Pertama kali bergelar ibu dan bapa, sudah tentu wujud perasaan teruja dengan tahap perkembangan bayi. Antara proses yang paling ditunggu-tunggu adalah menyaksikan anak mula berjalan, kan?
Bila anak mula berjalan?
Apabila si manja sudah boleh mencapai sesuatu pastinya ia antara usaha untuk anak mula berdiri. Selepas si kecil sudah boleh berdiri dengan sendirinya, ia merupakan 1 tahap perkembangan yang paling dinantikan kebanyakan ibu bapa.
Sebelum anak mula berjalan, dia perlu mempunyai koordinasi dan kekuatan pada bahagian otot. Proses ini akan bertambah baik apabila dia mula belajar untuk duduk, meniarap dan merangkak.
Selepas anak mempunyai koordinasi dan kekuatan otot, mereka akan mula menarik sesuatu untuk membantu diri bangun atau berdiri. Kebiasaannya anak mula berdiri sambil memegang sesuatu sekitar usia 6 hingga 10 bulan.
Bermula daripada proses berdiri itu, si kecil akan mula menambahkan keyakinan serta keseimbangan dirinya. Rata-rata bayi akan mula membuat langkah pertamanya apabila menjelang usia setahun.
Pada usia 1 tahun 3 bulan, kebanyakan anak mula berjalan tanpa sebarang bantuan. Namun, jika anak anda mungkin memerlukan masa lebih lama daripada itu, usah bimbang. Ia adalah 1 keadaan normal.
Ini kerana ramai bayi yang tidak boleh berjalan tanpa bantuan sehingga berusia 1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 6 bulan. Dikatakan bayi yang lebih banyak mengesot akan lebih lambat berjalan berbanding bayi yang merangkak.
Tahap perkembangan sihat
Umumnya, ibu bapa akan bimbang apabila bayi lain yang seusia dengan anak mereka sudah boleh berjalan sedangkan si manja mereka masih merangkak lagi. Pastinya soalan yang biasa timbul adalah sama ada anak mempunyai masalah kesihatan yang serius?
Anak mula berjalan adalah 1 langkah penting dalam tahap perkembangan fizikal si kecil. Semestinya bayi yang semakin membesar tidak akan duduk diam dan berbaring di dalam buaian atau di atas katil semata-mata.
Mereka juga pastinya berasa rimas jika didukung sepanjang masa. Ini kerana mereka akan mula untuk mencuba bangun dan berdiri, bertatih, berjalan tanpa bantuan, berlari dan melompat dengan rasa penuh keyakinan diri.
Ads
Haaa…mesti ibu bapa tidak sabar menanti saat-saat itu, bukan?
Dalam keterujaan itu, diharapkan para ibu bapa sekalian dapat bersabar, ya? Jangan pula dipaksa si kecil berjalan sedangkan mereka belum bersedia lagi.
Lahir hingga usia 2 bulan
Selepas dilahirkan, si kecil akan mempunyai refleks untuk menendang apa sahaja permukaan yang disentuh kaki mereka. Ia bukanlah bermakna mereka cuba menggunakan kaki untuk berjalan tetapi ia cuma tindakan refleks sahaja dan akan hilang selepas 2 bulan.
Sebagai contoh, jika anda memegang si kecil dalam keadaan menegak di atas paha sambil menyokong kepalanya, pastinya anda berasakan seperti mereka cuba menggunakan kaki, bukan?
5 hingga 10 bulan
Ketika mencecah usia 5 bulan, jika anda memegang si kecil dan kakinya menyentuh paha anda, mereka akan terenjut-enjut turun dan naik. Ia adalah 1 aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan akan datang.
Ads
Sepanjang tempoh ini, otot kaki bayi anda akan berkembang ketika mereka belajar meniarap, duduk dan merangkak.
Menjelang usia antara 8 hingga 10 bulan, si kecil mula ‘memaksa’ dirinya untuk berdiri sambil berpaut atau berpegang pada perabot atau sebarang objek yang boleh menyokong dirinya.
Setelah beberapa minggu si kecil membiasakan diri dengan kemahiran ini, mereka akan mula bergerak secara tegak dengan berpaut pada objek. Ada kalanya, apabila berasa yakin, mereka mungkin akan melepaskan pegangan tersebut dan berdiri tanpa sokongan.
Bilakah anak mula berjalan?
Apabila si kecil mula melepaskan sebarang pegangan, anda boleh mencuba untuk membantunya berjalan dengan memegang tangannya. Pasti anak anda akan cuba untuk memulakan langkah untuk berjalan.
9 bulan hingga setahun
Ketika berusia 9 hingga 10 bulan, si kecil akan mula belajar untuk membengkokkan lututnya dan mengetahui cara untuk duduk selepas berdiri.
Ads
Haaa… Ini bukan 1 perkara yang mudah untuk bayi, okay?
Kebiasaannya, pada usia 11 bulan, anak anda mungkin sudah mempunyai kemahiran untuk berdiri sendiri, membongkok dan mencangkung. Dia akan mula berjalan sambil memegang tangan anda.
Namun percayalah, dalam tempoh beberapa minggu, si kecil boleh melakukannya tanpa sebarang bantuan! Walau bagaimanapun, ada sesetengah bayi masih berjalan berpaut untuk mendapatkan sokongan, jangan risau, ia adalah normal.
Ada juga bayi yang tidak berjalan sehingga mereka berusia 17 atau 18 bulan.
Biarkan anak mula berjalan secara semula jadi. Memang rasa teruja untuk melihat si kecil berjalan tetapi sebaiknya, biarkan ia berlaku secara semula jadi.
Jangan anda memaksa mereka untuk berjalan semata-mata kerana melihat bayi lain seusia mereka sudah boleh berjalan. Tahap perkembangan setiap bayi adalah berbeza, jadi bersabar ya wahai ibu bapa sekalian.
Biarkan si kecil untuk melalui proses meniarap, merangkak, berpaut sebelum mula bergerak dan berjalan bebas tanpa bantuan.
Kuatnya si kecil ni menangis, sakit ke dia? Buat ibu bapa baru, pasti anda sedikit cemas bila mendengar bayi menangis kuat-kuat sampai ‘melalak’ kan?
Buat yang tak tahu, tangisan bayi mencecah 110-120 db (rujuk web OSHA dan banyak sumber lain). Maka YA, kekuatan bunyi jerit tangis bayi boleh merentas jarak jauh.
BAYI SUKA MENANGIS KUAT-KUAT DAN ADA MASA SAMPAI ‘SELAK’ (HILANG BUNYI SEKETIKA). ADAKAH NORMAL?
⛔ 70db itu seperti bunyi vacuum cleaner rumah
⛔ 80db itu seperti bunyi trafik sesak/kuat
⛔ 90-100db itu seperti bunyi banyak ‘power tool’ seperti gerudi tangan dan pemotong rumput
⛔110 – 120 db itu pula seperti night club, konsert rock dan siren ambulance.
Itulah juga kekuatan bunyi jerit tangis bayi yang buat ramai ibu berkata, ‘bagai kena dera’, ‘macam nak tercabut anak tekak ‘, ‘sampai biru muka ‘ dan ‘sampai hilang suara’..
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Ketahui 4 aktiviti menggalakkan perkembangan kognitif bayi 0 hingga 3 Bulan. Lebih awal, lebih baik! Kemahiran kognitif dari 0 hingga 3 bulan membolehkan bayi anda mengambil maklumat daripada sekitar dan memprosesnya.
Pembangunan kognitif amat penting untuk membangunkan pra-bacaan, bahasa, perbendaharaan kata dan angka. Bayi berkembang berbeza mengikut individu. Mereka mungkin tidak akan menunjukkan perkembangan seperti kakak atau abangnya, tapi pastikan mereka mencapai perkembangan ini pada sebelum usia tiga bulan.
Respons kepada bunyi sekitarnya
Bayi anda mungkin berhenti bergerak dan menjadi tenang apabila mereka mendengar bunyi baru supaya mereka boleh mengenalpastinya. Mereka juga boleh melakukan sebaliknya, bayi membuat bising dengan mengejut.
Kedua-dua tindak balas ini menunjukkan bahawa si kecil telah mendengar sesuatu yang mereka tidak pasti dan cuba memproses dan responds kepada maklumat yang diterimanya. Kebanyakan hospital melakukan ujian pendengaran selepas kelahiran untuk memastikan bayi mendengar, kerana pendengaran ialah cara yang kritikal bagi bayi untuk mendapatkan maklumat.
Respons kepada suara
Salah satu perkara pertama yang bayi boleh kenali selepas lahir adalah suara. Mereka telah mendengar versi suara ibu mereka selama beberapa bulan yang lalu di dalam rahim dan kini mendengarnya dengan jelas buat kali pertama.
Mama boleh lihat bayi akanbertindak balas dengan suara anda di mana dia berhenti menangis apabila mendengar suara anda kerana ia menenangkan. Apabila mereka membesar, mereka akan mula menoleh kepala ke arah mama apabila mendengar namanya dipanggil atau apabila anda cuba berbual dengannya.
Eksplorasi Tangan
Mainan kegemaran bayi yang pertama ialah tangan mereka sendiri. Bila mereka mula pandai main dengan tangan, dua belah tangan boleh jadi tak cukup! Sebaik sahaja mendapat beberapa koordinasi, mereka akan memasukkannya ke dalam mulut untuk eksplorasi yang lebih lagi. Anda juga dapat melihat tangan bayi baru lahir pada awalnya menggengam tetapi perlahan-lahan akan lebih terbuka pada bulan-bulan berikutnya.
4 Aktiviti Menggalakkan Kemahiran Kognitif 0-3 Bulan
BERMAIN
Bermain adalah cara terbaik untuk menggalakkan pembangunan kognitif. Luangkan masa untuk menunjukkan cara menggunakan mainan kepada bayi dan bantunya meneroka dan bermain dengannya.
Mainan seperti bola kecil, kerincing, mainan berloceng, shape sorter, soft book, mainan lembut ialah antara mainan yang dicadangkan pada peringkat usia ini. Anda boleh nampak mana satu mainan kegemarannya bila mainan tersebut membuatkannya terangsang atau gembira.
BERCAKAP
Bercakaplah kepada bayi anda apabila anda bersama dengannya semasa menukar lampin, memandikan atau menyusukannya. Ia adalah cara terbaik untuk mencungkil kemahiran kognitif. Cuba bercakap tentang apa yang sedang berlaku disekitar anda berdua ketika itu.
Perlu diketahui bahawa mendedahkan bayi kepada televisyen tidak memberikan input sebagaimana anda sendiri bercakap dengannya. Bayi belum lagi boleh memproses maklumat yang diterima daripada televisyen seperti orang dewasa.
MEMBACA
Anda boleh membaca kepada bayi menggunakan buku lembut dengan menunjukkan gambar dan cuba biarkan tangan kecil itu menyentuh dan merasa tekstur buku. Atau anda boleh membaca dengan kuat dan biarkan bayi mendengar. Buku juga idea yang baik bagi bayi yang mula meniarap awal. Membacakan buku sebelum tidur juga membantu perkembangan awal literasinya.
MENYANYI, MUZIK & ZIKIR
Memang mama dan papa akan menyanyi atau membaca zikir semasa menidurkan bayi, ia memang kebiasaan. Teruskan untuk melakukannya pada masa yang lain seperti semasa anda di dalam kereta bersamanya, menukar lampin, mandi dan sebagainya. Ini adalah salah satu aktiviti sosial yang menenangkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comel dan cute sangat Raden dalam persalinan baju masyarakat Jawa. Kecil-kecil dah pandai posing. Nampaknya mommy macam dah tak sabar nak mengayakan baby Raden. Tak percaya tunggulah bila dah besar nanti.
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan pada 13 Mac lalu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Raden Muhammad Rafael selain sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu Raf Yaakob.
Sumber: ig Mawar Rashid & Raden Rafael
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.