Kalau anak kecil mengalami masalah cirit-birit, muntah dan demam, tolong jangan pandang remeh kerana kalau dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan masalah dehidrasi. Mungkin bagi orang dewasa serangan penyakit tersebut adalah penyakit biasa dialami oleh sesiapa sahaja tapi tidak pada anak kecil bawah umur 5 tahun.

Ibu ayah yang mempunyai anak kecil bawah umur tersebut harap ambil perhatian dengan apa yang dikongsi oleh Dr Rusyainie Ramli ini.

ANAK DEHIDRASI?

Apa yang patut mak ayah tahu?

Statistik menunjukkan di Malaysia, salah satu penyebab kematian kanak-kanak di bawah usia 5 tahun ialah Acute Gastroenteritis (AGE).

Simptom-simptom AGE dalam kanak-kanak:
1. Cirit-birit
2. Muntah
3. Demam

IKLAN

AGE disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus atau bakteria pada sistem penghadaman.

Disebabkan simptom-simptom itu, kanak-kanak akan hilang air dan garam galian dari badan dan ini menyebab dehydrasi yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat dengan betul dan cepat.

Simptom-simptom dehydrasi yang mak ayah mesti peka:
1. Mulut kering
2. Bila anak menangis, air mata tak ada atau sedikit sangat
3. Mata nampak macam cengkung
4. Untuk bayi, ubun-ubun dia macam ke dalam
5. Lampin yang dipakai kurang jumlahnya dari biasa atau kurang kencing
6. Kulit nampak kering dan sejuk dari biasa
7. Merengek atau kelihatan tidak selesa
8. Kelihatan lemah dan tidak bermaya

Objektif dalam merawat dehydrasi ialah:
1. Menggantikan cecair badan yang hilang
2. Mengembalikan air dan garam galian badan ke tahap normal

NOTA PENTING!
MAK AYAH MESTI MEMBAWA ANAK YANG MENGALAMI SIMPTOM AGE KE KLINIK TERDEKAT UNTUK DIPERIKA OLEH DOKTOR!

KKM telah menyediakan garis panduan untuk merawat dehydrasi bergantung kepada tahap dehydrasi.

IKLAN

Tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami cirit birit dan muntah tetapi masih belum mempunyai symptom-simptom dehidrasi, biasanya doktor akan membenarkan kanak-kanak itu dirawat di rumah. Ini adalah dehidrasi ringan.

Sila lihat gambar yang telah saya sertakan untuk langkah-langkah yang mesti diikuti selepas doktor mengatakan anak selamat di rumah.

Untuk dehidrasi sederhana, doktor akan menilai situasi sama ada anak akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan atau dibenarkan pulang untuk dirawat di rumah.

IKLAN

Doktor akan memasukkan anak ke wad sekiranya didapati anak itu mengalami dehidrasi teruk.

Tanda-tanda dehidrasi teruk:
1. Terlalu lemah atau mungkin tidak sedarkan diri
2. Mata sangat cengkung
3. Mulut dan lidah terlalu kering
4. Anak menangis tetapi tiada air mata
5. Tak mampu nak minum pun
6. Kulit abdomen menjadi sangat kendur bila dicubit.

TOLONG JANGAN TUNGGU SEHINGGA ANAK SUDAH SANGAT LEMAH DAN TIDAK BERMAYA barulah mahu ke hospital.

Dehidrasi boleh dirawat!

Sumber: Rusyainie Ramli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI