jaga anak kat rumah.
Sekadar perkongsian untuk anda yang bakal berkahwinan, maklumlah dah nak masuk musim majlis kahwin tak lama lagi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...