Aishah Abdul Rahman atau Eisya, sudah mempunyai tiga orang anak sebelum Muhammad Aqil Rizqy. Jadi ibu ini sudah mempunyai pengalaman melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Jadi apabila dia melihat perlakuan Aqil yang berbeza sedikit, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Cari Maklumat Di Internet Dan Join Grup Autisme

“Ciri-ciri autism pada Aqil semakin ketara bila dia masuk dua tahun. Waktu kalau kita bercakap dengan dia, memang tak ada eye contact. Kita pun susah nak tahu sama ada dia mendengar atau tidak. Kalau dia marah lagi teruk, dia akan hentak kepala dia kuat-kuat di dinding.

Aqil juga tak suka berkawan dengan kanak-kanak lain. Dia suka menyendiri. Kalau dia main pun, dia suka dengan objek yang berputar. Kalau tidak, dia yang akan putarkan objek tu. Memang dia suka sangat dengan objek yang berputar. Saya lebih perasan akan ciri autisme ni bila saya lihat Aqil akan pegang tangannya sendiri kalau nak mencapai sesuatu objek. Kemudian kalau dia nakkan sesuatu pun, dia tidak akan tunjuk dengan jari. Memang tak pernah tengok dia pointing finger.

Saya tak nak buang masa, saya cari maklumat tentang autisme ni. Bukan saja pencarian di internet, saya juga join grup berkaitan autisme. Untuk tambah pengetahuan. Waktu bawa dia untuk check up di Klinik Kesihatan, saya beritahu doktor semuanya. Kemudian kes Aqil ni dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan oleh pakar pula.

Suami Banyak Membantu, Cari Kelas Terapi Untuk Aqil

Bila dah nampak semua ciri-ciri ni dan kumpul maklumat, saya ceritakan hal ini pada suami. Dia tak cakap apa pun, cuma mendengar dengan tenang. Waktu tu, Aqil ni tak disahkan lagi ada austime tapi suami nasihatkan saya untuk redha walau apa pun yang berlaku. Katanya lagi, kalau kita redha, semua urusan Allah SWT akan permudahkan.

IKLAN

Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh, Suka Hentak Kepala. Sekarang Hebat Mengira & Baca ABC!

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan penerimaan suami. Kami tak putus berusaha untuk memahami tentang autisme. Suami memang banyak membantu, dialah yang cari pusat terapi untuk Aqil sebab kalau di hospital sesinya cuma sebulan sekali. Suami saya juga daftarkan Aqil untuk mengikuti kelas renang khas untuk anak autisme. Kami juga hantar anak kami ni ke sesi playgroup untuk terapi pertuturan di Bangi.

Selain kelas-kelas yang kami daftarkan untuk Aqil, saya sendiri ambil kursus berkaitan terapi anak autisme. Saya percaya, terapi terbaik adalah apabila ibu dan ayah tu sendiri buat bersama dengan anak. Saya ikuti kelas autisme secara online dan mengikuti playgroup juga. Selain itu, kalau ada seminar yang dianjurkan oleh Permata Kurnia, saya akan join sekali.

Boleh Mengira 123 Dan Obses Dengan ABC

IKLAN

Alhamdullilah, sebelum ini anak saya speech delay dan non verbal tetapi hasil terapi yang dibuatkan dia mula sebut beberapa patah perkataan sepertti ‘I want eat’ bila dia lapar. Jika tidak, sebelum ini Aqil akan masukkan tangan ke mulut dan gigit-gigit tangannya bila lapar. Bila dia pegang sesuatu dia akan sebut ‘What it is’, dan ketika itulah juga saya terangkan pada Aqil untuk membantu Aqil menyebut lebih banyak perkataan.

Paling membanggakan kami, Aqil dah boleh baca ABC dan mengira 123. Dia sangat obses dengan ABC. Sekarang ni, dia dah mula ada eye contact bila bercakap dan boleh menerima arahan. Aqil juga boleh bermain dengan kanak-kanak lain cuma ada kesukaran untuk berkomunikasi.

Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh, Suka Hentak Kepala. Sekarang Hebat Mengira & Baca ABC!

Tantrum Takutkan Haiwan Tunggangan

IKLAN

Kesukaran pada awalnya tu sebab tak faham lagi apa itu autisme. Waktu tu kita pelik bila tengok perkembangan anak tak selaras dengan umurnya. Bila pergi berjalan ke shopping complex, memang tak boleh lalu langsung di Kawasan yang ada kanak-kanak bermain atau taman permainan. Dia akan tantrum, menangis sekuat hati. Kalau nak dipujuk, hanya saya yang boleh. Kalau suami cuba nak pujuk, dia punya mengamuk tu, tenaganya lebih kuat daripada ayahnya.

Ada satu hari tu, kami bawa dia ke IOI Mall. Kebetulan ada haiwan yang boleh kanak-kanak tunggang untuk keliling satu kawasan tu. Kami tak tahu yang dia takut, habis dia mengamuk. Menangis sekuat-kuatnya. Tantrum dia waktu tu sangat teruk sampai dia hentak-hentakkan kepalanya pada suami saya. Waktu itu kiranya dia memang mengamuk habislah.

Untuk mulakan terapi sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak boleh putus asa. Autisme ni adalah spektrum, berwarna-warni seperti pelangi. Ada cara dan keunikan sendiri.

Mula-mula sahaja rasa sukar tapi bila kita dah mula faham kehendak dan keperluan anak yang mengalami autisme ini, maka kita akan mudah menguruskannya. Alhamdulillah sekarang Aqil sudah banyak perubahan yang dia tunjukkan. Awal tahun ni, dia dapat bersekolah di Genius Kurnia di Sentul. Dah tak ada mengamuk dan boleh ikut kita solat sampai selesai. Memang kami bangga sangat dengan dia.”

Sesungguhnya anak autisme ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Biasanya mereka akan menunjukkan minat terhadap sesuatu dan jika diberi sokongan yang betul, anak-anak ini akan cemerlang dalam bidang yang mereka suka.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI