Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?

Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.

Juga baca: Kita Dah Mengantuk, Dia Masih Tahan Mata? Nak Anak Tidur Awal Elakkan Buat Ini

Jangan Memandai Bagi Bayi Bawah 12 Bulan Madu, Silap Haribulan Nyawa Terancam !

Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.

KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?

Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.

Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!

Juga baca: Bayi Ada 5 Jenis Tangisan, Kalau Mama Papa Boleh Bezakan Senanglah Nak Jaga

IKLAN

Jangan Memandai Bagi Bayi Bawah 12 Bulan Madu, Silap Haribulan Nyawa Terancam !

Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.

Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!

Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.

TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI

Jangan Memandai Bagi Bayi Bawah 12 Bulan Madu, Silap Haribulan Nyawa Terancam !

IKLAN

Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!

Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:

  • Keletihan
  • Selera makan menurun atau kurang menyusu
  • Sembelit
  • Tangisan yang lemah
  • Otot menjadi lembik (tanda mungkin atrofi otot)
  • Kelemahan muka
  • Susah untuk menelan atau refleks gag yang lemah

Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!

Juga baca: 7 Tip Naikkan Berat Anak Underweight Saranan Dietitian. Teknik Goreng 2 Kali & Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera

BAYI TERLALU KECIL UNTUK MELAWAN BOTULISME

Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.

IKLAN

Jangan Memandai Bagi Bayi Bawah 12 Bulan Madu, Silap Haribulan Nyawa Terancam !

Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.

BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?

Jangan Memandai Bagi Bayi Bawah 12 Bulan Madu, Silap Haribulan Nyawa Terancam !
Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.

Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.

Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.

Jangan Memandai Bagi Bayi Bawah 12 Bulan Madu, Silap Haribulan Nyawa Terancam !

Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.

https://www.instagram.com/p/B18bxteHQ9P/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI