Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu.
Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Jadi bila susu dengan ikhlas dan kasih sayang maka akan membentuk hubungan yang erat, makanan yang berkhasiat dan anak akan melalui pembesaran yang baik.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Ads
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
Foto: Canva.com
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
Ads
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
Sebaiknya cari tempat yang khusus untuk ibu menyusu bagi mengelakkan fitnah. Menyusukan anak di dalam kereta boleh tapi pastikan aurat ibu sentiasa terjaga.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
Ads
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Ada ibu lepas bersalin secara pembedahan caesarean tak mandi langsung berhari-hari. Katanya takut luka pembedahan basah kena air. Nanti lambat baik.
Betul ke tak boleh mandi? Habis tu takkan nak biar badan berbau busuk berhari-hari tak mandi. Macam mana nak cepat sembuh bila badan sendiri pun berlengas dan tak selesa.
Siapa kata tak boleh mandi langsung. Mungkin ia mitos yang selama ini dimomokkan oleh orang dulu-dulu atau juga cerita pengalaman orang lain yang luka pembedahannya lambat sembuh disebabkan kerap terkena air.
Menurut Jururawat Terlatih, Bel Nawhen, ibu yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean boleh mandi cuma ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi bagi mengelakkan luka lambat sembuh.
Bila boleh mandi selepas caesarean section?
1) Selepas boleh bangun.
(Immediately selepas bius spinal telah lengkap) tapi janganlah beria mandi. Cukup bersihkan diri dan pastikan dressing tidak basah kuyup.
** Jika dressing basah, beritahu nurse awal-awal.
2) Selepas tiub kencing telah di cabut.
Ada sesetengah wad, mereka akan menguruskan ibu dahulu seperti menukar pad dan membenarkan ibu untuk ambulasi keesokan harinya selepas tiub kencing dicabut.
3) Selepas Wound Inspection.
Kebiasaannya pemeriksaan luka (Wound Inspection) akan dilakukan keesokan harinya. Anda boleh mandi selepas itu jika anda bimbang dressing basah.
• Anda perlu ambulasi seawal mungkin bagi mengelakkan deep vein thrombosis (darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki) – Jika tidak dirawat, ia akan pecah lalu berlaku pulmonary embolism (salur darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku itu)
• Jika sakit di kawasan pembedahan, ampu kawasan luka dengan bantal.
• Jika batuk atau bersin (cara sama seperti di atas)
• Pakai seluar dalam sedikit besar atas pusat agar tidak memberikan tekanan ke bahagian luka.
• KERINGKAN luka selepas mandi atau berpeluh yang banyak.
• ELAKKAN sembelit, kerana sembelit akan menyebabkan tekanan dikawasan luka lalu menyebabkan kesakitan.
• Makan makanan tinggi protein bagi menggalakkan penyembukan luka dan pertumbuhan tisu baru.
Notakaki:
Menjaga kebersihan diri merupakan suruhan agama. Pembedahan bukan alasan untuk tidak mandi atau culas menjaga kebersihan diri.
Bayi ini mengalami ekzema yang teruk dengan simptom kulit kering dan kegatalan. Mungkin kerana tidak selesa, badan digaru sehingga berdaran. Adik Thaqif Arjuna ialah anak kecil ketiga yang dibantu Datin Paduka Eina Azman.
Keprihatinan Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet menarik perhatian netizen. Dia juga mengakui ekzema yang dialami oleh Thaqif ini lebih serius berbanding dua adik beradik yang telah dibantunya sebelum ini iaitu Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy.
MENGETAHUI TENTANG THAQIF MELALUI DM DI INSTAGRAM
eina_azman Salam semua… Pertama sekali Eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba-hamba Allah yang banyak DM Eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal Thaqif sakit masa Eina di Langkawi.
LAWATI THAQIF DI PULAU PINANG
So daripada Langkawi 26 November 2018 baru-baru ni Eina dan suami decide untuk pergi melawat baby Thaqif dan ibunya @atieatyra di Penang.
BUAT KEPUTUSAN BAWA THAQIF MENDAPATKAN RAWATAN DI KL
So selepas melawat dan berbincang kami decide nak bawa Thaqif datang ke KL untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit.
DOKTOR NASIHATKAN JANGAN LUPA UBAT
Alhamdullilah hari ni Thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insya Allah Thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal?
GARU BADAN SAMPAI BERDARAH
To be honest kes kali Eina rasa lagi teruk??? Thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah?
SUSAH NAK TIDUR KERANA PEDIH SATU BADAN
Sayunya hati tengok Thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya Allah ringan kan lah segala sakit yang Thaqif rasai.
AKAN MENANGGUNG KOS PERUBATAN THAQIF
Insyallah saya n suami akan tanggung perubatan Thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in di number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua…. ??????
NETIZEN PUJI KEPRIHATINAN DATIN PADUKA EINA AZMAN & SUAMI
Netizen memuji keprihatinan ibu bapa kepada Karl Kareef & Arianna Aubrey ini. Masing-masing mendoakan kesembuhan buat adik Thaqif dan kemurahan rezeki Datin Paduka Eina & suami.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.