Jika anda perhatikan si manja suka mengorek hidungnya, maka itu menunjukkan yang dia mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Ada masanya ia berlaku sekiranya kanak-kanak berasa cemas. Tiada bezanya dengan tabiat lain seperti memintal rambut, menggigit kuku atau menghisap jari, perbuatan mengorek hidung dilakukan tanpa si anak menyedarinya.

Jangan Ingat Saja-Saja, Anak Banyak Berfikir Waktu Dia Korek Hidung!

Alasan paling logik yang menyebabkan anak mengorek hidung adalah kerana mereka merasakan ada sesuatu di dalamnya. Salah satu sebab lain mengapa anak mengorek hidung adalah apabila mereka berada dalam persekitaran yang menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka.

Mengorek hidung dapat memberi kelegaan kepada anak sekaligus memberi masa kepada mereka memikirkan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka.

Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Sebagai contoh jika mereka kerap berada dalam ruang yang menggunakan penghawa dingin. Ia akan mengeringkan saluran nasal dan kemudian menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.

Artikel Menarik: [Dah Lah Tidur Lewat, Asyik Makan Je. Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit]

IKLAN

Jangan Ingat Saja-Saja, Anak Banyak Berfikir Waktu Dia Korek Hidung!

Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa, tetapi jangan risau. Tabiat mengorek hidung biasanya akan berhenti sendiri tanpa perlu dipaksa. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya seiring dengan tumbesaran mereka. Ia akan berlaku secara semula jadi di atas kesedaran mereka sendiri atau dipengaruhi rakan-rakan (berada dalam persekitaran tiada orang yang mengorek hidung).

Artikel Menarik: [Kalau Anak Sembelit Lakukan Urutan Ini, Confirm Senang Membuang!]

ANAK SUKA KOREK HIDUNG, APA BOLEH BUAT?
  1. Elak marah anak

Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.

IKLAN

Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.

Jangan Ingat Saja-Saja, Anak Banyak Berfikir Waktu Dia Korek Hidung!

  1. Alihkan perhatian anak

Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka. Ajarkan juga mereka untuk menggunakan tisu untuk membersihkan hidung ketika berada di khalayak ramai.

  1. Perhatikan anak

Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan dengan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawalah anak berjumpa doktor. Pastikan mengorek hidung hanyalah satu tabiat dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.

IKLAN

Jangan Ingat Saja-Saja, Anak Banyak Berfikir Waktu Dia Korek Hidung!

Artikel Menarik: [Awas Kalau Anak Tunjuk Simptom Kecacingan, Boleh Ganggu Perkembangan Fizikal Si Kecil]

  1. Sabar

Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu terlalu ‘keras’ menyuruh mereka menghentikan tabiat ini sehingga membuatkan anak stres. Ia memerlukan kesabaran, anda hanya perlu mendidik mereka untuk membersihkan hidung dengan cara yang lebih sopan.

Sumber: Hello Doktor

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI