Prihatin dengan keselamatan anak, penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat menasihati seluruh peminat dan rakan-rakan agar sentiasa memakaikan car seat keselamatan pada anak.
Paling membimbangkan kata Ayda lagi saat dia melihat ramai yang mengendong anak dan duduk selesa di kerusi hadapan kenderaan tanpa memikirkan risiko keselamatan dan nyawa anak.
Menerusi Insta Storynya, Ayda turut berkongsi nasihat agar tidak sekali-kali membiarkan anak tanpa car seat.
“Kalau sayang anak, bagilah anak duduk dekat car seat demi keselamatan si kecil.
“Percentage orang kita tentang kepentingan car seat ni memang rendah, kita jangan tergolong dalam kategori tu yang suka pegang baby sambil duduk depan atau ada je car seat tapi malas nak letak.
Ads
“Please dari kecil kena educate baby untuk duduk car seat. Okay itu sajalah,” tulisnya berkongsi.
Bukan sahaja pada anaknya, Ana Nayla yang memang diwajibkan memakai cat seat setiap kali keluar bahkan kata Ayda dek kerana bimbang, setiap kali melihat ada rakan-rakannya yang tidak memakaikan car seat pada anak, dia akan menghubungi dan berpesan supaya mengenakan car seat.
“Saya akan tengok sesiapa kawan yang ada baby tak duduk car seat, saya mesti dm and remind.
Ads
“Sebab saya sayang korang, thank you and goodluck,” kongsinya lagi.
Berkongsi cerita di Pa&Ma Gala Mom kata Ayda, sejak punya anak kecil dia semakin prihatin tentang keselamatan anak-anak kecil dan selain menjaga anaknya dari berjumpa dengan orang ramai, dia juga memilih untuk sentiasa memakaikan anak dengar car seat setiap kali keluar.
Biar sedikit mencabar pada mulanya, namun berbaloi demi yang tersayang!
Diam tak diam usia kandungan pelakon Mawar Rashid sudah pun berusia enam bulan. Mawar yang baru berhijab beberapa bulan lalu kelihatan cantik dan berseri-seri sejak kehamilan keduanya ini.
Terbaru menerusi instagram, suami kesayangan Mawar, Raf Yaakob memaklumkan kandungan isterinya, kini sudah pun mencecah enam bulan.
Malah menerusi entri itu juga, Raf turut memaklumkan kandungan isterinya dan anak di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Bukan itu sahaja, malah bapa penyayang ini juga memberitahu mereka kini sedang memikirkan nama anak.
“@mawarafjunior dah masuk enam bulan usia dalam kandungan Mekwa. Alhamdulillah so far semua okay, baby dan Mommy sihat je. Nama je masih duduk fikir-fikir lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Raf turut menambah malah mencadangkan warga maya berkongsi nama dengan pangkal huruf R buat bayi mereka kelak.
“Sekarang dah ada RAYYAN, RAYSAA & RAFAEL. Cuba korang cadangkan nama yang bermula dari huruf “R” for baby boy or girl,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac 2019. Raf turut mempunyai dua orang anak, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan bersama bekas isteri.
Semoga kehamilan Mawar dipermudahkan hingga proses bersalin kelak. Apa agaknya nama R yang paling sesuai untuk Mawar dan Raf?
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Percutian sekeluarga ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki 10 orang ahli keluarga hilang kawalan sebelum terbabas sehingga meragut n 7 nyawa. Hanya 3 orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Namun yang meruntun hati semua apabila anak sulung mangsa yang sedang di rawat di zon kuning bertanya tentang ibu bapanya.
Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
“Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tujuh sekeluarga maut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68. Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut maut dalam nahas itu.
Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.
“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?” Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, hari ini.
Katanya, kejadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands. Dia berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.
“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang arwah Mohd Zairul dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa,” katanya.
Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.
“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.
Dia berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadikan dalam satu liang lahad.
Muhammad Haziq Zikri yang terselamat patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
PUNCA KEMALANGAN
Mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Alza dipandu Mohd Zairul sebenarnya dalam perjalanan dari Cameron Highlands selepas pulang bercuti menghala ke Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
Kereta berkenaan seterusnya memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
Perodua Alza terbabit kemudiannya terbalik yang menyebabkan kesemua tujuh mangsa maut serta tiga lagi yang cedera parah terperangkap di dalamnya.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemui di Unit Forensik HRPB berkata, ketika kejadian berlaku ketika semua 10 mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.
Katanya, dia dengan Hazliza adalah sepupu yang mana semua mangsa yang menaiki Perodua Alza terbabit berasal dari Serdang, Kedah yang membabitkan dua kampung berbeza.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya tidak malu untuk memberitahu atau berkongsi dengan dunia semua masalah dan kesukaran yang perlu saya lalui untuk mendapat anak.”
Itulah kata-kata Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertitah pada majlis perasmian pusat fertiliti, Alpha IVF and Women’s Specialists di Encorp Strand Mall semalam.
Tunku Azizah bertitah semua kesukaran yang dialami membuat baginda memahami perasaan wanita atau pasangan lain apabila mereka tidak dapat memiliki anak mereka sendiri dan itulah yang menjadi pendorong untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Satu-satunya Permaisuri di dunia mempunyai 4 bayi IVF
“Sekarang, rasanya saya menjadi satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat bayi IVF (In vitro fertilization). Saya memutuskan untuk mempunyai yayasan fertiliti sendiri kerana mahu membantu semua wanita dan pasangan di luar sana yang tidak dapat melahirkan anak kerana masalah perubatan tertentu.
“Saya tahu bagaimana rasanya apabila tidak mempunyai anak, stigma yang kita ada mengenai wanita sentiasa dipersalahkan (untuk keadaan itu), tetapi ia sebenarnya adalah persamaan jantina,” titah baginda.
Semasa menzahirkan kesyukuran doanya dimakbulkan, Tunku Azizah juga berterima kasih kepada pasukan perubatan dan para doktor atas usaha mereka dalam memperkenalkan teknologi berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah, serta Pengasas dan Pengarah Urusan Alpha IVF and Women’s Specialists, Datuk Dr Colin Lee dan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Majlis itu juga menyaksikan pusat fertiliti itu memberi penajaan 15 rawatan IVF kepada TAFF.
Bantu Golongan B40 dapat anak bermula RM13,888
Sementara itu, pada sidang media, Dr Lee berkata pusat berkenaan menyediakan program Smart IVF untuk membantu pasangan dari golongan berpendapatan rendah (B40) yang menghadapi masalah untuk hamil.
“Kos program bermula dari RM13,888. Ini adalah bentuk IVF yang dipermudah yang efektif dan mempunyai kadar kehamilan kira-kira 50 peratus bagi mereka yang berumur di bawah 35 tahun. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan dari TAFF, ” jelasnya.
Dr Lee berkata semakin moden masyarakat hari ini, semakin tinggi risiko ketidaksuburan dan kesukaran untuk mereka hamil.
Dalam banyak kes, beliau berkata wanita di kawasan bandar kebanyakannya berkahwin selepas mencapai umur 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan kerana gaya hidup moden.