Pandemik Covid-19 nampaknya masih lagi menular dengan hebat diseluruh dunia. Ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja dengan mudah.

Baru-baru ini, pelakon Hollywood terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson mengesahkan dirinya dan keluarga disahkan positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu. Dwayne mendedahkan perkara itu menerusi video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

“Jaga Disiplin, Pakai Pelitup Muka & Lindungi Keluarga,” The Rock Kongsi Pengalaman Kena Covid Jauh Berbeza Dengan Kecederaan Fizikal

Bagaimanapun kini dia dan keluarganya telah pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi rakaman video berdurasi durasi 11 minit 35 saat, Johnson menceritakan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus tersebut dipercayai diperoleh daripada keluarga terdekat.

Isterinya, Lauren Hashian bersama dua anak perempuan, Jasmine dan Tiana dijangkiti Covid-19 lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu.

IKLAN

Menurutnya, mereka dijangkiti daripada rakan keluarga terdekat dimana mereka pun tidak tahu bahawa diri mereka telah positif wabak maut tersebut. Johnson mengakui itu adalah saat yang sangat mencabar buat dia sekeluarga. Bagi Johnson, keutamaannya adalah untuk melindungi ahli keluarga.

“Jaga Disiplin, Pakai Pelitup Muka & Lindungi Keluarga,” The Rock Kongsi Pengalaman Kena Covid Jauh Berbeza Dengan Kecederaan Fizikal

“Ini sesuatu yang sangat mencabar dan sukar untuk kami lalui sebagai sebuah keluarga dan untuk saya secara peribadinya. Diuji positif Covid-19 jauh berbeza daripada kecederaan atau patah yang sudah lebih beberapa kali saya alami.”

 

IKLAN

Jelasnya, situasi dihadapinya sangat mencabar kerana ia berbeza dengan pengalamannya alami kecederaan semasa berlakon atau pun kemalangan.

Namun beliau terus bangkit melawan penyakit yang kini masih menular di seluruh dunia malah sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar mengutamakan kebersihan dan penjagaan diri.

“Orang ramai perlu menjaga disiplin diri, memakai pelitup muka dan melindungi keluarga agar tidak menjadi salah satu korban Covid-19,” katanya.

IKLAN

Sumber: Oh Bulan & IG Dwayne Johnson

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

“Jaga Disiplin, Pakai Pelitup Muka & Lindungi Keluarga,” The Rock Kongsi Pengalaman Kena Covid Jauh Berbeza Dengan Kecederaan Fizikal

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI