Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Tapi Didik Anak Kita Jadi Pemaaf!

Share

Bila anak kita menangis terlanggar kerusi, tersepak batu atau apa saja, kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek-objek berkenaan. Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain.

Kita nampak hal ini seakan remeh dan mudah namun banyak kesannya dalam perkembangan anak itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi lebih pemaaf.

Perkongsian Muhammad Hassan ni banyak benarnya. Salah cara kita mendidik, kononnya dan pujuk anak.  Tak mengapa, lepas ni kita sama-sama tukar cara.


PUNCA ANAK SUKA SALAHKAN ORANG LAIN

Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga, tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga, marah batu untuk senyapkan anak.

Sebenarnya ini salah, kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu, rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.

Sebenarnya perbuatan di atas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan, gagal temuduga anak salahkan bakal bos, gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.

So kepada ibu bapa hentikan salahkan perkara lain untuk menenangkan anak, sebaliknya didik anak untuk memaafkan orang lain hatta memaafkan tangga, batu, kucing, adik, abang atau sesiapa pun.

Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.

Moga bermanfaat.

Kredit: Muhammad Hassan

IKLAN