Kes kematian bayi tersedak susu pasti akan berlaku setiap tahun di negara ini berdasarkan statistik yang diperolehi. Kebanyakkan kes ini ataupun kes tercekik makanan sering kali berlaku di pusat penjagaan kanak – kanak. Namun, tidak kurang juga yang berlaku di rumah.
Berpunca kelalaian ibu bapa tau penjaga, bayi yang baru sahaja mengenal dunia tidak dapat lagi meneruskan kehidupan. Malahan, emosi ibu bapa juga akan sangat terganggu kerana tidak mampu untuk menerima hakikat kehilangan anak tersayang akibat kecuaian mereka sendiri.
Tersedak susu biasanya berlaku apabila bayi berusia 6 bulan ke bawah, ini kerana salur pernafasan dan salur pemakanan bayi ketika itu terletak bersebelahan. Apabila bayi bayi kerap termuntah, ia sangat berisiko susu masuk ke salur pernafasan dan paru – paru.
Ads
Menurut Dr Kae Jo Wong atau Dr K, selepas bayi tersedak susu ramai ibu bapa akan mengangkat bayi secara tidak sedar dan ini merupakan Langkah yang sangat bahaya. Apabila bayi muntah susu, ia mudah tercekik susu semula. Jika segera mengangkat bayi, lebih banyak air liur dan susu akan disedut ke dalam saluran pernafasan.
Ads
Dr K juga ada berkongsi cara – cara yang boleh dilakukan jika bayi tersedak susu. Jom lihat video perkongsian mengenai cara menangani bayi tersedak susu melalui akaun TikToknya.
Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi telah selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan pagi semalam. Menerusi instagramnya, Oki memaklumkan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya.
Sungguh pun begitu, kesihatan bayi keempat yang diberikan nama indah, Sulaiman Ali Abdullah itu tidak memberangsangkan kerana mengalami sedikit masalah pernafasan. Bayi Sulaiman kini masih dirawat di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).
“Alhamdulillah telah lahir putra ke-4 kami, Sulaiman Ali Abdullah pagi tadi (semalam), Isnin, 16 November 2020 pukul 5.46am.
“Berbanding kakak-kakaknya yang cenderung besar, Sulaiman tergolong agak kecil iaitu lahir dengan berat 2.9 kilogram (kg).
“Alhamdulillah proses persalinan berjalan sangat baik, saya sangat sihat, semua berjalan lancar,” katanya berkongsi.
Biar pun masih belum berkesempatan bertemu dengan bayinya disebabkan masalah itu, namun Oki tetap cekal. Sehingga ke hari ini yang sudah memasuki hari ketiga, bayi Sulaiman masih berada di NICU bagi meneruskan rawatan sehingga pulih.
Kata Oki, dia sebolehnya tidak mahu menangis mengenangkan anaknya. Namun sokongan suami yang tanpa henti meredakannya, keluarga serta teman-teman membuatkan dia semakin kuat sambil mendoakan agar bayi keempatnya itu segera dibenarkan keluar hospital.
“Qadarullah, Sulaiman memiliki masalah masalah adaptasi pernapasan atau secara perubatan disebut dengan Transient Tachypneu of the Newborn (TTN).
“Sampai saat ini saya belum bertemu Sulaiman, kerana Sulaiman dirawat di NICU dengan menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu entri terkini, Oki memaklumkan perkembangannya dan bayi Sulaiman yang masih lagi berada di NICU.
“Saya dan Sulaiman masih di sini. TTN nya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan. Kemarin dokter anak mendatangi saya dan menyampaikan bahwa Sulaiman harus diobservasi oleh 6 dokter. Sampai hari ini.. selalu berdebar dada ini saat ada dokter yang mengumumkan hasil pemeriksaannya.
“Walaupun tak ingin menangis, nyatanya saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, “ Kemarin Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan, kita jalani skenario Allah ini,” katanya lagi.
Oki juga turut memohon para pengikutnya agar mendoakan kesejahteraan bayi keempatnya itu. Semoga bayi Sulaiman semakin menampakkan perkembangan yang positif. Doakan yang baik-baik sahaja buat Oki dan bayinya.
Terdahulu, Oki Setiana Dewi berkahwin dengan suaminya, Ory Vitrio Abdullah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4 serta dua orang anak lelaki, Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun dan Sulaiman Ali Abdullah.
Data dari Kementerian kesihatan menunjukkan peninkatan kes influenza 2019. Kes-kes di hospital swasta seluruh negara juga menunjukkan lebih ramai lagi kes influenza. Menurut Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail Consultant Paediatrician & Paediatric Cardiologist, Ini bukan khayalan tetapi adalah kebenaran yang berlaku sekarang ini. Vaksin yang ada sekarang tidak “expired” seperti yang disebarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Vaksin Influenza Perlu Diambil Setiap Tahun
Oleh sebab virus influenza yang berkeliaran bertukar tiap-tiap tahun seperti dopants oleh WHO dan KKM, antigen dalam vaksin juga perlu bertukar. Ini sebabnya, vaksin ini perlu diberi tiap-tiap tahun. Sebagai pekerja kesihatan yang berdepan dengan pesakit-pesakit setiap hari, kami telah mendapat vaksin influenza setiap tahun sejak kami muda lagi, kerana kami dalam kumpulan high risk.
Jauhkan Diri Daripada Orang Tidak Sihat
Kematian disebabkan oleh infeksi sekunder oleh bakteria lain seperti pneumokokus, Streptococcus pyogenes, Mycoplasma dan lain-lain setelah influenza mengurangkan imuniti pesakit dan merosakkan saluran pernafasan dalam.
Untuk mencegah, kita jauhkan diri dari sesiapa yang kelihatan kurang sihat, kawasan dimana ramai orang berkumpul, basuh tangan dgn sempurna, guna topeng Penutup hidung dan mulut, jangan gosok mata dan hidung dengan tangan jika tidak bersih, dan sebagainya. Vaksin influenza boleh juga mencegah jangkitan tapi ia memerlukan masa dalam 2 minggu dan perlindungannya bukan 100%.
Bayi Bawah 6 Bulan Pula Bagaimana?
Bagi anak yang usia kurang daripada 6 bulan, kita kena jaga dan jauhkan daripada sesiapa yang kelihatan kurang sihat dan patut diberi susu badan yang memberi antibodi daripada ibu. Jangan bawa anak kecil keluar ke tempat-tempat orang ramai seperti pusat membeli belah atau nurseri. Jika hantar ke TASKA, pastikan anak lain sihat dan penjaga tahu berkenaan pengasingan bagi anak yang tidak sihat.
Bagi Warga Emas, mereka patut diberi vaksin influenza. Mereka juga patut diberi vaksin pneumokokus supaya tidak berkaku komplikasi jika dijangkiti influenza.
Sumber: Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail
Consultant Paediatrician & Paediatric Cardiologist
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya seorang ibu akan membayangkan menyusu anak selama dua tahun ini macam lama je. Namun dalam keadaan tak sedar itu, tiba-tiba kita rasa Ya Allah anak dah boleh berjalan dan berlari pun.
Memang tak dinafikan seorang ibu nak cuba yang terbaik untuk susukan anaknya. Sebab itu dalam Islam sendiri pun Allah dah suruh kita merancang penyusuan untuk anak sebaik dilahirkan ke dunia.
Kewajipan bapa pula memberi makanan dan pakaian pada ibu ikut cara sepatutnya. Bapa kena pastikan kebajikan, keceriaan makan minum isteri yang baik bagi memastikan tempoh penyusuan buat anak berjalan lancar.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam Webinar Mama Tak Penat SusukanAnak, beliau menjelaskan sebaik-baik penyusuan susu ibu memang 2 tahun tapi andai kata dah usaha semaksimum mungkin tetapi ibu tak dapat capai target tersebut usah bersedih.
Sebab itu sebenarnya perjalanan penyusuan susu ibu bukan diletakkan di bahu isteri semata-mata. Suami juga harus sepakat dan kena tahu untuk proses yang baik mesti ada ilmu.
Mungkin untuk anak pertama ibu gagal menyusukan sehingga 2 tahun tapi untuk anak seterusnya tak semestinya tak berjaya. Lagi satu apa yang selalu saya dengar dari rakan-rakan saya yang bergelar pakar laktasi, kebanyakan ibu menyusu akan datang apabila ada masalah penyusuan.
Memang betul tapi sebaik-baiknya kena datang masa merancang nak ada anak dan bawa sekali suami. Suami yang baik tolonglah bagi sokongan pada isteri, bawa isteri jumpa pakar.
Bukan apa, jika isteri stres, dukacita, risau, bimbang dan sibuk fokusnya untuk menyusu sehingga anak dua tahun jadi terbantut dan pengeluaran susu juga tak banyak. Lagipun ibu yang menyusukan anak ni antara 8 ke 12 kali sehari dia akan beri susu buat anaknya.
Lagi satu saya nak ingatkan walaupun dah usaha tapi tak dapat juga mungkin ada hikmahnya. Ibu jangan rasa kecewa sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan anak.
Boleh minta upah dengan suami
Kongsi Ustazah Isfadiah lagi, isteri yang menyusu anak sebenarnya boleh minta upah dengan suami. Mesti ramai isteri tak terfikir kan tapi hakikatnya memang begitu. Ada ulama yang mengatakan kalau isteri minta, suami kena bagi.
Tapi saya percaya ibu-ibu mesti tak tergamak nak buat begitukan sebab anak sendiri. Biarpun isteri tak minta, suami janganlah lepas tangan pula. Daripada sudut ni suami mesti beri sokongan moral, beri penghargaan, waktu isteri susukan anak tu boleh siapkan apa-apa makanan yang mudah untuk isteri dan sambil menyusu isteri boleh menikmatinya. Ni pun akan beri mood gembira.
Jika ada rezeki lebih tak salah pun nak berikan yang lebih mahal. Apa yang penting suami tak boleh lepas lepas tangan dan mesti ambil tahu. Ayah tetap kena terlibat dalam hal penjagaan anak.
Jangan ‘tidur mati’ kalau anak menangis tengah malam. Suami bangunlah dulu dan angkat anak sebelum bagi isteri susukan. Cuba ringankan isteri dan bila sokongan ini isteri dapat, dia pun akan bersungguh-sungguh
Makanan sunnah milkbooster terbaik
Bila sebut bab pemakanan untuk ibu menyusu, makanan sunnah antara milkbooster terbaik. Makanan sunnah adalah makanan yang diamalkan oleh nabi.
Dalam hal ini Ustazah Isfadiah tekankan ibu yang menyusu jangan lupa minum susu. Susu yang baik adalah susu kambing. Kalau boleh setiap hari sebab ni bagus untuk kalsium dalam badan.
Saya syorkan juga amalkan minum air madu. Satu sudu madu tu campur dengan air suam dan sebaik-baiknya biarlah madu asli.
Buah delima, jus buah delima atau cuka delima pun bagus. Khasiatnya untuk kulit, perkembangan otak dan jantung. Selain itu minyak zaitun, makanan tambahan perlu diamalkan setiap hari. Ini kerana dalam minyak zaitun tu ada asid lemak untuk bantu perkembangan saraf otak ibu dan anak.
Buah tin yang segar lagi bagus jika nak amalkan sebab ada omega 3 dan omega 6. Sekiranya susah nak dapatkan makanan sunnah yang disebutkan tadi, buah kurma paling senang. Boleh jadi snek antara masa menyusu dan sangat kaya dengan protein, gula, serat oleh ibu dan anak.
Selain menyentuh pemakanan sunnah, Ustazah Isfadiah juga turut berkongsi amalan yang yang boleh ibu menyusu amalkan. Antaranya adalah amalkan bacaan surah Al Fatihah bila rasa mood tak elok. InsyaAllah bila baca Al Fatihah hati boleh rasa tenang je.
Surah Al- Fatihah ni sebagai ruqyah dengan perasaan yag tak baik. Lagi satu boleh amalkan surah Al Insyirah.
Paling penting juga yang perlu dibaca tiap kali ibu menyusu sambil tenung muka dan usap kepala anak bacalah Ya Qowiyyu Ya Matin untuk bantu meningkatkan produksi susu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...