Penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos buat ubat tidak berkesan. Nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?
1. Picagari (syringe) sesuai untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos dengan tepat. Pastikan nombor di senggat jelas kelihatan. Pancut ubat dengan perlahan dan terkawal ke arah dalam pipi untuk elakkan bayi tersedak.
Ads
2. Penitis (dropper) juga sesuai untuk bayi. Konsepnya sama dengan picagari. Ada senggatan untuk mengukur dos. Biasanya satu picitan dropper sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi semak dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi/anak.
3. Dosage cup pula sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh ukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Senggatan di dosage cup mungkin tunjuk ispadu dalam ml atau mengikut ukuran sudu.
Ads
4. Yang terakhir dan paling biasa digunakan adalah sudu. Guna sudu mudah, tapi ada risiko dos kurang tepat. Sukatan untuk sudu: 1 sudu besar = 15 ml 1/2 sudu besar = 7.5 ml 1 sudu teh = 5 ml 1/2 sudu teh = 2.5 ml
Pemilihan alat pendosan yang betul dapat memastikan ubat diberi dalam dos yang tepat. Selain itu, ia akan memudahkan proses pemberian ubat dan mengurangkan risiko ubat tertumpah sewaktu ubat diberikan.
Untuk kebanyakan anak, bila dah masuk usia 5 tahun kemahiran motor dah mantap dan dapat melakukan aktiviti yang menggunakan tangan dengan baik. Namun, ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk mengetahui sama ada kemahiran motor mereka sudah bagus atau belum.
Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli ada berkongsi kaedah mudah untuk perhatikan kemampuan kemahiran motor anak.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
❗️ALERT KALAU ANAK ATAS 5 TAHUN ADA 5 TANDA NI❗️
Cuba try buat aktiviti ni:
1️⃣ Berikan anak segenggam plastisin
2️⃣ Minta anak cubit plastisin kecil-kecil
3️⃣ Minta anak gentel/gelek plastisin menggunakan hujung jarinya sehingga jadi bebola kecil.
❗️ALERT❗️ kalau anak buat 5 perkara ni masa buat aktiviti ni:
❗️AIR LIUR MELELEH❗️
Ini tandanya kawalan motor halus anak masih lemah. Tangan gerak, kawalan mulut out. Segera cari OT ya.
❗️MULUT GERAK LEBIH DARI TANGAN❗️
Ini tandanya dissociative skill tubuh anak masih lemah. Tangan gerak, mulut gerak sekali dengan lebih over. Segera cari OT juga. Dissociative skill yang lemah ni nanti akan mempengaruhi kemampuan anak nak menyalin tulisan dari papan putih juga nanti. Nanti anak kita asyik tak sempat je.
❗️PLASTISIN YANG ANAK KITA GENTEL JADI LEPER, TAK BERBENTUK BOLA❗️
Ini tandanya anak ada masalah untuk kawal koordinasi dan kekuatan otot. Nanti anak akan tekan pensel terlalu kuat, tekan kertas terlalu kuat dan menyebabkan anak cepat letih semasa buat aktiviti ini.
❗️JARI ANAK MACAM KERAS, DAN HANYA IBU JARI JE YANG BERGERAK❗️
Ini tandanya anak ada masalah untuk gerakkan jari secara berpisah. Manipulasi jari anak tak bagus. Anak akan cepat penat dan jadi stress dengan aktiviti menulis. Pegangan pensel anak pun akan kurang kemas.
❗️ANAK BAWA BEBOLA SEHINGGA KE TAPAK TANGAN SEMASA MENGGENTEL❗️
Ini tandanya kawalan motor halus anak masih lemah. Anak belum boleh gunakan otot halus jari dengan efisyen.
Ini adalah antara observasi yang biasa saya dan team lakukan.
Cara anak menggunakan jari jemari, tangan, postur anak semasa melakukan sesuatu aktiviti akan dianalisis dengan teliti.
Sebab setiap pergerakan yang anak lakukan adalah indikasi masalah sebenar yang anak hadapi semasa menulis.
Ini juga antara sebab parents selalu complaint “dah buat macam-macam aktiviti motor halus, tapi anak tetap tak cekap pegang pensel”.
Ni lah antara sebabnya.
Aktiviti motor halus yang kita bagi tu, tak bantu pun efficiency finger movements anak kita. Sebab kita tak tahu nak observe apa, dan nak fokus pada kemahiran spesifik apa.
So, nanti buat aktiviti ni pada anak, observe dan komen di post ni cara anak anda main plastisin ni.
Kalau bawah 5 tahun masih ada tanda-tanda di atas, tak menjadi masalah. Sebab mereka masih lagi perlu dilatih banyak kemahiran asas. Atas 5 tahun, sepatutnya motor halus mereka dah lebih cekap.
Selamat mencuba dan melakukan observasi pada anak.
Nanti post hasil dapatan anda kat ruang komen ya 😊😊😊
Semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberi input kepada kita. Yalah, mungkin ada sesetengah perkara yang kita rasakan normal tetapi sebenarnya red flags yang perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan anak.
Sekurang-kurangnya apabila anak menginjak usia 5 tahun ke atas, kita sudah tahun aktiviti apa yang sesuai untuk menguji tahap kemahiran motor mereka. Selamat mencuba!
Sebenarnya ada beberapa aktiviti oral motor yang boleh membantu fokus anak di samping dapat meningkatkan perkembangan anak bercakap.
Menurut Konsultan Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Nurul Sheriena Musa, statistik sekarang ini menunjukkan ramai anak-anak ada ciri-ciri speech delay. Ya mungkin juga sekarang ini banyak faktor luaran termasuk less bonding time, more gajet time menyebabkan anak-anak ini bukan sahaja TIADA FOKUS, malah tidak sedia menulis dan tiada kemahiran komunikasi.
Antara underlying issues yang tidak selesai seperti kesediaan oral motor juga antara penyebab anak ada ciri-ciri speech delay.
Sebab itu, saya dan Team Nuha Vengers hasilkan Speech kit by #ezkitz.
Di sini dikongsikan 5 aktiviti oral motor ini. Sambil kita bantu oral motor anak dapat juga bantu kesediaan anak fokus dan menulis.
Main Wisel
Ini nampak mudah tapi bukan semua anak boleh hasilkan bunyi. Ada anak hanya tahu letakkan bibir sahaja tapi gerakan hendak blow dia tidak pasti. Gerakan di mulut banyak kaitkan dengan refleks di tangan tau.
Tiup Lilin
Ha guna peluang masa tiup Birthday Cake bantu anak Breath In & Blow.
Cause dan Effect yang nampak api terpadam buat anak excited juga nak latih Oral Motor.
Blow Bubbles
Ini favourite ramai anak-anak. Ye lah bila nampak bubbles terus dia nak letupkan kan. Pop Pop Pop.
Bila dah nampak buih sabun itu ajak sekali anak visual tracking minta dia letupkan buih sabun sambil cakap Pop Pop Pop.
Kalau dapatkan sekali buku Buih Oh buih By ST Sherin Sokmum pun bagus tau.
Tiup Bola
Ha ini tools saya suka. Bila anak nampak bola bergerak anak juga excited. Tapi ini bila otot mulut belum kuat mencabar juga ini.
Gerakan mata anak yang bergerak keluar dan dalam membantu kesediaan Convergence dan Divergence anak bila nak menulis.
Tiup alat muzik
Harmonika antara pilihan tools bagus juga. Yang best bila anak tidak dapat buat lagi kita terus tunjuk pada anak-anak. Boleh juga kita lihat frustation tolerance anak. Banyak kan manfaat dari tools dan aktiviti ini. Santai tapi bermakna.
SHARE perkongsian ini agar lebih ramai dapat manfaat dan idea aktiviti anak anak. Jom lah santai-santai je dapat bantu perkembangan anak
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.Apa yang membuatkan peminatnya bangga dengan keluarga Tomok, Tomok sentiasa menghargai isterinya yang banyak membantu mendidik Arrian dan Andra.
Sebelum ini, Tomok selalu berkongsi yang Ayu gunakan pelbagai pendekatan untuk anaknya sejak kecil lagi. Antaranya dengan selalu berbual, membacakan buku, menggunakan kad imbasan sambil bermain, banyak melakukan aktiviti fizikal seperti melompat, memanjat, berguling, berlari, merangkak semata-mata untuk perkembangan motor kasar mereka.
Selain itu, aktiviti menyanyi juga antara yang selalu dipraktikkan pada anak-anak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak menyanyi akan menggalakkan aktiviti kedua-dua belah otak.
Sebagai ayah, Tomok lebih suka mendidik anak-anaknya dengan acuan sendiri. Bagaimanapun pasangan ini juga turut mendapatkan nasihat mereka yang berpengalaman.“Memang saya dan isteri ikut cara kami sendiri, sebabnya saya percaya setiap keluarga itu berbeza dan tidak boleh samakan.
“Cuma kami tetap akan ambil nasihat dari orang luar untuk membantu kami dalam membesarkan anugerah terindah ini,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman yang berusia empat tahun.
Sumber: ig Tomok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.