Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.
Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.
Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Pa&Ma senaraikan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:
MEMBACA BUKU
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.
Ads
GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.
MINUM AIR MASAK
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.
Ads
BERITAHU ANAK ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan. Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.
Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.
Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seiring pertambahan usia ibu perlu melatih si kecil untuk menggunakan tandas. Ia boleh dilakukan apabila anak bersedia.Tip yang dikongsikan ibu ini boleh membantu.
Ibu, Puan Sabariah Sareh Saadberkongsi apa yang dilakukan kepada anaknya, Imani yang berusia 2 tahun 6 bulan. Selain inisiatif ibu bapa, si kecil juga perlu bersedia. Berikut ialah perkongsiannya;
5 Tip Mudah Latihan ke Tandas (Potty Training)
Alhamdulillah Imani sudah bebas diapers siang sampai malam. Cuma masa tido siang atau malam je mama masih lagi bagi pakaikan diapers lagi sebab masa tidur dia dan mama belum ready lagi.
Kalau pergi kedai dekat-dekat rumah dia dah selamat jenjalan tanpa diapers.(dah uji dah semalam pergi kedai dengan daddy dia )
ANAK PERLU FAHAM ARAHAN
1-Pastikan anak paham dulu apa itu “kencing” “berak” .Sebelum mulakan latihan ke tandas ajar anak asas ni dulu. Pastikan juga anak paham arahan.
PASTIKAN ANAK BERSEDIA& BUAT CATATAN REKOD KEKERAPAN KENCING
2-Pastikan anak dah bersedia. Pastikan masa kering anak 2 jam (pundi kencing dia dah ready) macam mana nak tau ?
bole cuba latihan. 1-3 hari dan catat rutin/kekerapan anak kencing. Kalau anak belum sedia dia kerap terkucil sket2 je air kencing dia tu pundi kencing dia masih belum kuat, boleh cuba training masa anak sudah sedia.
AJAK ANAK KE TANDAS
3-Jika anak sudah bersedia ibu ayah dah tau gap masa kencing dan masa dia minum jadi bole latih ke tandas setiap 15-20 minit.
Macam Imani ,mama ajak ke tandas setiap 30 minit sekali dan kerap bertanya je “imani nak kencing ke?”.(berdasarkan rekod kencing dia).
WAKTU ANAK BUANG AIR BESAR
4-Waktu membuang air besar yang bole di agak setiap hari.(regular bowel movement).
TANDA PUNDI KENCING ANAK BERSEDIA
5-Anak kencing kuantiti yg sangat banyak pada satu2 masa.(pundi kencing dah ready) ni sesuai dah ajar anak latihan ke tandas.
PADA AWALNYA TIDAK BERSEDIA
Ps:Imani pada awalnya agar sukar kencing di tandas sebab dia BELUM BERSEDIA,dia kencing kuantiti sikit-sikit je, selalu terkucil sebelum sampai tandas.(pundi kencing belum ready) tetapi Alhamdulillah Imani pandai sendiri tanpa Mama paksa dia pergi tandas.
Hari 1-4 je kot mama rasa letih mengelap lantai ? lepas tu Imani dah paham walaupon sering terkencing depan pintu bilik air. Alhamdulillah nampak mudah je pon takde la teruk mana “potty training” ni.
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya.
Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan. Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
2)Tungau debu
Atau dust mites adalah organisma kecil yang hidup di dalam habuk dan membiak di tempat panas dan lembap seperti selimut, tilam, tuala dan kain. Ia menyebabkan si manja bersin dan selesema dan jika kronik boleh menyebabkan sakit dada, asma dan sukar bernafas.
3)Telur Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
4)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
5)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan baginya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang hari-hari kena marah, boleh jadi degil bila dah besar? Macam tak percayakan. Tapi salah ke marah anak? Tak. Tak salah.
Bahkan, kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan-keadaan TERTENTU. Kemarahan juga adalah penyelamat.
Cuma, marah jangan sebarang marah. Marah pun, perlu BERSTRATEGI, BERILMU sebenarnya. Marah yang melulu, akan membuatkan anak kita jadi ‘immune’ dengan perasaan marah kita.
Immune ni, maksudnya, dia sudah TAK HAIRAN LAGI bila kita marah. Dia tak peduli. Tak kecil hati. Tak kisah. Seolah-olah, marah kita ini tak wujud. Marahlah macam mana sekalipun, anak-anak yang sudah immune dengan marah kita, TAKKAN terkesan lagi dengan marah kita, walau nyata mereka bersalah dan sepatutnya berasa serba salah.
Anak-anak ‘immune’ bila kita marah mereka; petanda bahawa MEREKA SUDAH TERLALU BANYAK melihat kita DALAM KEADAAN MARAH! Sehingga, mereka menganggap, itu adalah natural state kita – iaitu dalam kemarahan.
Jadi, apa yang nak dihairankan bila ibu ayah marah lagi? Bukankah ibu ayah memang begitu? Tiada yang pelik, tiada yang menghairankan.
Dan, kerana inilah, apabila kita memarahi anak-anak, ianya tidak lagi meninggalkan sebarang kesan ke dalam diri mereka. Mereka buat ‘dek’ lagi ada lah.
Lebih memburukkan keadaan lagi apabila anak-anak mula ‘immune’ dengan perasaan marah kita terhadap mereka ini ialah, tendency untuk mereka ‘immune’ dengan kita dalam SEGALA hal itu sangat tinggi!
Mak marah? Saya tak kisah. Mak sedih? Saya tak kisah. Mak mengamuk? Saya tak kisah. Mak membebel? Saya tak kisah. Mak tak redha dengan hidup saya? Saya tak kisah. Mak nak rasa apa pun, saya tak kisah!
Tak Hiraukan Perasaan Orang
Dan di saat anak-anak tidak lagi MENGHIRAUKAN apa perasaan orang yang paling mengambil berat dan menyayangi dia dalam hidup ini (kita), anak-anak pun mula develop sikap keras kepala dan segalanya di sekitar dunia anak-anak ini akan evolve tentang dirinya dan perasaannya SEMATA-MATA.
Lebih malang lagi, anak-anak yang tak kisahkan perasaan kita, tak kisah lagi untuk mengambil hati kita, tak kisah lagi nak impress kita dengan sikap baiknya dan pencapaian cemerlangnya – ADALAH LEBIH MUDAH CENDERUNG untuk mengikut telunjuk rakan sebaya.
Tak cukup dengan itu, bila kita ini selalu tunjuk sikap marah di hadapan anak, anak akan menjadi lebih DEFENSIF. Sebab?
Selain dia immune dengan marah kita padanya, dia juga sudah hilang hormat dan ‘puja puji’ mereka terhadap kita. Apa tanda awal, anak-anak sudah hilang hormat dan puja-puji mereka terhadap kita, selain dari sebab yang saya nyatakan di atas?
Tandanya, bila semakin dimarah, mereka semakin berani ‘mempertahankan diri’ secara negatifnya. Masalah ini, selalunya kita perasan bila anak-anak sudah di usia remaja, walhal dari mereka kecil, tanda awalnya sudah ‘boleh dibaca.’
Bayangkan situasi si Ibu memarahi anak ini.
“Kakak, ibu dah pesan jangan pukul kawan kan? Kenapa kakak degil sangat asyik pukul kawan di sekolah ni!! Berapa kali dah Ibu pesan jangan pukul kawan??!!”
“Alah, kakak bukan sengaja pukul. Dia yang ambil barang kakak, kakak pukullah! Siapa suruh kacau kakak!” Dan dia pun menjawab dalam nada bersahaja, sambil asyik menyikat-nyikat rambut kuning anak patung di tangannya tanpa dia sedikit pun memandang kepada kita.
Ini petanda awal, anak-anak sudah mula ‘develop’ insensitivity’ terhadap kita, dan tanda dia sudah pandai bersikap defensif.
Jika anak yang masih sensitif dengan ibu bapa, akan BERHENTI dari melakukan apa yang dia sedang lakukan, akan tunduk ke bawah, merasa sedih dimarahi, menangis, terdiam, merajuk atau sebagainya. ‘Marah’ kita masih ada bisanya.
Tapi, dalam situasi di atas, anak itu kelihatan ‘sangat tenang bersahaja,’ itu MIMPI NGERI!
Ibubapa yang PERNAH MELIHAT anak mereka berkelakuan sebegitu apabila dimarahi dalam ISU SERIUS DI MANA DIA TAHU DIA SEBENARNYA SALAH, sila ambil perhatian berat isu ini.
Untuk ibu bapa yang mula sedar perkara ini, ada satu ‘homework’ anda perlu buat.
Iaitu PERHATIKAN dan ANALISA, berapa kerap anda tunjukkan EMOSI negatif anda kepada mereka dalam seharian selama ini? Tak kisah, marah di dalam kereta, marah dalam telefon sesama rakan sekerja, marah kepada pasangan kerana masalah rumahtangga, apatah lagi marah yang secara terus menerus dituju ke batang hidung mereka.
Sikap anak yang immune sebegini bukan kerana mereka ini anak-anak yang memang tak sensitif dan jahat. TIDAK.
Sikap mereka sebegini adalah RESULT daripada apa yang mereka LIHAT BAGAIMANA KITA sebagai ibu bapa MENGENDALI EMOSI KITA.
Teknik ‘Bertukar’
Untuk PETUA PRAKTIKAL yang ingin saya bagi untuk mereka yang terperangkap dalam situasi ini, iaitu situasi ANAK IMMUNE APABILA DIMARAHI; kata kuncinya ialah TEKNIK BERTUKAR.
Sekarang ini, daripada selalu tunjuk marah, anda perlu BANYAKKAN TUNJUK EMOSI yang sebaliknya. Perhatikan cara yang saya ingin terangkan ini dengan TELITI seperti di bawah:
Bila anak bergaduh, MARAH bukanlah satu-satunya perasaan yang kita rasa terhadap mereka. Sebenarnya, ada perasaan risau, sedih, berharap, kesal, simpati dan berbagai perasaan lain. Cuma silap kita, yang selalu kita guna dan tunjuk ialah perasaan MARAH SEMATA.
Contoh,
“Kakak, Ibu dengar kakak bergaduh dengan kawan di sekolah. Kakak pukul kawan, is it true?” Dengarkan jawapan anak. TUNJUK PERASAAN AMBIL BERAT. Ingat, KAWAL MARAH ANDA. Jangan tunjuk. Kan dah banyak sangat tunjuk selama ni?
“Kakak, Ibu sedih ada orang kacau kakak di sekolah. Mesti kakak pun sedih, kan?” Masa ni, anak anda akan tone down. Dia tak nampak anda sebagai tukang bebel atau PENGANCAM dia. Dia nampak anda sebagai COMFORTER dia. Dan, anak-anak ini takkan develop SIKAP DEFENSIF depan orang yang MEMAHAMI dia. Tapi, dia akan develop sikap MUDAH DIDEKATI dan mudah diajak berkomunikasi.
“Kakak, bila kakak bergaduh dengan kawan, Ibu risau. Macam mana kalau apa-apa jadi pada Kakak? Nanti kalau dia pukul kakak semula, kakak luka, darah, masuk hospital? Macam mana? Ibu risau pasal kakak..” Agak-agak, di tahap ini, apa perasaan anak anda bila tahu Ibu RISAUKAN dia, instead of ibu MARAHKAN dia?
“Kakak, ibu sayangkan kakak. Sebab itu Ibu pesan kakak jangan bergaduh dengan kawan. Nanti kalau jadi apa-apa pada kakak, Ibu yang rasa sakit. Ibu nak kakak jadi anak baik dan semua orang sayang kakak. Ibu taknak kakak jadi anak yang suka bergaduh, nanti semua orang benci.”
Tunjuk anda ambil berat. Tika ini, sampaikan nasihat anda, dan percayalah, kalau ‘anak-anak’ menjawab sekalipun, dia akan menjawab kerana MELUAHKAN perasaan, bukan kerana dia TAK HORMAT anda atau IMMUNE dengan perasaan anda. Tetapi, dia akan berkomunikasi dengan baik dengan anda, percayalah.
Jadi, nampak bagaimana tipsnya untuk kendali situasi apabila anak-anak sudah immune dan tidak peduli lagi bila dimarahi? Kata kuncinya, BERTUKAR!