Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
Lain macam betul aura bila dapat pergi bercuti dengan kawan baik, lagi-lagi bila usia dah masuk 50-an. Zaman muda dulu sibuk sangat besarkan anak-anak, cari rezeki, urus keluarga semua benda fikir anak je dulu.
Tapi bila anak-anak dah besar, masing-masing dah ada hidup sendiri, masa tu lah baru kita rasa… eh, ini masa untuk diri sendiri pula.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon, penerbit dan pengarah terkenal Sheila Rusly, atau nama sebenarnya Sheila binti Rusly.
Baru-baru ni Sheila menarik perhatian ramai apabila memuat naik video percutian bersama dua sahabat baiknya, Sharifah Shahora dan Maria Tengku Sabri. Tiga sahabat karib ni memang rapat sejak dulu lagi, dan percutian mereka kali ni benar-benar mencuri perhatian.
Dalam video yang dikongsi, mereka bertiga naik kereta sambil menyanyi lagu-lagu rancak popular era 90an satu momen yang cukup nostalgia dan mengundang senyuman buat ramai yang menonton.
Walaupun tak diberitahu destinasi percutian mereka, namun daripada perkongsian dipaparkan pemadangan pantai. Apa yang pasti jelas terpancar kegembiraan dan semangat muda dari wajah masing-masing.
Sheila Rusly yang kini sudah pun bergelar nenek tetap nampak ceria dan bertenaga. Mungkin itulah ‘healing’ sebenar bagi mereka—bercuti bersama sahabat lama, tanpa sebarang tekanan, hanya nikmati momen bersama.
Tinjauan di ruangan komen pula penuh dengan pelbagai reaksi. Ramai yang teruja dan mengimpikan nak buat perkara sama. Ada yang tag kawan baik masing-masing sambil cakap, “Let’s plan something macam ni jugak!” Ada juga yang berseloroh, “Tunggu anak habis sekolah dulu, pastu kita rempit!” Malah, ada yang bergurau kata, “Cucu tengok nenek pun terkejut, nenek lagi havoc dari dia!”
Apa pun, yang penting mereka bertiga nampak benar-benar gembira. Kadang-kadang, bahagia itu tak perlu mewah pun—cukup dengan kawan baik, kenangan lama, dan jiwa yang masih muda.
Sebab walau usia dah kalabuyat, tak bermakna hidup kena perlahan. Yang penting, hati kena muda selalu.
Hukum buat akikah guna duit kepunyaan anak. Bolehkah seorang bapa melaksanakan akikah dengan menggunakan wang kepunyaan bayinya itu? Pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan.
Pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut di samping memberikan nama yang baik dan mencukur rambut bayi tersebut.
Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Binatang akikah disembelih pada hari ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat al-Tarmizi (1522)
Hukum akikah adalah sunat muakkad (dituntut)[1]. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Akikah itu bersama-sama dengan bayi yang dilahirkan. Oleh itu, tumpahkanlah darah(sembelih binatang) bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
Riwayat al-Bukhari (5471)
Akikah dituntut ke atas penjaga bayi kerana dia bertanggungjawab terhadap nafkah bayi itu. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata:
والمخاطب بها: مَن عليه نفقة الولد، فليس للولي فعلها من مال ولده؛ لأنها تبرع
Maksudnya: “Perintah tuntutan akikah ditujukan kepada orang yang bertanggungjawab dengan nafkah anak. Maka penjaganya tidak berhak melaksanakan akikah tersebut menggunakan harta anaknya kerana akikah merupakan sedekah”.
(Rujuk: Al-Minhaj al-Qowim, 310)
Oleh itu, Akikah hendaklah dilaksanakan dengan tidak menggunakan harta anaknya bahkan menggunakan hartanya sendiri. Imam Khatib al-Syarbini menyatakan:
أما من مال المولود فلا يجوز للولي أن يعق عنه من ذلك؛ لأن العقيقة تبرع وهو ممنوع منه من مال المولود، فإن فعل ضمن
Bermaksud: “(Manakala) daripada harta anak maka penjaga tidak boleh melakukan akikah menggunakan hartanya kerana akikah adalah tabarru’ dan ia ditegah dilaksanakan daripada harta anak. Sekiranya dia menggunakannya maka dia perlu membayar ganti rugi”.
(Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 6/139)
Penjaga kepada anak yang diharuskan untuk melaksanakan akikah adalah ayah, datuk, ibu dan nenek kepada bayi tersebut. Menurut Imam al-Mawardi:
Bermaksud: Pihak yang menanggungnya dan dikhaskan untuk menyembelihnya (haiwan untuk akikah) adalah orang yang bertanggung jawab untuk memberi nafkah kepada anak itu yang terdiri daripada bapa atau atuk atau ibu atau nenek kerana akikah merupakan salah satu kos tanggungan (bekalan makanan).
(Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 15/296)
Meskipun begitu, sekiranya anak (bayi) itu dalam kalangan orang yang kaya dan berkemampuan, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya. Hal ini dinyatakan oleh Imam al-Mawardi:
وإن كانت نفقته من ماله كأن يكون غنيًّا بميراثٍ وعطيةٍ، لم يجز أن يخرج من مالهِ؛ لأنَّها ليست بواجبة، كما لا يخرج منه الأضحية
Bermaksud: Meskipun nafkah (bayi itu) bersumberkan dari hartanya seperti dia seorang yang kaya disebabkan harta pusaka dan pemberian, maka hartanya tidak boleh(haram) dikeluarkan (untuk perlaksanaan akikah) kerana ia tidak wajib (dilaksanakan) seperti mana tidak boleh(haram) menggunakan hartanya untuk dilaksanakan korban.
(Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 15/296)
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan.
Oleh itu, akikah tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan harta anak tersebut. Malah ia perlu dilaksanakan dengan menggunakan harta penjaganya. Bahkan, sekiranya anak itu dalam kalangan kaya dengan mewarisi harta yang banyak, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya.
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya di dalam kenderaan milik suspek.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berkemungkinan besar ditinggalkan oleh suspek berusia 30 tahun dalam kereta Proton Saga dinaiki mereka selepas mendapatkan bekalan dadah itu.
“Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaannya dan siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.
“Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut,” katanya.
Pernah beberapa kali bawa keluar
Muhamad Zaki berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek yang mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa sudah beberapa kali membawa keluar kanak-kanak itu, namun tidak dapat dipastikan lokasinya.
Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa ‘port’ dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, Kelantan.
“Seramai sembilan individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas yang dilakukan di sekitar kampung berkenaan dan saya juga mengarahkan agar siasatan lanjut diteruskan,” katanya.
Mula beri respons bila panggil nama
Sementara itu, ibu mangsa berusia 36 tahun berkata, keadaan anaknya menunjukkan petanda baik kerana memberi respons apabila namanya dipanggil walaupun dalam keadaan ditidurkan.
“Walaupun belum lagi sedarkan diri, sudah ada sedikit pergerakan sebaik namanya dipanggil dan itu cukup melegakan saya.
“Harapan saya agar anak dapat diselamatkan dan keadaan saya yang menghidap kanser payudara tahap lima begini, sangat sukar untuk menguruskan keadaan sebegini,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.
Susulan itu, seorang buruh ditahan pada malam kelmarin untuk membantu siasatan.
Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit kes dadah direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.