
Perjalanan selepas melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi bila tubuh masih dalam fasa pemulihan. Namun, ada satu situasi yang cukup mencabar emosi dan fizikal ibu, iaitu apabila jahitan bersalin terbuka semula. Sakitnya bukan sedikit, malah boleh membuatkan ibu rasa trauma untuk bergerak atau menjalani rutin harian.
Walaupun kes ini jarang berlaku, ia tetap boleh terjadi dan tidak sepatutnya dipandang ringan. Menurut Dr Yulianty Arifuddin, Resident O&G Consultant dari Hospital Pakar An-Nur, Bangi, jahitan terbuka atau wound breakdown boleh memberi kesan besar jika tidak dirawat dengan segera, termasuk risiko jangkitan dan tekanan emosi kepada ibu.
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan jahitan bersalin terbuka
semula. Antaranya ialah koyakan yang besar atau sukar ketika proses kelahiran, terutama jika melibatkan episiotomi.Selain itu, penjagaan kebersihan yang kurang baik semasa berpantang juga boleh menjadi punca. Luka yang tidak dijaga dengan bersih lebih mudah dijangkiti kuman. Masalah sembelit juga memainkan peranan besar kerana tekanan ketika meneran boleh menyebabkan jahitan terbuka.
Ibu yang mempunyai berat badan berlebihan atau menghidap kencing manis, termasuk diabetes semasa hamil, juga berisiko mengalami penyembuhan luka yang lebih lambat, terutamanya jika paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik.
Jangan tunggu sampai teruk. Jika ibu mengalami tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan kerana ia mungkin petanda jahitan bersalin terbuka:
Kebiasaannya, jahitan terbuka berlaku akibat tekanan pada kawasan luka. Bila ada pendarahan, ia juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Sebab itu penting untuk tidak bertangguh mendapatkan rawatan.
Tidak semua kes jahitan bersalin terbuka memerlukan jahitan semula. Jika luka kecil dan tidak dijangkiti, ia boleh sembuh sendiri dengan penjagaan rapi seperti cucian luka dan dressing setiap hari.
Namun, jika luka lebih besar, dalam atau sudah dijangkiti, rawatan lanjut termasuk antibiotik atau jahitan semula mungkin diperlukan. Doktor akan menilai keadaan luka sebelum menentukan rawatan yang sesuai.
Bila jahitan bersalin terbuka, ibu perlu lebih berhati-hati dan beri perhatian ekstra pada penjagaan diri. Ini antara langkah yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan:
Selain itu, rehat yang mencukupi juga penting. Tubuh memerlukan masa untuk pulih, dan tekanan fizikal yang berlebihan boleh melambatkan proses penyembuhan luka.
Jika selepas dua minggu luka masih belum sembuh, jangan tunggu lagi. Segera jumpa doktor untuk elakkan komplikasi yang lebih serius.
Dalam sibuk menjaga bayi, jangan lupa diri sendiri juga perlukan perhatian. Jahitan bersalin terbuka bukan perkara kecil. Lebih cepat dirawat, lebih cepat ibu boleh kembali sihat dan fokus sepenuhnya pada si manja.
Kesihatan ibu adalah kunci kepada kesejahteraan keluarga. Jadi, jangan abaikan sebarang tanda yang mencurigakan dan sentiasa utamakan penjagaan diri sepanjang tempoh berpantang.