Anak-anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak. Apa yang penting mereka tunjuk dapat. Anak tak kan fikir harganya, kesan pada kesihatan dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa, kita kena main peranan ini. Jangan terlalu ikut sangat apa anak nak. Kena bertegas dengan mereka walaupun rasa sedikit tercabar apabila anak buat perangai depan orang.
Kalau orang lain kata bagi jelah kat anak tu, kita berhak berkeras dan cara kita tak sama dengan orang lain. Memang nampak kita ni seolah-olah ibu bapa kejam tapi ia terbaik untuk masa depan anak nanti.
Ads
Berikut perkongsian Dr Taufiq Razif berkongsi kenapa ibu bapa jangan ikut sangat apa anak nak.
Geram juga saya dengan Maryam Soolihah ni. Tiap kali masuk kedai runcit je benda pertama dia nak sambar adalah aiskrim!
Aduh! Maafkan Abi tapi jawapan Abi akan tetap NO.
Ads
Saya bukan tak nak bagi. Tapi aiskrim, jajan dan ais gas ni kalau kita selalu bagi kat anak kita boleh menyebabkan sistem imun anak tak berfungsi dengan optimum.
Anak kita walaupun mungkin dia tahu je keburukan makanan tu semua tapi disebabkan Prefrontal Cortex mereka belum matang lagi, mereka tak mampu nak buat keputusan dan tak reti nak bezakan mana baik dan mana buruk.
Ads
Tu la kenapa kita la yang kena jadi DECISION-MAKER untuk anak kita.
Kalau kita ikut je kemahuan anak-anak kita yang masih tak matang Prefrontal Cortex-nya tu, boleh rosak anak kita tu.
Itulah kenapa mak ayah ni kena tegas sebab anak-anak kita sebenarnya sangat perlukan ketegasan mak ayah untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depannya.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri. Antara perumpamaan yang menunjukkan keadaan ‘panas sejuknya’ perhubungan suami isteri.
Boleh dikatakan dalam perkongsian perhubungan suami isteri, mesti ada rasa tidak puas hati yang terpendam menunggu masa untuk diluahkan atau perasaan marah dan kecil hati apabila tercuit sedikit perasaan akibat kata-kata yang keluar dari bibir pasangan.
Ada pendapat mengatakan, tidak mengapa sekiranya pergaduhan itu dikatakan ‘gaduh-gaduh manja’, perkara seperti ini dapat mengeratkan hubungan dan membantu melahirkan perasaan yang telah lama terpendam.
Bagaimanapun pasangan dinasihatkan agar mengelakkan berlakunya pertengkaran hebat hingga menyebabkan perasaan amarah bertambah membara.
Tidak kurang juga rumah tangga yang runtuh akibat gagal mengawal ‘gaduh-gaduh manja’ ini daripada terus merebak dan mengeruhkan lagi hubungan.
Bagi pasangan yang mempunyai anak, kena fikirlah kesan jangka masa panjang. Jangan jadikan anak sebagai mangsa dan apa salahnya dua-dua bertolak ansur dan sentiasa memahami satu sama lain.
Bagi pasangan suami atau isteri yang selalu ‘rasa panas’, ambilkan air suam letakkan garam secubit dalam minuman suami atau isteri tersebut.
Baca Al Fatihah 3x Al Ikhlas 3x Baca Surah Yusof ayat 1-6 Ya Latif 7x Dan selawat 7x
Selepas itu bagi suami atau isteri minum, buat setiap hari insya-Allah jika sebelum ni suami atau isteri baran, akan kurang barannya.
Hubungan itu akan jadi lebih mesra dan rapat. Sebaiknya buat setiap pagi dan sebelum tidur. Buat dengan yakin, ikhlas insya-Allah pasti dipermudahkan..Aamin. Silakan Share
Biasanya dalam sesebuah keluarga, akan ada nama panggilan manja untuk anak perempuan dan lelaki seperti baby atau boy. Tetapi elok ke tidak sebenarnya penggunaan nama panggilan ini?
Ada apa dengan nama panggilan manja
Menariknya, asal perkataan nickname atau nama panggilan ini adalah an eke name, yang bermaksud ‘nama lain’. Lama-kelamaan huruf n daripada an telah ‘mengembara’ dan menjadi perkataan a neke name, yang akhirnya berubah kepada ejaan moden nickname.
Selalunya nama panggilan wujud berdasarkan ciri-ciri fizikal atau watak tertentu pada seseorang. Sebagai contoh, masa zaman sekolah dahulu, ada rakan sekolah yang mempunyai keadaan gigi rongak, sekali gus dipanggil sebagai ‘Ongak’
Bahkan, ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk seseorang itu mempunyai beberapa nama panggilan. Ini kerana anda mungkin memanggil anak dengan nama tertentu, manakala dalam kalangan rakan-rakannya memanggilnya dengan panggilan yang lain.
Nama panggilan manja atau panggilan mengejek?
Nickname ini biasanya digunakan sebagai panggilan mesra. Pun begitu, ia juga boleh menjadi panggilan yang menyakitkan hati.
Umumnya, situasi tersebut berlaku melibatkan kanak-kanak yang menggunakan nama tertentu kepada mereka yang tidak disukai atau sekadar untuk mengusik – kadangkala tujuannya tidak begitu jelas.
Bergantung kepada usia, perangai dan situasi anak, anda mungkin menyarankan mereka untuk mengabaikan nama panggilan yang berunsur ejekan itu atau menganggap ia sebagai gurauan.
Namun, jika panggilan nama itu berulang dan jelas merupakan percubaan untuk membuatkan anak berasa tertekan, sudah tiba masanya untuk bersemuka dengan guru atau pengetua.
Panggilan nama berunsur ejekan, cemuhan dan cacian boleh mengakibatkan parut dalam secara emosi pada kanak-kanak.
Ini kerana jika kita dikatakan sebagai sesuatu yang buruk berulang kali, lama-kelamaan anda akan mula mempercayainya.
Dalam sesetengah keadaan, nama yang diberikan mungkin kedengaran seperti merendahkan individu tetapi jika anda tahu sejarahnya, ia boleh menjadi lambang kasih sayang daripada mereka yang memanggilnya.
Contohnya seperti situasi yang dialami penulis sendiri ketika zaman diploma; di dalam kelas terdapat 3 individu bernama Ashikin, Asikin dan Asyikin – walaupun berbeza ejaan tetapi sebutannya sama.
Jadi untuk mengatasi keadaan itu, salah seorang rakan penulis dipanggil sebagai ‘Kechik’ atau lebih tepat ‘Chik’ kerana saiznya yang paling kecil.
Dalam keadaan ini, nama panggilan manja ini bertindak seperti social glue – yang merapatkan hubungan antara individu.
Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dan merasakan kasih sayang, nama panggilan itu akan lebih mengeratkan ikatan yang terjalin seperti antara ibu bapa dan anak-anak.
Nilai nama panggilan kepada anak-anak
Mungkin dengan 3 sebab berikut, anda akan mula memikirkan nama panggilan yang bersesuaian untuk anak-anak:
1. Lambang kasih sayang
Nama yang digunakan sebagai panggilan ini tidak semestinya perlu mempunyai kepentingan. Tetapi ia harus merupakan nama yang akan mendekatkan kalian dan membuatkan individu yang dipanggil itu berasa disayangi.
2. Lebih peribadi
Nama panggilan ini adalah lebih bersifat peribadi dan menunjukkan rasa sayang.
Seperti ketika bersama pasangan, kita akan memanggil mereka dengan panggilan ‘sayang’ atau ‘abang’ – menunjukkan individu tersebut istimewa buat diri kita.
Maka keadaannya sama untuk anak-anak. Nama panggilan membuatkan mereka berasa diutamakan dan eksklusif di mata anda.
Individu lain dalam hidup anak akan memanggil mereka dengan nama sebenar, tetapi panggilan manja daripada anda adalah lambang hubungan unik kalian.
Ia juga akan mengingatkan betapa diri mereka adalah bermakna dan sangat istimewa di mata ibu bapa.
3. Menjadi kenangan
Percaya atau tidak, apabila anak-anak semakin dewasa, nama panggilan yang diberikan akan menjadi satu memori yang menyeronokkan untuk dikenang. Lebih-lebih lagi jika nama tersebut diberikan berdasarkan peristiwa yang melucukan.
Misalnya, anak semasa kecil agak pelat. Jadi agak sukar dirinya menyebut nama Farhah, yang akhirnya berbunyi ‘Aah’.
Nama panggilan manja untuk anak perempuan & lelaki
Di bawah merupakan beberapa nama panggilan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak, seperti:
Jadi apakah nama panggilan manja untuk anak perempuan dan lelaki anda? Ayuh, kongsikan bersama kami!
Apabila anak demam ibu ayah tidak boleh senang duduk. Setelah mendapatkan bantuan perubatan dan memberikan preskripsi ubat, tidak salah salah untuk berikhtiar meredakan dengan bacaan doa.
Demam boleh terjadi kerap kepada bayi dan kanak-kanak. Antibodi yang masih lemah dan pendedahan kepada punca jangkitan boleh menjadi sebab. Penting bagi ibu bapa mendapatkan rawatan bagi mengetahui punca demam dan meredakan dengan kaedah perubatan. Vaksin juga perlu diberikan kepada si kecil seperti mana yang telah ditetapkan oleh Program Imunisasi Kebangsaan. Bagi situasi genting, rawatan di Jabatan Kecemasan hospital adalah yang terbaik.
Walau pun begitu, tidak salah jika berusaha menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran apatah lagi apabila yang mendoakan itu ibu bapa sendiri, lebih berkat.
Perkongsian daripada Ustazah Nazirah Abd Rahim ini boleh dijadikan usaha ibu bapa tatkala menghadapi situasi demam anak.
Musim panas..anak demam. Mandikan air doa.
Sabda Nabi saw “…demam itu berpunca dari bahang neraka Jahannam” iaitu panas yang bergejolak. Sama dengan sabda Nabi Muhamamd saw yang lainnya : “Panas matahari yang terik berpunca dari bahang Jahannam.”
Penawar utama demam Rasulullah sebutkan adalah air. Dan air zam zam dalam hadis .
Hadis Bukhari dalam shahihnya dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa ia meriwayatkan :
“Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota makkah, tiba tiba aku diserang demam”. Kemudian ibnu Abbas berkata : “sejukkanlah dengan air Zam zam kerana Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.” Atau “dengan air zam zam “
Ambillah air atau sebaiknya air zam zam doakan penawar demam panas pada air dan doakan pada anak.
Tiup ubun ubun anak. Dan tiup pada air. Buat mandi waktu selepas Asar hingga Maghrib. Buat ia bilasan akhir. Sebaik-baiknya buat mandi sehingga panas sudah hbs.
Doanya mudah iaitu; 1. Surah Al-Fatihah 2. Selawat Syifa 3. Doa penyejuk demam 4. Ayat demam
DEMAM PANAS JANGAN PANDANG RINGAN
Selain itu, Ustazah Nazirah menegaskan agar ibu bapa tidak memandang ringan demam panas. Penting untuk mendapatkan rawatan dan memberikan ubat-ubatan yang dibekalkan bagi menghindari perkara tidak diingini.
Maka hati-hati kita dengan panas demam ini. Anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sekali lupa berikan penawar sakit rohani. Sakit rohani inilah ramai yang tak tahu. Ia akan bawa mudharat lain pada anak.
Ada pesakit Ustazah anak jadi sawan dan ada yang effect lebih teruk perkembangan mental dan fizikal. Anak jadi sudah tidak normal selepas kena demam panas.
*setiap kali anak atau suami ustazah demam. Ustazah akan rawat dan mandikan dengan air doa.
Ustazah akan tambah doa lembut hati, doa kasih sayang dan doa sembuh penyakit. Alhamdulillah inilah tips anak anak makin jadi dengar kata. Taat dan suami jadi amat penyayang.
PERINGATAN: Sekiranya situasi semakin teruk seperti suhu terlalu tinggi dan terjadinya sawan, bawa si kecil ke Jabatan Kecemasan hospital bagi mendapatkan rawatan segera.