Anak kecil kita sememangnya perlukan bimbingan dalam perkembangan mindanya setiap hari. Malah perlukan latihan dan daya ransangan untuk mindanya berfikir dengan lebih baik. Walaupun hanya berada di rumah, mak ayah perlu belajar untuk merangsang minda mereka supaya lebih fokus dalam melakukan pelbagai aktiviti.
Menurut Puan Aisyah Kassim, walaupun hanya aktiviti membaling bola, namun bila bertujuan, anak akan menjadi lebih fokus ketika melakukan aktiviti. Nak anak jadi lebih fokus bila melakukan pelbagai aktiviti harus tahu caranya.
Ada beza tau anak pandai baling objek tanpa tujuan dengan anak yang pandai baling objek dengan tujuan. Ada anak yang tahu baling objek tapi bila diminta membaling ke arah yang diminta anak terus tak pandai. Kenapa? Apa bezanya?
Ads
Ini disebabkan anak masih tiada kemahiran fokus. Apabila kita tetapkan bahawa mereka perlu membaling kepada sesuatu arah/tujuan, mereka perlu fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada tujuan tersebut. Jadi bagi anak yang masih tiada kemahiran fokus, agak sukar untuk mereka membaling ke arah sesuatu tujuan.
Fokus ni penting untuk anak-anak belajar bercakap dan tumpukan perhatian semasa beraktiviti. Cuba bayangkan kita nak ajar anak bercakap, tetapi anak masih berlari ke sana sini. Jadi kemahiran fokus ni perlu diasah bagi kanak-kanak yang masih belum bercakap.
Ads
Untuk ibu bapa yang ada anak masalah fokus, dah lakukan sesuatu ke belum? Jangan lewat dan bertangguh ya.
Ads
Jadi mak ayah bolehlah lakukan beberapa aktiviti seperti memasukkan bola ke dalam gelung atau aktiviti yang dikongsikan di dalam gambar ini bagi merangsang daya fokus anak-anak kecil kita.
Bukan itu sahaja malah aktiviti meniti di titian juga merangsang daya imbangan anak malah melatih minda lebih fokus. Tak perlu gopoh, sebaliknya bagi anak-anak masa untuk lakukan aktiviti ini perlahan-lahan sehingga dia berjaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian.
Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian. Berbeza dengan ibu yang bekerjaya. Memang penat setelah seharian di pejabat, balik rumah pula perlu menguruskan rumah tangga. Lebih lagi jika ada anak yang masih kecil.
Tetapi ibu kena ingat, pesanan nenek moyang dulu, ‘air tangan’ isteri atau ibu adalah pengikat kasih sayang suami dan anak-anak.’ Nyata, jika ibu sibuk mana pun kena cari masa untuk melakukan tugasan itu.
Justeru Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamoodtelah menyentuh mengenai kehebatan air tangan ibu yang merupakan rahsia yang akan membuat anak mendengar kata-kata anda dan mudah dibentuk.
Air tangan ibu bukan memasak sahaja
Walaupun ibu itu seorang yang sibuk dengan kerjayanya, seharusnya kita menambat hati melalui air tangan ibu. Ini kerana, air tangan ibu ini adalah penuh dengan kasih sayang. Kita masak bermakna, kita sayang anak-anak dan suami walaupun kita penat.
Apa yang dikatakan kurang air tangan ibu pula kerana kemungkinan segala persiapan anak diuruskan oleh pembantu rumah atau bibik seperti makan minum, mandi atau pakai baju anak-anak. Berbeza dengan air tangan ibu yang memasak, air tangan ibu yang suap makanan dan minuman serta air tangan ibu yang memandikan anak.
Saya sendiri, semasa anak kecil, saya akan mandikan anak, basuh rambut dan syampu rambut anak-anak. Sambil itu, saya akan berdoa, “Ya Allah haramkan rambut anak ku ni daripada dibakar oleh api neraka. Moga anakku menutup aurat dengan sempurna. Saya sebegini sejak mereka bayi lagi.
Jika basuh tangan anak-anak, saya akan niat, “Ya Allah, bagilah tangan anakku ini melakukan perkara yang baik-baik saje, nanti diakhirat dapat ‘buku’ ditangan kanan. Basuh tangan kiri pula niat, “Janganlah bagi anakku dengan tangan kiri, janganlah bagi anakku mencuri, buat benda yang tak elok. Ketika mandikan anak, jangan lupa basuh kaki kanan dan kiri anak niatlah kaki ni tetap ke titian siratul mustaqim dan melangkah ke tempat-tempat baik.
Ibu perlu luangkan masa untuk menguruskan keluarga
Ini semua adalah air tangan ibu. Bukannya memasak sahaja. Air tangan ibu termasuk kita mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut dan suapkan makan minum anak. Semua perkara-perkara Ini dilakukan dengan niat semta-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Malah kasih sayang antara anak dengan ibu semakin kuat apabila anak itu membesar. Anak akan ingat momen ini.
Apa yang Ustazah kongsi ini, Ustazah buat pada anak-anak, sekarang pada cucu pula. Jadi air tangan ibu ini penting. Apapun kena dilakukan dengan perasaan tenang bukannya dalam keadaan marah. Jika kita memasak dalam keadaan marah, orang yang makan mungkin akan dalam keadaan beremosi.
Apa yang pasti, seorang ibu itu perlu meluangkan masa untuk memasak, menyuapkan makanan dan minuman, mandikan serta pakaian baju anak. Malah apa sahaja yang ibu lakukan perlu disertai dengan doa seperti doakan keselamatan anak semasa memandikannya.
Semua yang dilakukan ini adalah air tangan ibu untuk memberikan kesejahteraan buat anak-anak. Kurangnya air tangan ibu, bermakna akan menjejaskan kasih anak kepada diri kita.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai pengalaman anak akan masuk Tahun 1, anda akan rasa sukar sikit kerana ada beberapa perkara perlu dilakukan dulu sebelum semuanya selesai.
Antaranya wajib isi borang secara online sebelum cetak dan dihantar kepada sekolah pilihan ibu bapa. Namun semasa mengisi borang, ada bahagian rekod kesihatan anak harus di isi dengan lengkap.
Biasanya bahagian rekod kesihatan anak ini, ibu bapa kena tahu dan faham singkatan penggunaan perkataan bagi setiap suntikan yang pernah dilakukan ketika membawa anak menerima imunisasi.
Bagi memudahkan semua ibu bapa untuk mengisi borang secara online, Jururawat, Faszlin Abd Rahman memberi tipnya.
Memang agak leceh nak isi maklumat kesihatan murid ni tapi jika ibu bapa faham memang senang je, janji rekod imunisasi anak lengkap.
Misi Lin nak share maksud singkatan kat rekod kesihatan anak supaya senang ibu ayah nak isi borang pendaftaran nanti.
Lepas bersalin, ramai mama terkejut tengok segumpal rambut gugur waktu sikat atau mandi. Sampai penuh lantai bilik air! Jangan panik, mama. Ini sebenarnya normal dan ada sebabnya.
Menurut pakar, hormon estrogen yang tinggi masa hamil bantu rambut jadi lebat. Tapi lepas bersalin, hormon tu turun mendadak – lalu fasa ‘telogen effluvium’ pun bermula. Hasilnya, rambut gugur lebih banyak dari biasa.
Urut kulit kepala – Gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Urutan bantu lancarkan peredaran darah dan rangsang pertumbuhan rambut baharu.
Pemakanan seimbang – Pastikan cukup zat besi, protein & vitamin seperti Biotin dan Zinc. Banyakkan sayur hijau, telur dan kekacang.
Pilih syampu yang sesuai – Cari yang bebas sulfat dan mengandungi bahan semula jadi seperti argan atau rosemary oil.
Elak stress berlebihan – Mama kerja & jaga anak memang penat, tapi cari masa rehat walau sekejap. Stress boleh buat rambut gugur lebih teruk.
Ambil suplemen jika perlu – Boleh cuba suplemen khas untuk rambut selepas bersalin, tapi pastikan rujuk dulu doktor ya.
Kebanyakan kes akan pulih sendiri dalam 6–12 bulan. Tapi jika rambut makin menipis teruk atau berlarutan, elok jumpa pakar kulit kepala atau dermatologis.
Mama, jangan risau. Ini fasa sementara. Yang penting, jaga diri dan jangan lupa bahawa rambut boleh gugur, tapi keyakinan mama tetap kena kekal. Mama jaga anak, tapi mak kena jaga diri sendiri dulu. Ingat ini okay!✨
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!