Jangan dibuang pensel yang dah pendek. Kalau ada anak kecil simpan dulu elok-elok. Nampak macam dah tak apa-apa fungsi pun tapi bila anda tahu kebaikannya memang tak rugi.
Menerusi perkongsian Puan Noranisa Misraniada banyak manfaat untuk anak-anak kecil terutama yang berusia 2-3 tahun belajar terutama rangsangan awal otot tangan.
Kat rumah banyak ke pensel kontot? Haaa.. boleh bagi anak kecil umur 2 3 tahun tulis conteng guna pensel yang pendek.
Bagus untuk rangsangan pegangan pensel anak. Bila gunakan pensel pendek, anak akan terpaksa memegang pensel menggunakan jari berbanding menggenggam pensel.
Yalah, macam mana nak genggam kalau dah pendek. Hujung mata pensel pun tenggelam dalam genggaman.
Selain pensel kontot, boleh juga bagi anak crayon yang di patah-patahkan.
Anak 2 3 tahun ni daya perhatian dia masih pendek. Antara 4 sampai 10 minit je.
Jadi mewarna sekejap je dia dah tak nak buat, mula la buat muka bosan.
Caranya, bagi dia warna ruang kecik-kecik je dulu. Lepas tu boleh set TARGET mak ayah.
Ads
Matlamat kenapa kita buat sesuatu aktiviti tu sangat penting. Supaya kita tak sesat arah dan mula termarah-marah anak sebab tak capai apa yang kita nak.
Contohnya:
Kalau kita nak tingkat penguasaan pegangan pensel anak, daya perhatian. Boleh bagi anak guna pensel warna.
Sebab bila guna pensel warna anak kena warna banyak kali, dan menekan sikit baru siap mewarna.
Ads
Tapi kalau nak tarik minat anak mewarna, nak cepat siap boleh guna crayon.
Sebab bila guna crayon anak tak perlu tekan sangat bila mewarna. Cepat je penuh dengan warna gambar diwarnanya.
Tapi, at the end nak guna mana-mana pun boleh cuma kesannya berbeza. Belajar sesuatu?
Tag rakan, guru dan pasangan anda. Share juga post ni supaya lebih ramai anak mendapat manfaat bila ibu bapa lain pula membaca.
Untuk lebih banyak tips dan perkongsian ilmu berkaitan anak-anak, boleh FOLLOW FB Noranisa Misrani
Otak kanan memainkan peranan penting mendapat anak bijak! Semua ibu bapa mesti mengidamkan anak membesar dengan bijak kan? Sebenarnya semua anak dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza.
Ibu ayah boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar. Malah, proses ini ada hubungan kait dengan peranan otak kanan.
Untuk melakukan proses rangsangan ini, anda perlu memahami bagaimana fungsi otak kanan dan kiri serta bagaimana merangsang otak ini dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Berikut adalah maklumat yang perlu anda fahami, seterusnya lakukan aktiviti-aktiviti rangsangan untuk anak anda!
Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
a)Fungsi otak kanan:
-Imaginasi
-Berfikir secara kreatif
-Irama
-Khayalan
-Emosi
-Ilham
-Intuisi (gerak hati)
-Warna
-Muzik
-Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
*Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya
b) Fungsi otak kiri:
– Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
– Menyimpan data dan fakta
– Menganalisis
– Memahami logik, bahasa dan matematik
– Mengira
*Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Bagaimana rangsangan otak kanan?
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif.
Ibu bapa dinasihatkan melakukan rangsangan seawal usia 6 bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.
Otak anak pada 6 tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Cara otak berfungsi
Antara fungsi otak ialah menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Dengan itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan fungsinya. Jadi anda mesti melakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.
Lakukan di rumah!
Ibu ayah boleh buat aktiviti bersama anak di rumah. Teruskan usaha merangsang otak kanan anda secara konsisten dengan cara yang betul.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
-Logik
– Kreativiti
– Keyakinan diri
– Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
– Perkembangan kemahiran tangan
– Pandai meluahkan emosi
-Koordinasi tangan dan mata
– Membentuk personaliti
– Menghargai kecantikan
Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?
Tahukah anda bahawa aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
1.Tanah liat (contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga).
2.Origami / lipat kertas (contoh: lipatan kapal terbang).
3.Menggunting ( contoh:garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah).
4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (contoh: manik bersaiz besar dan kecil).
5.Melukis/ cat air (contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi).
6.Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita tu).
7.Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8.Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan).
*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.
Pemakanan genius
Selain daripada rangsangan, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
1.Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik.
Sumber makanan: Soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
2.Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak.
Sumber makanan: Kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
3. Antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak.
Sumber makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
Tonton video kanak-kanak tadika ini yang bijak memberikan pendapat masing-masing. Tentu ibu ayah mereka rajin buat aktiviti merangsang otak kanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa ada caranya untuk mendidik anak, tahu kebolehan dan kemampuan anak-anaknya. Untuk memastikan anak mendapat kejayaan, ada yang sanggup menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran mahal agar anak cemerlang akademik. Yang pasti tujuannya sama iaitu mahu anak boleh membaca dengan cepat!
Berbeza pula dengan Puan Nurzarini Ismail yang mempunyai pendirian sendiri mengenai pendidikan prasekolah anak.
Ibu kepada dua orang anak ini punya motivasi dan percaya diri yang tinggi bahawa didikan dirumah juga mampu membentuk anaknya menjadi anak cemerlang. Ini kerana itu, beliau memilih tidak menghantar anaknya yang baru berusia lima tahun ke tadika.
Progress Alhamdulillah kakak sudah hafal dan tulis A hingga Z tanpa merujuk buku. Kakak juga boleh tulis namanya dan nama panggilan kami di rumah. Dia sudah hafal doa makan, surah Al-Fatihah dan An-Nas. Kakak sangat suka mewarna dan melukis. Walaupun tidak ke sekolah, kakak masih boleh belajar di rumah. Jadi saya tiada masalah jika tidak menghantar kakak ke tadika. Semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat.
Kes HMFD meningkat di Pulau Pinang. Premis penjagaan kanak-kanak & ibu bapa diminta berwaspada untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan Terdapat peningkatan ketara bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) di negeri itu dengan pertambahan sebanyak 48% kes kes tersebut tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Exco Pertaniah & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, sebanyak 1,555 kes dicatatkan JKNPP sepanjang tahun ini sehingga Khamis lalu berbanding 1, 050 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, penyalit itu mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tumpuan mereka seperti pusat asuhan kanak-kanak.
“Bagi tahun 2018, sehingga kini sebanyak 53 taska, tadika, tabika, prasekolah melaporkan kluster HMFD di premis mereka, peningkatan sebanyak 381% berbanding 11 kluster pada tempoh yang sama pada tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Penyakit tangan, kuku dan mulut adalah disebabkan oleh jangkitan virus khasnya dari jensi Coxsackie A16 dan Enterovirus (EV71) yang merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.
Kebiasaan jangkitan adalah dengan ringan dengan gejala dema diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki dan lidah.
Walau pun hampir keseluruhan pesakit yang menghidap HMFD pulih tanpa rawatan dalam masa 7 hari hingga 10 hari, namun jangkitan daripada EV71 berisiko menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.
Sehubungan itu, Afif mengingatkan orang ramai terutamanya pengusaha premis penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa memastikan kebersihan premis dan peralatan yang digunakan kanak-kanak.
“Saringan perlu dibuat di premis berkenaan bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan HMFD.
“Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut dinasihatkan tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawan,” katanya.
Selain itu, ibu bapa dan orang ramai digalakkan melaporkan kluster HMFD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan,” katanya.