Disaat dunia dilanda musim panas dan kes-kes strok haba yang melibatkan kanak-kanak, tindakan seorang guru yang mendenda pelajar Tahun 1 berjemur di tengah panas diselar wargamaya.
Semuanya berpunca selepas pelajar itu dikatakan datang lambat 10 minit lewat ke sekolah sekitar jam 2 petang.
Semalam, seorang ibu meluahkan rasa kekecewaannya dan memuat naik rakaman denda terhadap anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu yang dibiarkan berjemur di bawah panas terik.
“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.
“Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain disidainya anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang.
“Makan hati jugak tengok anak aku baru berusia 7 tahun Darjah 1 kena denda macam tu terkontang kanting sorang-sorang bawah panas terik. Dimalukan dan dipulaukan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10 minit.
“Waktu pembelajaran masih belum bermula, semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak-agak la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa nak denda tengah panas terik.
“Pandang budak tu macam anak sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yang sebenar.
“Salah ke kalau denda bawah tempat teduh,” tulisnya dikapsyen meluahkan rasa hati.
Bukan mahu memanjakan anaknya, namun ibu ini berpendapat hukuman sebegitu agak keterlaluan apatah lagi Malaysia berdepan musim panas sejak kebelakangan ini.
Bahkan katanya berkongsi, dia juga sudah membuat aduan kepada pihak atasan namun tidak diendahkan selepas tiada sebarang tindakan diambil.
Hati ibu mana yang tidak terkesan, apa lagi menyaksikan sendiri anak yang masih kecil dan baru mengenal alam persekolahan itu berjemur dari luar pintu sekolahnya. Sayu.
Video yang dikongsikan itu tular malah menerima lebih 1.5 juta tontonan yang menyelar tindakan itu.
Rata-rata wargamaya berpendapat tindakan berjemur di tengah panas itu sangatlah tidak wajar apatah lagi dikenakan kepada pelajar Tahun 1.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!