Rasanya bagi yang belum berkesempatan untuk bertemu saudara mara di hari raya ni masih boleh lakukannya ketika di bulan Syawal ini. Malah kalau ada anak-anak yang berjauh hati dan menyisihkan keluarga, inilah masa terbaik untuk bersama dan bermaafan. Semua orang pernah melakukan kesilapan, jadi jadikan hari raya ini masa terbaik.
Ibu bapa perlu didahulukan tak kira apa cara sekalipun. Malah muliakanlah ayah kita walau suatu ketika dahulu dia seorang ayah yang garang dan takut untuk didekati. Cium dahi dan pipi mereka lama-lama, kerana mereka amat rindukan belaian anak-anak. Ini yang disarankan oleh Ustaz Ebit Lew. Jadikan raya yang masih berbaki ini untuk menggembirakan hati mak dan ayah kita. Jangan lupa didik cara dan rasa kasih sayang ini pada anak-anak kita yang masih kecil.
Bangun awal pagi. Terus pegang tangan yang disisi. Ucap pada bidadariku Taqabballuminna wa minkum. Selamat hari raya bidadariku. I love u sayangku. Apa erti hari raya ini sayang? Bila dapat bersamamu bidadariku penyejuk mataku. Tahu tak selama kita pegang tangan didunia dengan niat dan doa nanti selamanya pegang tangan dalam syurga. Hari raya sebenar kita nanti dalam syurga.
Ads
Selamat hari raya buat semua ahli keluarga. Selamat hari raya buat semua sahabatku sekalian. Hargailah mereka yang disisimu dan ahli keluarga serta orang miskin dan anak yatim. Nikmat dapat peluk ayah tercinta. Setiap kali peluk ayah mesti ayah nak nangis sebak. Mencium ayah. Siapa ada ayah lagi jangan lupa peluk.
Ads
Cium dahi, pipi mereka lama-lama. Walau dulu mungkin ada ayah garang. Tapi mereka cuma seorang ayah yang rindukan anak-anak. Begitu juga siapa ada ibu jangan lupa ziarah mereka. Hargai adik beradik dan keluarga semuanya. Mertua keduanya yang berkorban memberi anaknya menjadi peneman dalam hidup. Begitu juga menantu yang telah menikahi dan menjaga anak kita.
Siapa dah takde orang tersayang jadilah orang baik dan selalu doaakn ahli keluarga kita. Selamat hari raya semua. Taqabballlahu minna wa minkum. Allah sayang semua. Saya doakan buat semua sentiasa bahagia sampai syurga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ni mama berlumba-lumba nak penuhi permintaan anak. Belikan beg, bekas air, bekas pensil dan pelbagai aksesori berjenama. Tak salah pun jika berkemampuan, namun janganlah didik anak kita untuk bermegah-megah dengan orang lain yang tidak mampu.
Kita sebagai ibu bapalah perlu berperanan untuk mendidik anak kita sejak kecil. Perkongsian wanita bernama Liyana Nazli ini memang menarik. Banyak benar dalam kata-kata dan perkongsiannya beliau.
Smiggle dan At-Takathur
“Hari tu ayah saya bawak saya tidur hotel. Best… ada swimming pool!”
“Jomlah naik kereta saya. Best tau, kereta saya ada TV. Ada video kartun. Kereta ayah awak ada?”
Berdesing telinga, berdarah-darah rasa hati bila dengar ayat tu keluar daripada mulut anak sendiri masa bersembang dengan kawan-kawannya. Eh, ibu tak ajar tau awak eksyen dengan kawan macam ni? Huk!
Nak jegil mata dari jauh pun dia bukannya faham. Sebab dia tak rasa dia sedang buat satu kesalahan pun. Jadi kita yang dewasa inilah perlu tegur dan beritahu. Maka saya biarkan dulu. Saya rancang nanti ada peluang bersendiri dengan dia, saya akan tegur.
Suatu malam saya sedang tasmi’ hafazan surah lazimnya. Malam itu giliran Surah At-Takathur. Lepas dia habis tasmi’ saya ajak dia baca maksud surah itu. Saya hulur terjemahan Al-Quran dan minta dia bacakan sendiri maksudnya.
‘Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.’
Ayat pertama dan kedua surah tersebut. Saya tanya dia apa maksudnya bermegah-megah. Dia cakap tak tahu. Saya terangkan bermegah-megah itu sifat menunjuk-nunjuk kelebihan diri, sentiasa mahu lebih daripada orang lain dengan niat berlumba-lumba. Tak kiralah lebih dari segi harta ke, kepandaian ke, keturunan ke… Saya bagi contoh dengan meniru semula ayatnya kepada kawan sebelum itu. Dia tunduk. Mungkin mula rasa bersalah.
“Ayyash rasa, kenapa bermegah-megah tu melalaikan? Angkat bahu. Tak tahu.
“Sebab bila kita duk sibuk hitung kelebihan harta kita, kehebatan diri kita, kita tak kisah dah pasal orang sekeliling kita kan? Mereka mungkin tak mampu pun nak ada apa yang kita ada. Mereka mungkin nak makan pun tak cukup, apa lagi nak pergi tidur hotel macam Ayyash. Ayyash tahu tak balasan orang yang suka bermegah-megah?”
Dalam ayat seterusnya Allah cerita, balasan untuk orang yang bermegah-megah dengan dunia sehingga lalai untuk kejar akhirat ni, tempatnya di neraka Jahiim. Saya hanya sebut sepintas lalu sahaja ayat itu kepada anak. Tidak terlalu ditekankan. Belum sesuai lagi. Cukuplah dia tahu perbuatan bermegah-megah itu suatu perbuatan yang Allah tegah. Yang saya tekankan ialah ayat terakhir. Yang lebih dekat dan sesuai dengan jiwanya yang masih amat muda.
‘Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).’
“Nanti kat akhirat Allah tanya, Ayyash buat apa dengan kelebihan yang Allah bagi pada Ayyash. Allah bagi Ayyash hidup senang, Ayyash ada tolong orang tak? Allah bagi Ayyash pandai, Ayyash ada guna untuk Islam tak?”
Makin tunduk kepalanya. Aduh! Rasa bersalahlah pulak! Maaflah, tapi ibu perlu tegur awak masa awak masih kecil ni. Nanti dah besar, dah jadi buluh lagi susah nak dibetulkan. Tak mahulah ada mindset ‘alah… budak memang macam itu. Kecik lagi, tak apa.’ Sedar tak sedar yang kita duk pandang kecil itu tadi, tiba-tiba dah besar dah.
Musim-musim orang duk bincang pasal patut dak beli Smiggle yang mahal kat anak-anak ni mengingatkan saya kepada perbualan di atas dengan Ayyash.
Saya rasa masalahnya bukan pada barang mewah tu. But how you carry yourself when you have something that others don’t have. Do you carry yourself with pride or you stay humble? You’ll stay humble no matter how valuable your possessions, as long as the world is only in your hand. Not your heart. Anda akan gunakan kelebihan yang ada untuk bantu orang lain yang kekurangan.
Dan dalam keadaan anda tak memiliki apa yang orang lain ada, bagaimana anda menanggapi kelebihan yang ada pada orang lain. Will you be happy for them? Or do you envy them? Ada hasad tak? Hasad ni ialah dia tak suka orang ada lebih, tapi dia tak mahu pun kelebihan orang tu. Lebih teruk, dia akan cuba hilangkan kelebihan yang ada pada orang tu. Bahaya orang yang ada hasad dalam hati ni. Allah sebut dalam surah Al-Falaq untuk kita berlindung daripada mereka yang hasad ni.
Kita nak anak kita tahu yang harta kemewahan ni tak memberi nilai pada diri seseorang sebab Allah tak pandang pun semua tu. Jadi soalannya, macam mana kita nak ajar anak yang dunia itu hanya di tangan, jangan sampai masuk ke dalam hati?
Sebab kita yang dewasa ni pun kadang-kadang confuse dengan perkara ni. Kita sendiri pun tanpa sedar nilai orang lain dengan neraca dunia. Dia kerja bagus dak, dia ada banyak duit dak, rumah dia besar dak….dan macam-macam lagi. Huuu…
Anak kita ialah cerminan diri kita. Dalam duk besarkan anak-anak ni banyak sebenarnya muhasabah diri sendiri. Sobs!
Kredit: Liyana Nazli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum bayi lahir lagi, mak ayah pastinya dah sediakan tilam tebal dan bantal paling cantik dan selesa untuk anak. Pun begitu, tilam dan bantal tebal ini sebenarnya tidak perlu untuk bayi. Cukup hanya sederhana nipisnya dan elakkan bantal.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, adalah amat bahaya jika ibu bapa terutama ibu bapa yang baru tidak tahu mengenai ilmu ini.
Bahayanya kalau mak ayah tak tahu ilmu ni sebab mungkin boleh jadi punca bayi meninggal dunia masa tengah tidur.
Kadang tu kita nak sangat si comel tu baring dan tidur dalam keadaan selesa. Kita pun excited lah belikan set tilam yang tebal dan lembut. Siap sekali pakej dengan bantal empuk. Ingatkan itu yang terbaik.
Tengok-tengok rupanya itulah salah satu punca kenapa bayi tiba tiba mati mengejut – Sudden Death Infant Syndrom (SIDS).
Waktu ditidurkan atas tilam lembut tu, tubuh bayi berisiko untuk tenggelam dari paras selamat hinggakan terbenam mukanya.
Akhirnya pernafasan bayi yang masih belum pandai nak berpusing ke kiri dan kanan tu terhalang hinggakan lemas akibat tilam dan bantal sendiri.
Sebab tu paling selamat, mak ayah – biarkan je si comel tu tidur tanpa perlu pakai bantal – gunakan tilam baby yang leper, padat dan tak terlalu lembut – dalam masa sama, alihkan selimut tebal, pad tepi atau soft toys daripada tilam.
Jika dibiarkan berada di sekeliling bayi, risiko untuk mengalami SIDS ni jadi makin meningkat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berpasangan satu fitrah semula jadi buat seorang lelaki dan wanita. Ia umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menyatukan dua hati untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.
Bukan mudah sebenarnya untuk mengharungi perjalanan hidup berumah tangga. Kedua-dua dari latar belakang dan cara hidup berbeza. Jadi sebab itulah persefahaman penting untuk pastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara.
Setakat bergaduh maja, berbeza pendapat itu biasa. Cuma pasangan mestilah rasional dan cuba perbaiki diri untuk jadi pasangan yang melengkapi.
Bagi pasangan yang baru kahwin, dah melepasi fasa pertama, kedua atau seterusnya, resipi kebahagiaan yang dikongsikan oleh Saudara Akhtar Syamir ini wajib kita sama-sama pegang bagi pastikan rumah tangga kekal bahagia selamanya.
10 Resipi Kebahagiaan Rumah Tangga
1. Masa
– Sediakan masa untuk pasangan. Beri masa untuk pasangan. Apa gunanya perhubungan jika kedua-duanya sibuk dan tidak ada masa untuk pasangan.
2. Tolak Ansur
– Manusia dicipta berlainan. Jangan harapkan pasangan adalah klon diri anda. Dia ada kegemaraan, kelebihan dan kekurangan sendiri. Anda juga sama. Tolak ansur akan menjadi jambatan untuk menghubungkan ketidaksamaan itu.
3. Maaf dan memaafkan
– Antara yang paling susah dan paling senang untuk dilakukan. Paling susah apabila kesalahan itu berat. Paling senang apabila kesalahan itu ringan. Masalah dengan pasangan masa kini ialah terlalu mudah memaafkan yang berat, tetapi sentiasa bising dan mengungkit kesalahan yang kecil.
4. Komunikasi
– Bila masalah tak dibincangkan, bila terasa diam lebih baik dari berkata-kata, bila tiada keinginan untuk bercakap dengan pasangan, itu tandanya anda ada masalah komunikasi.
5. Hormat
– Suami perlu dihormati, begitu juga dengan isteri. Menghormati pasangan akan membuatkan pasangan lebih sayang dan lebih menghormati anda. Perlu ambil kira pendapat si dia. Perlu tahu jika apa yang kita buat itu membuatkan si dia rasa tidak senang. Dan yang paling penting, tidak memalukan pasangan.
6. Kemesraan
– “Pasangan saya memang keras orangnya”. Ini satu kompromi yang tidak bertempat sehinggakan ada kalanya pegang tangan pun menjadi satu perkara yang tidak biasa dan janggal. Mulakan dengan percakapan dan kemudiannya ke arah sentuhan-sentuhan ringkas.
7. Keceriaan
– Gelak tawa ialah ubat yang paling mujarab untuk keluarga yang bahagia. Jangan lahirkan keluarga yang hambar. Bergelak ketawalah, buat lah lawak, geleteklah pasangan dan buatlah dia tersenyum.
8. Mendengar
– Kita tidak tahu kerana kita tidak mendengar. Kita rasa benda itu tidak relevan kerana kita tidak mendengar. Jangan hanya bercakap, tetapi kita juga harus diam dan beri peluang pasangan pula bercakap. Dengar apa yang dia mahu katakan atau luahkan.
9. Keterbukaan
– Tiada rahsia antara kita. Bukan sahaja lagu yang sedap tetapi salah satu resipi keluarga yang mantap. Keterbukaan akan meningkatkan kepercayaan dan komunikasi yang cemerlang.
10. Perubahan
– Jangan diracuni rutin. Ubahlah, tambah baikkan perhubungan. Jika dah 5 tahun buat benda sama, ubah. Tak kira la cara kita melayan pasangan, komunikasi atau benda fizikal di rumah. Ubah, tukar atau beri perbezaan supaya perhubungan tidak menjadi bosan.
Cuba buat resipi ini satu demi satu. Sesuaikan dengan keluarga anda. Jika tiada usaha, tiadalah bezanya dahulu dan sekarang.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.