Ramai ibu bapa, terutama ayah, membesar dalam suasana yang jarang mengungkap kata sayang. Kasih ditunjuk melalui perbuatan, bukan perkataan. Tapi dalam dunia hari ini, anak-anak terutama anak lelaki juga perlukan belaian emosi yang sama lembutnya seperti anak perempuan.
Mengucapkan “I love you” pada anak lelaki bukan tanda manjakan mereka. Ia tanda bahawa kita mahu mereka tahu, disayangi tanpa syarat. Bila anak tahu dirinya disayangi, dia akan membesar dengan keyakinan dan hati yang lembut. Anak yang tahu kasih sayang itu bukan hanya dari kejayaan, tapi dari kehadiran dirinya, akan lebih mudah mengasihi orang lain bila dewasa nanti.
Ads
Sayangnya, ramai ibu bapa masih segan untuk meluahkan kata sayang. Mungkin sebab takut anak jadi “lemah lembut” atau terlalu manja. Hakikatnya, kata-kata sayang bukan menjadikan anak lembik, tapi membina empati dan kekuatan dalaman. Anak lelaki yang dibesarkan dalam kasih sayang terbuka lebih tahu cara melindungi, menghargai, dan menyayangi orang lain dengan penuh hormat.
Ads
Cuba bayangkan, bila anak lelaki dengar “I love you” dari ibunya sebelum tidur, atau bila ayah tepuk bahunya dan cakap “Papa bangga dengan kamu.” Sekecil-kecil ayat itu boleh jadi kenangan paling besar dalam hidupnya. Ia menanam keyakinan, menenangkan jiwa, dan menjadi suara dalam kepala mereka setiap kali mereka rasa tak cukup baik di dunia luar.
Ads
Sebagai ibu bapa, jangan malu untuk tunjukkan kasih sayang melalui pelukan, ciuman, dan kata-kata lembut. Kerana anak lelaki yang tahu dirinya disayangi akan membesar menjadi lelaki yang tahu menyayangi. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri. Kita boleh perhatikan perbezaan perwatakan mereka. Tak pernah kita menyangka waktu kelahiran anak sebenarnya mempengaruhi keperibadian mereka.
Menurut kajian astrologi menunjukkan waktu anak lahir sebenarnya mempunyai kaitan dengan perwatakan mereka. Jom, lihat sama-sama!
Lahir jam 5-7 pagi:
Anak yang lahir ketika waktu ini mempunyai perwatakan yang lembut, sukakan kebersihan dan menjaga penampilan. Mereka juga sangat peramah dan rendah diri.
Anak yang lahir pada waktu subuh biasanya mempunyai akhlak yang sopan dan sesuai menjadi ahli psikologi kerana mempunyai karakter yang sangat memahami serta suka membantu orang lain dan murah hati.
Lahir jam 7-9 pagi:
Mereka sangat bercita-cita tinggi, nekad tetapi agak kurang sabar. Pun begitu, anak yang lahir waktu ini mempunyai komitmen yang kuat, seorang yang jujur serta harga diri yang tinggi. Mereka akan berusaha dengan keras untuk mendapatkan apa yang diingini.
Lahir jam 9-11 pagi:
Sangat menjaga penampilan dan mempunyai perwatakan yang tenang, ceria dan sangat pandai berkata-kata. Juga seorang yang bijak dan selalu menjaga perasaan orang lain.
Sukakan persaingan dan sangat suka jika dapat mengungguli sesuatu yang diusahakan serta bijak merancang strategi.
Lahir jam 11 pagi:
Anak yang lahir dalam lingkungan waktu ini biasanya berminat dengan sukan dan mempunyai kekuatan fizikal. Suka mengembara dan murah hati.
Selain itu juga, mereka sangat suka mengambil berat tentang orang lain seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dan sentiasa berusaha untuk kebahagiaan insan yang disayangi.
Lahir jam 12 tengah hari-1 petang:
Anak yang sangat bertenaga dan aktif. Penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk mengajar orang lain dan sangat bertanggungjawab. Mereka juga tahu apa yang ingin mereka usahakan dalam hidup.
Lahir jam 2-5 petang:
Sangat bersopan-santun dan lemah lembut. Mereka suka berfikir dan akan melawan sekiranya ada yang cuba menyakiti mereka. Namun di sebalik sikap suka melawan, mereka sebenarnya sangat tenang.
Tidak sukakan kekerasan tetapi sangat tekad untuk mencapai apa yang diingininya.
Lahir jam 5 petang-7 malam:
Bersikap terbuka tetapi agak kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Namun, mereka juga sangat bijak dan berani. Bijak merancang dan mampu bertahan dalam situasi yang sukar.
Mudah membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dan mempunyai dedikasi yang tinggi terhadap apa jua yang diusahakan serta boleh dipercayai. Suka bergurau tetapi akan tegas dalam hal-hal tertentu.
Lahir jam 8-10 malam:
Suka memantu orang lain dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka melakukan kesalahan.
Lahir jam 10-12 tengah malam:
Mempunyai perwatakan yang periang dan sangat kreatif. Tidak suka mengalah dalam apa jua yang diusahakan.
Lahir jam 12 tengah malam – 4 pagi:
Anak-anak yang lahir pada waktu ini sangat kreatif dan penuh imaginasi. Namun, mereka sedikit sensitif.
Lahir jam 12 tengah malam-2 pagi:
Anak yang lahir waktu ini sangat suka berkawan dan sangat dipercayai orang sekeliling. Suka berkongsi ilmu dan sangat mementingkan keluarga.
Lahir jam 2-4 pagi:
Suka berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan semua orang. Penuh rasa ingin tahu dan sangat pandai menjaga diri.
Setiap ramalan karakter yang disebutkan adalah berdasarkan hasil kajian astrologi. Tak semestinya dipercayai 100% tetapi boleh dijadikan panduan, mungkin ada yang sama dengan perwatakan anak-anak anda.
Kalau mak ayah perasan, masa bayi menangis kuat-kuat masa newborn dulu… tak ada setitik pun air mata keluar. Muka merah menyala, suara macam siren ambulans, tapi pipi kering. Kenapa ya?
Jangan risau. Ini bukan tanda baby tak normal. Sebenarnya, bayi memang lahir tanpa air mata yang mengalir keluar. Dan ia ada sebab saintifik yang sangat menarik!
Air Mata Bayi – Ada, Tapi Belum “Keluar” Lagi
Sebenarnya kelenjar air mata bayi (lacrimal glands) dah mula terbentuk sejak dalam rahim lagi. Tapi, sistem tu masih belum cukup matang untuk hasilkan air mata yang mencurah-curah.
Jadi… waktu dia lahir dan menangis, hanya suara & ekspresi je keluar dulu. Air mata? Tunggu turn dia.
Selalunya sekitar umur 2 ke 6 minggu, barulah ibu ayah boleh nampak baby menangis dengan air mata sebenar. Ada juga kes yang lambat sikit, tapi tak perlu panik kalau baby aktif, sihat dan respon normal.
Ramai menyangka air mata hanya berkait dengan emosi, namun sebenarnya air mata mempunyai peranan penting dalam kesihatan mata, antaranya:
Melembapkan permukaan mata supaya tidak kering
Menyingkirkan habuk atau bahan asing
Melindungi mata daripada jangkitan
Membantu penglihatan lebih selesa
Jadi apabila bayi mula mengeluarkan air mata, ia bukan semata-mata kerana sedih, tetapi sebagai satu proses biologi untuk menjaga kesihatan matanya.
Menangis tanpa air mata dalam tempoh awal kelahiran adalah perkara biasa dalam proses perkembangan bayi. Ia bukan petanda masalah, sebaliknya menunjukkan tubuh si kecil anda sedang belajar dan berkembang dengan baik.
Sebagai ibu bapa, memahami fakta ini dapat membantu anda bertenang dan tidak terlalu bimbang. Teruskan memerhati perkembangan anak, dan jangan ragu untuk mendapatkan pandangan doktor jika terdapat perkara luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Begitu luahan hati penyanyi, Azmi Saat yang baru sahaja menimang cahaya mata pada 8 November lalu.
Berkongsi kisah dan perkembangan terkini anaknya, Khalisa Insyirah, Azmi meluahkan rasa syukur yang tak terhingga atas pengalaman berharga ini.
Tambah Azmi lagi, 42 hari menjaga dan membesarkan Khalisa sebagai ibu dan bapa, bermacam perasaan yang sudah dirasa.
“Alhamdulillah. Hari ni sudah hari ke 42 Khalisa Insyirah dilahirkan.
“Moga Khalisa membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan penyejuk hati Ayah dan Ibu.
“Tahun ke 12 perkahwinan kami, akhirnya Allah beri kami peluang untuk membesarkan seorang anak manusia.
“Sepanjang 42 hari ni macam-macam perasaan ada. Bersyukur tak terhingga. Rasa macam tak percaya pun ada. Waktu Khalisa nangis tapi tak tahu nak apa, rasa stress pun ada. Macam-macam perasaan silih berganti,” kongsi Azmi menerusi media sosialnya.
Bapa penyayang ini juga turut memuat naik wajah terkini Khalisa selepas berusia sebulan lebih. Memang comel.
Bahkan Azmi turut mendoakan agar dia dan isteri dipermudahkan untuk dan membesarkan anak mereka. Tambah pula tanpa bantuan kakak ipar dan ibunya yang selama ini membantu sejak Khalisa lahir.
“Hari ini juga hari pertama saya dan isteri mula menguruskan Khalisa tanpa bantuan orang lain setelah Kakak Ipar dan Ibu saya pulang ke tempat mereka.
“Mohon kalian doakan kami agar dapat menjaga amanah Allah ini sebaiknya. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazira Muhammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka, Khalisa Insyirah pada 8 November lalu.
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...