“Jangan Buat Hal, Tidur Luar Ayah Malam Ni!”. Tomok Terkejut Tiba-Tiba Andra Panggil Mama

Share

Biasalah anak-anak, ada ketikanya jika rasa nak panggil ibu, mama, mummy ikut suka je. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada waktunya boleh menimbulkan syak wasangka pula.

Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra terpanggil mama sedangkan sebelum itu memanggil isterinya, Ayu dengan panggilan dibu.

“Secara spontan Andra cakap kat Dibu lepas mandi tadi..’mama’ ‘mama’.

“Lalu dibu terus memandang tepat kat mata aku lalu cakap ’mama mana pulak?” tulis Tomok.

“Jangan buat hal Andra.. Benda yang takda jangan di ada-adakan. Tido luar ayah malam ni nanti,” seloroh Tomok.

Rata-rata peminat memberikan komen yang lucu dan mengenakan Tomok.

Sumber: Ig Tomok

IKLAN