
Seronoknya melihat anak kecil kita semakin cepat membesar. Namun memaksa bayi 3 bulan didudukkan sebenarnya tidak wajar dilakukan.
Pun begitu, semuanya bergantung kepada bayi itu sendiri. Kebiasaannya pada sekitar usia 3-5 bulan, bayi mungkin sudah dapat duduk dengan bantuan dan akan jatuh jika tiada sokongan sekitarnya seperti bantal atau tangan.
Pada usia empat bulan, bayi akan mula menunjukkan minat untuk duduk sambil mengangkat kepala dan bahu ketika dibaringkan secara terlentang.
Menjelang usia 5 bulan, kebanyakan bayi belajar cara meletakkan tangan ke hadapan dengan menghulurkan lengan untuk menahan diri seperti kedudukan ‘tripod’.
Bayi biasanya dapat duduk dengan sendiri pada lingkungan usia 6-7 bulan. Sebelum itu, mereka perlu mempunyai kemahiran untuk menyokong bahagian kepala bagi mengelakkan daripada tergolek.
Bayi 3 Bulan Didudukkan, Ganggu Perkembangan Semula Jadi Bayi
Bayi 3 bulan didudukkan terlalu awal mungkin akan mengganggu proses perkembangan semula jadi kemahiran mereka yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan pada kemudian hari nanti.
Sebagai contoh, bayi yang dapat duduk lebih awal biasanya akan kurang melakukan tummy time.
Keadaan ini sekali gus bermakna mereka akan jarang melakukan pergerakan dan latihan pengukuhan.
Ini juga menyebabkan mereka kurang peluang untuk membangunkan refleks penting bagi membolehkan bayi merangkak, merayap dan duduk dengan selamat serta mengekalkan postur tegak yang kuat tanpa terjatuh atau terhantuk kepala.
Bolehkah Bayi 3 Bulan Didudukkan?
Persoalan utama yang sering bermain di fikiran ibu bapa ialah, bolehkah bayi 3 bulan didudukkan?
Sebenarnya seperti yang dinyatakan pada awal tadi, si kecil harus dan mesti dapat menguasai kawalan kepala. Mereka juga harus boleh melaraskan kedudukan kepala secara automatik sebagai tindak balas kepada pergerakan yang dilakukan.
Ini penting dalam menggalakkan perkembangan keseimbangan yang sihat, kawalan otot mata yang lancar dan perkembangan persepsi visual.
Seperkara yang perlu anda ketahui, kawalan kepala akan dapat diperolehi dengan lebih cepat ketika bayi dalam kedudukan perut (tummy time) berbanding kedudukan lain.
Elakkan Kerusi Bayi Jika Bayi 3 Bulan Didudukkan
Penggunaan kerusi bayi seperti Bumbo seat atau walker harus dielakkan kerana ia memaksa bayi di bawah usia 6 bulan untuk berada dalam posisi duduk serta menjejaskan peluang mengembangkan otot yang diperlukan untuk merangkak.
Apabila bayi 3 bulan didudukkan menggunakan peralatan sokongan seperti ini, mereka kurang berpeluang untuk belajar mengawal badan secara semula jadi. Proses belajar berguling, meniarap dan merangkak menjadi terhad kerana otot teras tidak dilatih dengan optimum.
Bila Masa Sesuai Untuk Dudukkan Bayi?
Jadi, bayi 3 bulan didudukkan adakah selamat? Sebaiknya anda tunggu sehingga si kecil berusia sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum cuba mendudukkan mereka dengan bantuan.
Kebiasaannya bayi akan mula duduk dengan bantuan sekitar usia 4-6 bulan dan mampu duduk sendiri sekitar 6-7 bulan. Setiap bayi mempunyai kadar perkembangan berbeza, jadi elakkan perbandingan dengan anak orang lain.
Berikan peluang untuk mereka melakukan tummy time setiap hari dalam tempoh yang singkat tetapi konsisten. Aktiviti ini membantu menguatkan otot leher, bahu dan badan yang penting sebelum mereka benar-benar bersedia untuk duduk sendiri.
Kesimpulannya, keputusan untuk membenarkan bayi 3 bulan didudukkan perlu dibuat dengan berhati-hati. Biarkan perkembangan berlaku secara semula jadi demi memastikan tumbesaran dan keselamatan si kecil berada pada tahap terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





