Keibubapaan

Cikgu Kongsi Idea Menarik, Jadikan Sampul Duit Raya Sebagai Bahan Pembelajaran Murid Khas

Share

Mendidik anak-anak dengan keperluan khas memerlukan kesabaran dan kreativiti daripada tenaga pengajar.

Tidak kira sama ada kanak-kanak berkeperluan khas atau normal, keduanya sangat teruja untuk belajar apabila teknik pembelajaran yang digunakan menyeronokkan terutama apabila melibatkan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan.

Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.

Bagi cikgu Pemulihan Khas pula, sudah tentu mereka memerlukan alat mengajar khas dalam menarik perhatian murid berkaitan.

Idea Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, Mersing, Johor, Cikgu Roslee Abdul @ Mohd yang menggunakan sampul duit raya sebagai bahan pembelajaran kepada anak-anak Pemulihan Khas, sangat menarik untuk dicontohi oleh ibu bapa atau guru pendidikan khas lain.

Cara untuk bina kad perkataan sampul raya, hasil idea Cikgu Roslee.

Peralatan:

1) Kertas warna

2) Gunting

3) Gam

4) Pensel warna

5) Gambar tidak berwarna

6) Sampul duit raya

Cara untuk bina kad perkataan sampul raya:

1) Gunting gambar dan warnakan.

2) Tampal gambar pada belakang sampul duit raya.

3) Potong kertas warna untuk setiap potongan satu huruf ikut nama gambar.

4) Masukkan kad huruf dalam sampul.

5) Anak-anak Pemulihan Khas diminta susun kad huruf menjadi perkataan berdasarkan gambar.

6) Tulis perkataan yang dipelajari. Tulis dan sebut perkataan secara latih tubi pada buku latihan.

Menurut Cikgu Roslee, aktiviti pembelajaran ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi setiap satu kad perkataan sampul raya.

“Satu hari buat dua kad. Insya-ALLAH dalam masa seminggu anak-anak Pemulihan Khas ini akan menguasai satu kemahiran,” katanya dan berharap ibu bapa boleh mengaplikasikan apa yang dikongsi ini bersama anak masing-masing.

Sumber: Sinar Bestari

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN