Tiada siapa yang minta untuk diuji dengan ujian yang sebegitu berat. Lagi-lagi dengan wabak Covid-19 yang sangat bahaya dan telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.

Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan mencegahnya dari terus merebak. Namun semua itu Allah Yang Maha Mengetahuinya.

“Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami.” Cuma Harapkan Doa & Aura Positif Anda

Melalui perkongsian Di Facebook Aiza Syafinaz Aiza dia telah berkongsi pengalamannya yang dijangkiti Covid-19 dan lebih menyedihkan apabila suaminya, Inspektor Mohd Fairos Saberon baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Mac yang lalu akibat wabak ini.

Positif Covid-19, kontak utama arwah suami

Saya sedang di uji Allah SWT dengan ujian yang hebat, insyaAllah saya perlu kuat untuk semua rakan wanita di luar sana. Saya sayang anda semua kerana Allah illahitaala. Saya telah disahkan positive covid-19 pada 30 hb Mac 2020. Setelah membuat saringan di PKD Titwangsa pada 22 mac 2020 jam 11.30 pagi.

“Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami.” Cuma Harapkan Doa & Aura Positif Anda

IKLAN

Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yang meninggal dunia pada 26.3.2020 akibat covid, korban ke 24 ( kes ke 1056) maka saya juga telah di sahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa-apa. Saya kini berada di wad di raja (wad covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil C (maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Rasa I Tak Lama, Sayang. Get Ready.” Pesanan Terakhir  Suami Sebelum ‘Pergi’ Kerana COVID 19

Ayah pun turut disahkan positif

Ayah saya Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai JB sejak 19 hb mac yag lalu sehingga kini dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat. Beliau juga positif covid-19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalaman dengan anak kepada jemaah Tabligh ( itu asbab). Mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad.

IKLAN

“Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami.” Cuma Harapkan Doa & Aura Positif AndaKeluarga yang lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negative. Mohon sahabat semua agar mendoakan kami tabah, sabar, redha, cekal, kuat semangat hadapi segala ujian Allah SWT ini. Sesungguh nya ujian yang Allah beri ini untuk kita kerana kita mampu dan kuat untuk menghadapinya dan inilah bukti kekuasaan Allah untuk kita beriman dan tunduk kepadaNYA. Kita mohon doa agar Allah ampun kan kita, maafkan kita. Allah uji kerana Allah sayang.

Hanya Allah yang mengetahui, serahkan pada-Nya 

Saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah SWT, sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang dikasihi dan disayang. Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Agong. Jaga diri semua, stay at home, ikut arahan kerajaan. Jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia. Amalkan minum lemon, makan suppliment, kuatkan antibodi ya. Kuatkan imunisasi, jangan fikir bukan-bukan, always thinking positive.

“Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami.” Cuma Harapkan Doa & Aura Positif Anda

IKLAN

Kami tak minta sakit ini, tolong jangan kecam

Tidak semua pesakit covid akan tewas dan kecundang, mohon jangan kecam pesakit covid seperti kami. Kami tidak minta sakit ini, kami insan terpilih. Mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah SWT dan sentiasalah send aura positive kepada kami, jangan call kami nangis nangis ya.

Al fatihah untuk Allahyarham suami ku tercinta, Mohd Fairos bin Saberon. Damailah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid, Al fatihah (di baca). Salam kasih sayang untuk semua.

“Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami.” Cuma Harapkan Doa & Aura Positif Anda

Terima kasih sahabat yang mengirimkan aura positif untuk saya. Yang solat hajat untuk saya, yang mendoakan saya dan yang pinjamkan semangat kepada saya. Always call saya bagi semangat dan kirim doa. Saya sayang semua, tak dapat nak tag nama sahabat kerana semuanya sangat baik.

Sumber: Aiza Syafinaz Aiza

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI