Viral mengenai jenis-jenis beras tertentu yang dikatakan dapat membantu menaikkan selera bayi dan anak-anak kita sekaligus mampu menaikkan berat anak. Benarkah kenyataan ini? Berat badan anak akan naik dengan sendirinya jika pemakanannya tepat malah dengan nutrisi yang betul, bukanlah disebabkan oleh beras-beras tertentu.
Menurut perkongsian Nadiy Isa, Peg. Sains Pemakanan, yang dikongsikan semula oleh Safura Sobri, beras-beras tertentu tidak dapat membantu malah ibu bapa digalakkan untuk membiasakan anak-anak kita dengan beras biasa yang kita makan setiap hari. Ini sebaiknya!
BERAS OH BERAS
Apa yang anda semua perlu faham adalah kandungan tenaga dalam beras adalah hampir sama. Kemudian, fahamilah tidak akan ada satu jenis beras yang bila anak makan akan “confirm” anak terus suka dan naikkan berat anak. Mohon jangan suka membuat “claim” makan beras tertentu akan pasti menaikkan berat badan anak.
Ini akan menyebabkan ibubapa yang dalam keadaan terdesak, bila mereka mencuba dan ia tidak menjadi seperti yang digembar-gemburkan akan patah semangat dengan mudah.
Konsepnya senang sahaja, jika anak suka makanan tertentu, dia akan makan dengan baik, bila makan dengan baik, bermakna anak mengambil tenaga harian dengan baik dan mencukupi justeru akan membantu kenaikan berat badan yang baik.
Bonuslah kepada ibubapa yang bila diperkenalkan makanan baru kepada anak, anaknya terus boleh menerima ia dengan baik. Tetapi kepada ibu bapa yang mendapat respon yang kurang baik daripada anak, bersabarlah dan teruslah melatih anak. Kenalpasti faktor-faktor sampingan yang boleh mempengaruhi penerimaan makanan bayi dan kanak-kanak seperti:
Ads
-Fasa tumbuh gigi -Tidak Sihat -Pusat jagaan -Suasana makan -Bilangan adik-beradik. Suasana makan yang berkawan-kawan akan menambahkan minat makan. -Penggunaan alatan makan. Warna yang terang dan menarik menambahkan minat untuk makan. – Dan banyak lagi lain-lain faktor.
Cadangan saya, gunakan sahaja beras putih yang biasa ibu ayah semua gunakan di rumah untuk dimasak kepada bayi pada permulaan usia 6 bulan yang dia dah boleh makan. Namun, tidak salah untuk mencuba beras lain jika dirasakan perlu contohnya anak kurang selera makan kerana tidak sihat, nak cuba bagi beras wangi.
Bila bagi didapati anak nak makan dengan baik. Tapi bila anak dah kembali sihat, gunakan beras yang digunakan di rumah seperti biasa. Bukan apa dikhuatiri anak sampai bila-bila tak nak makan beras yang biasa digunakan dirumah, kasihan pula kepada ibu ayah perlu masak dua jenis beras setiap kali makan. Yang paling penting dalam kemampuan ibu ayah untuk sediakan.
Sekian,
Ads
CC : Nadiy Isa Moderator HBFM Peg. Sains Pemakanan.
Nota:
Untuk makluman ramai ibu-ibu yang kongsi cerita. Bila beri anak makan beras sumo boleh naikkan berat, anak bertambah selera, tak perlu bagi hari-hari pun takpe. Cuma untuk tukar selera 2 kali seminggu ke kan.
Hari lain bagi beras biasa , sebab ni semua tak wajib pun dan tak semestinya kena bagi bubur je ye sebab pentingnya jugak tukar tektur anak mengikut peringkat umur untuk elak dari terjadi SPEECH DELAY kemudian hari sebab tiada latihan mengunyah. Just telan telan telan.
Ads
Alasan sebab bayi belum ada gigi, ibu panik bila anak gag reflex. Ibu takut anak tercekik. Ibu takut nak tukar tektur baru. Kesudah umur dah berapa masih lagi makan bubur. Lagi lambat ajar tukar tektur bimbang lagi sudah penerimaan anak. Nanti jangan pelik umur dah 2-3 tahun anak tak reti kunyah, anak simpan je makanan tu dalam mulut. Bila anak keluarkan balik makanan sebab tak tahu mengunyah, salah siapa?
Dan boleh pelbagaikan buat nasi goreng, lauk family meal asalkan tak pedas, tiada garam , gula dan perasa. Boleh juga buat lauk tomyam, sup , buttermilk , singgang , sambal (paste tomato) , nugget nasi + ayam + sayur dan macam-macam lagi. Banyak je resepi yang boleh kita olah, ibu yang kene rajin gali dan cari ilmu.
Seeloknya jangan 1 hari makan lauk yang sama, itulah sarapan, itulah makan tengah hari, itulah makan petang , itulah makan malam. Kesudahannya bila anak tolak makan tanya kenapa, ingat kita je ke bosan asyik makan benda sama? Anak pun manusia ya ibu.
Fikir-fikirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keperluan kalsium meningkat apabila kanak-kanak semakin membesar. Keperluan diet kalsium yang dicadangkan untuk kanak-kanak adalah 500- 700mg sehari. Memandangkan oleh kanak-kanak makan kebanyakan makanan, cara terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan mempunyai diet yang pelbagai dan seimbang termasuk semua kumpulan makanan.
Diet berdasarkan pilihan makanan yang sihat dan semula jadi akan memastikan bahawa anak mendapat manfaat nutrisi penuh daripada apa yang dimakannya.
Soya
Kacang soya adalah cara yang baik bagi bayi vegetarian atau vegan, bukan hanya pengambilan kalsium yang diperlukan, tetapi jumlah protein atau besi yang baik juga. Susu soya boleh dibuat dengan memasak biji kacang soya di dalam air dan asingkan susu dari serat. Satu cawan susu kedelai mengandungi lebih daripada 60mg kalsium.
Salmon atau ikan bertulang
Selain menjadi sumber kalsium yang baik iaitu 232mg dalam hidangan dewasa, salmon adalah sumber vitamin B12, vitamin D, dan selenium yang sangat baik. Ia juga mengandungi sejumlah baik niacin, asid lemak omega-3, protein, fosforus, dan vitamin B6.
Biji bijan
Satu sudu makan biji bijan mengandungi 88mg kalsium, menjadikannya cara yang baik dan mudah untuk mendapatkan kalsium RDA dalam diet seseorang. Ia juga menurunkan tekanan darah dan melawan keradangan.
Brokoli
Terdapat kanak-kanak menyukai dan sebaliknya. Tetapi dengan 47mg kalsium dalam 100g brokoli tidak boleh diabaikan. Para ibu boleh mempelbagaikan hidangan sayur-sayuran ini untuk memastikan anak mendapat yang terbaik daripada khasiatnya.
Tauhu
Setengah cawan tauhu bersamaan 861mg kalsium. Tauhu adalah sejenis protein yang kaya protein rendah lemak susu atau keju untuk keperluan kalsium bayi anda.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tidak risau jika anak menolak untuk minum susu. Seperti yang diketahui, susu merupakan sumber kalsium terbaik buat si kecil. Sesetengah anak, selepas bercerai susu dari ibu atau apabila sudah menginjak ke usia dua tahun sudah mula tidak mahu minum susu.
Mereka lebih cenderung untuk minum air kosong sahaja. Bagaimana para ibu mahu menangani masalah anak yang menolak susu dan hanya makan beberapa jenis sayur di dalam diet mereka?
Ibu pasti risau kalau anak tidak mendapat zat dan nutrien yang diperlukan untuk membesar pada tahap optimum kerana tidak meminum susu tepung untuk membesar. Biarpun sudah mencuba beberapa jenama susu tepung untuk membesar, tetapi anak masih tidak mahu. Anak mahu minum susu segar tetapi hanya yang berperisa sahaja. Sudah tentu ibu tidak mahu terlalu menggalakkan pengambilan susu berperisa kerana ia tinggi gula.
Keperluan susu sangat penting khususnya pada waktu emas dalam kitaran hidup seorang manusia (golden age), iaitu 1000 hari terawal dalam hidup. Keperluan nutrisi yang cukup pada waktu emas ini sangat penting bagi memastikan si kecil mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum.
Ibu disarankan untuk memberi susu berperisa coklat tersebut kepada si kecil memandangkan itu yang si kecil mahu. Ini kerana, berbanding kesan kandungan gula di dalam susu coklat tersebut, jika dibandingkan dengan kekurangan nutrisi hariannya, kesan kurang nutrisi lebih berat berbanding kesan kandungan gula dalam susu coklat tersebut. Which one is harmless? The sugar inside the chocolate milk is harmless if compared to consequences of nutrient inadequacy.
Yang penting adalah jumlah kalori seharian si kecil. Jika 2-3 gelas susu (6 oz = 180 ml) tidak akan memudaratkan si kecil.
Susu berperisa coklat mungkin sangat sedap buat si kecil yang mungkin boleh menyebabkan si kecil hendak minum lebih banyak. Penting untuk ibu kawal kuantiti susu yang diberikan. Selain itu, berkaitan susu adalah kesihatan gigi, iaitu disarankan agar si kecil minum sedikit air kosong selepas minum susu bagi mengelakkan karies gigi.
Bukan gula semata-mata, kandungan karbohidrat lain dalam susu, iaitu lactose, maltose dan lain-lain boleh menyebabkan karies gigi.
Selain susu tepung, makanan gentian yang memberi khasiat yang sama adalah yogurt dan susu soya segar. Kuantiti hidangan yang disarankan adalah sama seperti susu, iaitu 2-3 cawan kecil yogurt atau 2-3 gelas susu soya dalam sehari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Isteri Koperal Amiruddin Zabri reda suami 'pergi' - "Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun enanti...." Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namumn kebahagiaan itu tidak bertahan lama.