Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Ads
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Ads
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Ads
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ini akan berlaku bila anda ada anak lebih dari dua orang. Ada setengahnya ia tidak sengaja terjadi. Tanpa sedar anak sulung atau anak bongsu dapat banyak kelebihan. Sedangkan anak kedua atau mungkin anak tengah kurang di beri perhatian. Biarpun mungkin anak tersebut tidak berkata apa tetapi sebenarnya ada kesan buruk tanpa kita sedari. Ibu bapa perlu ambil perhatian ya!
Anak akan hilang rasa “memiliki” (sense of belonging) kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang dan melakukan lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, dia juga merasakan diapit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
2. Rendah diri
Merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
3. Suka menyendiri
Mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan bersandar pada diri sendiri untuk sokongan tanpa pertolongan orang lain khususnya ibu bapa.
4. Kecelaruan
Kanak-kanak ini juga akan jadi tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka.
5. Kurang kepercayaan
Selalunya anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami masalah ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan di abaikan dan tidak di sayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak ketagihan kepada pornografi seawal usia hingga bawa telefon pintar ke sekolah, ini perkara yang cukup menakutkan sekali bagi ibu bapa.
Betapa tenatnya masyarakat hari ini dengan terjadinya pelbagai perkara diluar jangkaan akal.
Sri A’jilah Samsir, tutor motivasi berkongsi di Facebook mengenai pengalamannya berhadapan dengan situasi ini.
PERUBAHAN SIKAP
Berdegup kencang jantung ni dibuatnya. Apa taknya, kalau melibatkan budak bawah umur 7 tahun, memang rasa kesian. Rasa nak marah. Mereka ni kecil lagi, tak tahu apa-apa, naif, dan kebanyakannya memang ikut je apa yang dia nampak. Ikut je apa yang orang sekeliling dia buat.
Kisah kali ni melibatkan budak perempuan umur 6 tahun. Ye, budak sekolah tadika.
Budak ni menunjukkan sikap yang sangat berbeza dari mula-mula dia mendaftar dulu. Budaknya peramah sangat. Rajin tolong cikgu. Pandai bergaul dengan kawan-kawan.
Tapi, seminggu dua ni, dia nampak lain. Lebih banyak buat hal sendiri dan tak nak bercakap sangat. Dia lebih suka duduk sorang-sorang sambil bawa beg ke hulur ke hilir.
TIDAK MAHU TINGGALKAN BEG & JARANG MAKAN
Pelik! Bila suruh tinggalkan beg, dia akan menangis meraung-raung.
Seorang guru cuba untuk tanya apa yang berlaku. Dia peluk beg dia kuat-kuat. Bila cikgu cuba nak minta beg dia, dia meraung macam kena histeria, macam kena pukul.
Waktu rehat, budak ni dah jarang makan. Makan sikit je lepastu terus buka beg dia. Mata dia tak bergerak-gerak dan dia boleh habiskan waktu rehat tu dengan hanya merenung isi dalam beg.
TONTON PORNOGRAFI DI SEKOLAH
Sampai lah satu hari, seorang guru ternampak dia buka zip beg sekolah. Tahu tak apa yang dia bawa?
Handphone!
Dan dia siap tengok cerita dari handphone tu. Yang menyedihkan, cerita tu bukan cerita kartun didi and friends, boboiboy, atau pun upin ipin. Tapi video pornografi!
Berderau sungguh.
Budak ni tak perasaan yang tindak tanduk dia sedang diperhatikan. Dia khusyuk tengok adegan dalam handphone tu sambil tangannya dimasukkan ke dalam kain.
TINDAKAN AYAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Cikgu syak yang budak ni dah ketagih( berdasarkan beberapa soalan yang ditanya). Ketagih menonton aksi pornografi seawal usia 6 tahun!
Budak ni kata, dia pernah tengok video ni di rumah dengan ayah. “ayah masukkan tangan dalam kain sambil pegang sini (tunjuk ke arah kemaluan).
Si ayah yang sepatutnya jadi tempat untuk anak berlindung, sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Entah apa lagi yang dibuatnya pada si anak.
REAKSI IBU MENGHAMPAKAN
Ibu bapa dia diminta datang untuk bincangkan masalah ni. Tapi, hanya si ibu yang muncul. Datang dengan muka mencuka.
“Puan, kami jumpa handphone ni dalam beg anak Puan. Dan ni bukan kali pertama dia bawa. Maaf ye Puan, kami ambil handphone ni dari anak Puan sebab kami nampak dia tengok video lucah dalam ni. Ada lebih kurang 10 video semuanya. Anak puan beritahu, dia pernah tengok video ni dengan ayah dia. ”
Pihak tadika cuba jelaskan pada si ibu.
Si ibu pula, dengan selamba je bagitau yang handphone tu memang milik si ayah. Dan dia jugak tahu, dalam handphone tu ada video lucah yang disimpan oleh si ayah.
“Boleh tak pulangkan handphone tu pada saya? Ingatkan handphone ni hilang. Takpelah, pasal anak saya tu, nanti saya cakap dengan dia. Budak kecik kan, bukan tau apa-apa, bukan faham pun. Takkan lah ayah dia ajak dia tengok video ni. ”
Mudahnya lahai jawapan si ibu.
TOLONGLAH AMBIL BERAT & AMBIL TAHU
Ketagih menonton video lucah seawal 6 tahun bukan perkara remeh tau!
Memang lah budak tak tau apa-apa, tapi budak zaman sekarang ni otak dia bijak. Kadang-kadang, kita rasa dia tak faham, tapi sebenarnya dia simpan semua tu dalam otak dia.
Ibu ayah,
Tolonglah jangan ambil mudah.
Kita perlu ajar anak-anak tentang ‘private parts’ tapi bukan melalui video macam ni.
Kaum ibu terutamanya. Kita ada tugas besar yang perlu kita buat. Selalu bertanya, selalu bercakap, selalu ambil tahu, apa yang anak-anak kita buat, apa yang anak-anak kita tengok. Cuba jadikan anak kita rasa selesa untuk bercerita apapun dengan kita. Ambil berat setiap apa yang anak-anak beritahu.
Paling penting, mesti ajar anak kita bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh siapa pun.
Jom jadi ibu bapa yang melindungi, bukan yang merosakkan.
Netizen meninggalkan beberapa komen kepada status FB beliau. Antaranya memberikan cadangan yang membina kepada ibu bapa lain.
Kelakuan anak yang suka beli jajan di kaunter bayaran menyebabkan ramai ibu bapa rasa stres setiap kali keluar membeli belah barang rumah.
Biasanya sebab tak tahan bila anak mula buat perangai menjerit, menangis dan lebih ekstrem berguling-guling, ibu atau ayah akan cepat-cepat penuhi keinginan anak untuk beli jajan yang ada di kaunter bayaran.
Sehinggalah ada seorang bapa berkongsi surat menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara peniaga yang gemar ‘menayangkan’ jajan-jajan tersebut kerana tahu boleh menarik perhatian kanak-kanak membelinya.
Perkongsian beliau itu tular dan diakui oleh ramai ibu bapa yang turut menyokong agar para peniaga pasaraya tidak sewenang-wenangnya sengaja meletakkan tarikan jajan di kaunter bayaran.
Kalau tak ada idea, anda bolehlah cuba tip yang dikongsi oleh Puan Aisyah Rozalli seorang Occupational Therapist ini.
Dalam satu strategi penjualan kedai-kedai adalah meletakkan “non-needed add-on items” di kaunter bayaran supaya akan ada pembelian tambahan sebelum “check out” oleh pembeli.
Tak boleh nak salahkan mereka. Ini strategi penjualan. Ada dicadangkan dalam macam-macam buku strategi penjualan. Anda “terpaksa” beli, membuktikan keberkesanan strategi tersebut.
Jadi, macam mana nak elakkan anak anda dari berguling-guling kerana mahukan item yang di jual di kaunter jualan?
Saya senaraikan beberapa strategi yang boleh anda cuba.
Tapi, ingat!
Kalau inilah kali pertama anda nak gunakan strategi ini, ianya mungkin akan sedikit sukar.
Tapi…..
Alah bisa, tegal biasa.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Anak aku menangis, kau orang jangan kacau, toksah kesian tolong belikan, aku tengah disiplinkan anak ni!
(Peribahasa yang terakhir ini yang paling penting dalam strategi ini).
Jadi, ini strateginya. Mama ayah, good luck!!!
Mulakan dengan cerita dari rumah. Semasa anda beraktiviti dengan anak di rumah. (Tak pernah beraktiviti dengan anak? Kamon……).
Anda boleh:
a. Lukis gambar anda sekeluarga pergi beli belah dan maklumkan anak anda yang dia hanya boleh beli 1 item sahaja (atau)
b. Lukis cerita tentang keburukan makan jajan Yang ni perlu “strict” sikit. Mama ayah pun tak boleh jajan juga.
Setiap kali nak keluar shopping, ingatkan anak anda tentang social story yang dibincangkan.
Tak reti lukis gambar? Print. Tak jumpa gambar sesuai? Lukis orang lidi pun boleh, der… Cuba dulu.
Jika anak anda sudah pandai tulis, minta anak anda tuliskan senarai barang untuk dibeli dan minta anak anda bantu anda tanda barang yang sudah dibeli.
Pastikan hanya beli item yang ditanda. JANGAN beli yang tidak ditanda jika anda mahu guna metod ini untuk disiplinkan anak anda dari membeli barangan lain semasa shopping.
Kalau anak belum pandai tulis, print gambar barang dan tampal pada kertas senarai barang. Ajak anak anda tampal.
Leceh? Oh, well… Saya dah suggest
Ingatkan anak anda berkali-kali apa yang boleh dibelinya. Dan FIRM.
Tak perlu tekankan apa yang tak boleh dibeli. Sebab anda hanya akan menambahkan ingatan anak anda pada apa yang tak boleh dibeli. Tapi, tekankan apa yang boleh dibeli berkali-kali.
Dah bagi social story, dah minta anak tulis senarai barang, dah bincang-bincang dalam perjalanan, maka sampailah waktu anda perlu KEBAL.
Mengubah perilaku anak perlukan masa. Firm dengan keputusan anda. Anak akan tantrum kalau dia sudah dibiasakan dapat apa yang diinginkan.
Jangan mengalah mama ayah!!!
Anak anda PERLUKAN anda untuk teguh dengan keputusan anda mendisiplinkan mereka.
Tegas bukan pukul.
Tegas dengan keputusan.
Anak mengamuk guling-guling?
Tetap teguh! Jangan belikan.
Ayah bawa anak terus ke kereta atau ke tepi. Peluk dan cakap “sorry ye, tak boleh beli”.
Mama, boleh buat pembayaran.
Apa yang penting?
Kerjasama!
Anak yang rapat dengan ibu bapa akan lebih mudah mendengar cakap.
Pergerakan bayi boleh memberi petunjuk penting tentang kesihatan dan keperluan si kecil. Ketahui 7 pergerakan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa serta bila perlu mendapatkan nasihat doktor.