Ibu bapa perlu tahu cara yang betul ketika menjaga tali pusat anak sebelum tertanggal. Penjagaan yang betul amat penting untuk mengelakkan tali pusat anak terkena jangkitan kuman.
Doktor Taufiq Razif berkongsi tentang cara-cara menjaga saki baki tali pusat anak dengan cara yang betul dan kenal pasti jangkitan yang berlaku. Ilmu ini wajib ibu bapa tahu untuk elak sebarang komplikasi yang boleh berlaku. Ikuti perkongsian ini;
SEMUA MAK AYAH KENA TAHU ILMU TENTANG TALI PUSAT NI
Gambar tali pusat anak saya yang berumur 10 hari.
Ni saya nak kongsi ilmu nak tahu tempat tali pusat baby kita tu ada jangkitan ke tak. Cuba tengok di bahagian perlekatan tali pusat tu:
Ads
Ada tak merah merah
Ada tak bengkak
Ada tak nanah atau cairan keluar
Tali pusat tu berbau busuk ke tak
Bayi demam ke tak
Bayi nampak lemah dan taknak menyusu ke tak
Kalau TAKDE, Alhamdulillah tapi kalau ADA, kena pergi periksa cepat-cepat. Ada kemungkinan tali pusat tu dah kena jangkitan.
Ni ada beberapa benda yang kita TAK BOLEH buat supaya tali pusat anak kita tu tak kena jangkitan.
Jangan pakaikan pampers sampai tutup bahagian tali pusat anak kita. Kencing dan najis anak kita boleh kena tempat tu dan mengakibatkan jangkitan.
Jangan letak ubat entah apa-apa kecuali ubat yang disediakan oleh hospital.
Jangan sentuh bahagian tali pusat tu tanpa cuci tangan dulu. Kita tak tahu kuman jenis apa yang tengah berkeliaran di tangan kita. Sistem imun bayi kita tak sekuat orang dewasa.
Jangan paksa paksa tali pusat tu untuk tanggal cepat cepat. Tali pusat tu akan luruh sendiri. Biasanya dalam 3-10 hari. Kalau 3 minggu tak luruh lagi cepat cepat pergi jumpa doktor.
Jangan mudah percaya benda pelik-pelik yang tak ada dalam agama tentang tali pusat anak kita yang dah luruh tu.
Setelah seminggu kelahiran anak keempat, personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain berkongsi wajah anak perempuannya yang telah selamat dilahirkan secara normal walaupun mencecah usia kehamilan 41 minggu.
Menerusi perkongsian terbaru Nurul Syuhada di instagramnya, sempena tujuh hari kelahiran bayi, Nurul Syuhada dan suami telah mengadakan majlis aqiqah yang dihadiri ahli keluarga dan turut menamakan puteri keduanya.
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memberitahu mereka suami isteri telah sepakat memilih nama Raja Aasiya Amaal dan berharap dengan pemilihan nama tersebut, insya-Allah akan membesar menjadi anak solehah dan dilindungi Allah selalu.
Dalam perkongsian tersebut, Nurul Syuhada dan suami telah memilih untuk mencukur semua rambut Raja Aasiya Amaal. Sekali pandang ada iras macam anak ‘Mat Salleh’.
Sedap dan penuh makna
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nurul Syuhada atas kelahiran bayi perempuan tersebut dan memuji pemilihan nama itu.
Sebelum ini, Nurul Syuhada berkongsi yang dia telah selamat melahirkan anak keempat secara normal walaupun usia kandungan lebih 40 minggu. Dia juga bersyukur suaminya diberi kesempatan untuk memotong tali pusat dan melihat proses kelahiran ini.
Nurul Syuhada yang berkahwin 2014 telah dikurniakan tiga orang anak termasuk sepasang anak kembar. Kini dah lengkap kehidupan Nurul Syuhada kerana dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Kredit: Instagram Nurul Syuhada
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang tidak berbau. Tanpa kita jangkakan berlaku perkara yang tidak diingini seperti terkena patukan ular ketika di rumah.
Jika anak atau sesiapa sahaja di sekeliling kita yang terkena patukan ular jangan cemas, cuba lakukan langkah ini dan ada pesanan penting dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan buat semua.
Ikuti perkongsian beliau.
“Ini ularnya, doktor!” Lelaki itu sua seekor ular sepanjang 4 kaki. Bertempiaran beberapa orang petugas perempuan Jabatan Kecemasan melarikan diri dari lelaki itu. Ada yang terpekik, ada yang melatah. Kecoh di buatnya.
“Dah mati dah ular ni,” ujar lelaki berkenaan. Terpamer senyuman dibibirnya. Mungkin geli hati melihat gelagat petugas-petugas yang ketakutan itu.
Itu ular, biarpun dah mati, reptilia tidak berkaki tu tetap menakutkan. Bagi sesetengah orang, melihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk mendatangkan ngeri, apatah lagi jika ada fizikalnya di depan mata.
Saya ambil ular yang berada dalam plastik lutsinar itu dari tangan lelaki berkenaan. Sejujurnya, ada perasaan gentar dalam hati saya ketika ular itu bertukar tangan. Bimbang ia hidup semula. Namun bila sedar kepala ular berkenaan telah hancur ditetak, perasaan tu menlenyap.
“Anak saya macam mana, doktor?” Lelaki ini sebenarnya adalah bapa kepada seorang pesakit yang berada di zon merah. Anaknya yang berusia 3 tahun telah dipatuk ular ketika sedang tidur di lantai rumah dengan ibunya pada waktu malam.
Mereka hanya sedar apabila anaknya tiba-tiba terjaga dan menangis tak henti-henti. Tak boleh dipujuk. Mereka kemudiannya mendapati ada bekas patukan ular di tangan anaknya setelah memeriksa rapi. Paniklah jadinya.
Si ayah cuba beberapa kali menyedut keluar bisa dengan mulut. Tiada apa yang keluar. Setelah itu dia bingkas bangun dari katil dan pergi ambil tali untuk mengikat tali di lengan anaknya, sedikit di atas daripada bekas patukan. Kuat dia ikat.
Setelah itu dia terus memeriksa sekitar rumah untuk mencari keberadaan ular tu. Jumpa ular di dapur. Si ayah cuba tangkap ular itu, namun ia bukan kerja mudah memandangkan ular itu melawan dan asyik menyelinap ke sebalik kabinet dan barangan lain. Akhirnya di ayah berjaya membunuh ular itu, dan mereka segera ke hospital.
Sampai hospital daerah, doktor di sana terus merujuk kanak-kanak tu kepada hospital berpakar. Setelah buat apa yang perlu, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berpakar menggunakan ambulans. Perjalanan ambil masa 2-3 jam.
Sementara itu doktor di hospital berpakar pula sibuk menghubungi Dr K (nama dirahsiakan). Di Malaysia ni, beliau pakar perunding yang mahir mengenal pasti ular dan cara pengurusan patukan ular. Nak pilih beri rawatan yang berkesan, kena tahu ular apa yang patuk mangsa.
Ularnya ada, tapi jenis ular tu sukar dikenal pasti kerana telah hancur kepalanya ditetak. Lumat. Antara cara kenal pasti ular adalah melalui bentuk kepala dan warna kulitnya. Kalau kepala dah tak ada bentuk, pengecaman jadi sukar.
“Kami tengah kenal pasti ular patuk anak encik, dan tengah cuba dapatkan antivenomnya jika perlu.” jawab saya.
Tak semua patukan ular perlukan antivenom, kerana tak semua ular berbisa. Malah kebanyakan ular tak berbisa. Antivenom hanya diperlukan untuk rawat ular berbisa, dan ia mestilah berdasarkan spesis ular yang mematuk. Contohnya: ular tedung, antivenom lain dari pada ular laut.
“Apa masalahnya? Kan saya dah bawa ularnya!” tegas si ayah. Kelat rasa mulut nak beritahu kenapa kami alami sedikit kesukaran nak kenal pasti jenis ular tu. Silap cakap nanti, mesti dia rasa seperti kami ni meletakkan kesalahan pada dia. Aduh!
Berita baiknya, akhirnya kami dapat kenal pasti ularnya. Berita buruknya, ia ular berbisa dan perlukan antivenom dan urusan mendapatkannya agak lambat.
Kenapa lambat? Banyak faktor, tak mahu saya tuding jari pada mana-mana pihak. Namun, ada perkara yang kita boleh belajar dari insiden ini.
Jika ada sesiapa dipatuk ular, tak usah beriya-iya nak bunuh ular untuk ditunjukkan pada doktor. Ambil gambar. Lebih mudah dan cepat. Ambil lah beberapa keping gambar berlainan sudut (jika boleh).
Tak perlu sedut bisa dengan mulut, tak perlu ikat dengan ketat anggota yang dipatuk. Hanya perlu ambil gambar ular, perlu bertenang, kurangkan pergerakan anggota yang dipatuk, dan segera ke hospital.
Jika nak bawa juga ular, biarlah orang lain yang uruskan untuk tangkap ular tu. Yang utama bawa mangsa ke hospital dahulu, ular boleh bawa datang kemudian. Pengecaman akan dibuat melalui gambar dahulu.
Kisah kali ini, tak berakhir dengan kisah gembira. Ada kemudaratan kekal pada mangsa. Kanak-kanak tu alami masalah saraf dan otak. Terlantar sahaja, tak sedarkan diri. Jari di tangan yang patuk ada yang alami nekrosis (tisu mati).
Mohon kalian doakan kesejahteraan pihak yang terlibat.
Vaksin Pneumococcal untuk baby bawah 2 tahun. Dah ramai ibu bapa yang memahami kepentingan vaksin tambahan ini.
Tapi masih ramai yang keliru nak ambil yang mana? Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Kedua-dua jenis vaksin ini adalah vaksin jenis Conjugate, ia adalah vaksin dengan teknologi yang terkini, lebih baik dari vaksin jenis Polysacharide kerana vaksin Conjugate ini mengaktifkan memory T cell manakala vaksin Polysacharide tidak. Jadi vaksin Conjugate akan memberi antibodi kekal untuk sepanjang hayat.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos 7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos 12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos 24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos 24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Untuk pengetahuan anda, vaksin Pneumococcal ini telah dimasukkan sebagai vaksin wajib di kebanyakan negara Eropah, dan disebabkan itu kajian selepas vaksin tersebut dipasarkan dapat dilakukan dengan teliti kerana telah diberikan kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Jadi nak ambil yang mana?
Prevenar lebih mahal, namun memberi perlindungan yang terbaik dari segi jumlah strain Pneumococcal yang dilindungi, manakala Synflorix lebih murah tetapi memberi perlindungan yang hampir sama.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.