Setiap anak lelaki perlu dibekalkan dengan ilmu sebaiknya agar dapat membimbing ibu dan insan-insan tersayangnya. Perlu lebih matang, bertanggungjawab pada keluarga malah pandai berdikari dalam kehidupan. Semua ini menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberikan pada anak-anak lelaki kita.
Pelakon kacak, Ashraf Muslim juga turut memberikan didikan sebaiknya buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak yang bertanggungjawab malah menjadi insan yang terbaik serta diredai Allah.
Menerusi Instagram miliknya, Ashraf menitipkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila mereka sudah tiada kelak. Paling utama kata Ashraf, dia mahu dua heronya ini menjadi pembimbing malah mampu menjaga kedua ibu mereka dan adik beradik perempuan yang lain apabila besar kelak.
“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya ringkas.
Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu. Malah dalam masa yang sama, Ashraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mulia malah menjadi insan beriman kelak.
“ Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.
Kejutan Sempena Hari Lahir
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa yang baru menyambut hari lahirnya pada 12 September 12 lalu juga turut memberi kata-kata pujian buat kedua isterinya dalam entri berlainan.
Malah kejutan yang dibuat isteri-isterinya sempena hari lahir cukup bermakna buatnya. Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.
Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.
Ads
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya. Malu kejap tengah-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” kongsinya.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.
Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun. Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.
Ashraf juga bakal muncul sebagai tetamu undangan di Pa&Ma Journey Bersama Jovianina, Episod 6 pada Rabu ini, 30 September 2020, jam 9 malam dengan tajuk, Anak Bijak IQ, Pemakanan @ Genetik. Banyak perkongsian mengenai anak-anak yang dikongsikannya. Ikuti kisah menariknya.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah, tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi, maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik. Namun, adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi anda? Beberapa langkah pencegahan mudah boleh memastikan si manja anda selamat semasa anda mengendongnya.
– Sebelum mengendong bayi, baca dahulu arahan yang disertakan pada anduh bayi dengan teliti. Paling utama, periksa berat minimum pada anduh sebelum meletakkan bayi baru lahir anda di dalamnya. Ini kerana, bayi yang mempunyai berat kurang daripada 2.5kg berisiko untuk lemas di dalam anduh.
– Semasa mengendong bayi, pantau aliran udara bayi supaya tidak terhalang. Anda perlu memastikan muka si manja tidak ditutupi dengan anduh dan pantaunya sepanjang masa
– Berhati-hati semasa dan selepas penyusuan. Jika anda menyusukan bayi di dalam anduh, pastikan anda ubah posisi bayi selepas menyusukannya supaya kepalanya dapat menghadap muka dan tubuh anda
– Begitu juga jika anda ingin menunduk semasa sedang mengendong bayi. Jika anda ingin menunduk untuk mengambil barang atau sesuatu, bengkokkan lutut anda dahulu. Jangan menundukkan pinggang anda jika ingin mengambil barang yang terjatuh. Ini adalah bagi memastikan bayi anda terletak selamat di dalam anduh
– Kerap perhatikan bayi. Pastikan bayi anda kekal berada pada posisi yang selamat
– Sebelum mengendong bayi, sentiasa periksa dahulu anduh. Pastikan tali dan kain anduh dalam keadaan baik sebelum meletakkan bayi anda
Gunakan anduh bayi yang sesuai dengan berat dan umur si manja
Walau bagaimanapun, anduh boleh jadi merbahaya pada bayi, jika bayi mengalami keadaan di bawah:
1.Fabrik anduh menekan hidung dan mulut bayi menyebabkan bayi sukar untuk bernafas dan lemas. Ini berlaku apabila anda meletakkan bayi baru lahir pada anduh. Bayi baru lahir mempunyai otot leher yang lemah dan mereka belum boleh menyeimbangkan kepala.
2. Jika bayi diletakkan pada posisi dagu mereka menunduk ke dada orang yang mengendongnya, tidak kiralah ibu ataupun bapa. Posisi sebegini akan mengehadkan aliran udara dan bekalan oksigen bayi, serta menghalang bayi untuk menangis meminta tolong dan bayi juga akan lemas.
3. Bayi yang lahir pramatang dan mengalami berat badan kurang daripada 2.5 kg berisiko lemas jika diletakkan dalam anduh.
Adakalanya bila anak semakin membesar dan sudah mampu berfikir sendiri, mereka sudah mula menolak permintaan ibu. Ibu mana yang mampu lena tidurnya bila anak makin banyak perangainya. Adakalanya langsung tidak mahu disuruh dan sebagainya.
Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecil dan masih belum mengenal erti kehidupan inilah patut kita didik dan ajarkan ilmu yang sebaiknya.
Sebenarnya ada banyak cara dan usaha yang kita boleh amalkan. Antaranya seperti yang disarankan oleh Ustaz Ebit Lew ini di facebooknya. Insyaallah anak-anak tersentuh hatinya, sayang, patuh dan sentiasa dekat dengan kita.
Saja nak share 5 cara pujuk pasangan, anak-anak yang keras hati malas solat dan jauh dari kebaikan. Syukur pada Allah. Saya selalu buat pada orang tepi jalan budak nakal atau abang gengster pun boleh jalan dan inilah selalu saya nasihat pada yang ada masalah keluarga.
Pertama cakap betapa kita sayang mereka. Nabi saw sayang mereka. Allah sayang mereka. Mereka rindukan kasih sayang Allah. Rindu kasih sayang ikhlas dalam hidup mereka.
Kedua makan berjemaah suap makan. InsyaAllah akan terasa hati jadi dekat..sunnah Nabi saw makan berjemaah kalau boleh satu bekas yang sama…
Ketiga peluk mereka dengan ikhlas. Walau ayah kita yang dulu garang. Balik dan peluk mereka. Anak kita yang dah besar. Inikan pula mak anak atau ayah anak kita. Mereka rindukan pelukan..biasanya sebak dan rasa nak menangis..
Selepas itu buat Taklim. Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga setiap hari. Walau 10 minit. Lagi lama lagi bagus tapi istiqamah setiap hari..rahmat,hidayah, kasih sayang meliputi rumah kita.
Selebihnya jaga solat Fardhu awl waktu waktu berjemaah dan selalu solat tahajud,dhuha, hajat minta Allah beri hidayah buat setiap ahli keluarga. Sebut nama mereka seorang demi seorang. Jangan lupa yer..
Dah ramai amalkan Allah beri keberkatan dalam keluarga mereka. Segalanya akan berubah.
Sumber: Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...