Fitrah kanak-kanak sememangnya untuk bermain. Jangan disekat kerana itulah fitrah mereka ketika melalui waktu kecil yang panjang.
Maka bantulah anak-anak untuk menjadi lebih indah di waktu kecilnya. Jangan dibiarkan minda anak kesunyian apa lagi disaratkan dengan pelbagai akademik yang bukan masanya.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan untuk mak ayah.
1. Terlalu “pushy” dalam akademik hingga abaikan waktu bermain anak
Ads
2. Larang anak bermain sebab nak dia belajar sepanjang masa
3. Terlampau penuhkan jadual harian dia dengan belajar hingga anak tak diberi langsung masa untuk bermain
4. Nak sangat anak cepat dewasa hingga anggap waktu bermain tu suatu yang “childish” untuk anak
Ads
5. Bagi terlampau banyak tanggungjawab & beban pada anak hingga anak hilang minat untuk bermain
6. “Kurung” anak dalam rumah sepanjang masa hingga anak tak boleh keluar langsung untuk bermain. Carikan kejiranan yang selamat untuk anak kalau memang kejiranan tu bahaya untuk dia
7. Sibuk sangat mengadap handphone sampai lupa nak bermain dengan anak. Wahai ayah, tahu tak anak kita dapat “peak of oxytocin” ketika bermain bersama ayahnya.
Ramai ibu bapa terlalu fokus pada akademik hingga terlupa perkembangan anak bukan hanya bergantung pada buku, latihan dan peperiksaan semata-mata. Hakikatnya, otak anak berkembang lebih optimum apabila mereka diberi peluang meneroka kreativiti sejak kecil.
Aktiviti seni sering dianggap sekadar cara untuk mengisi masa lapang atau hiburan biasa. Namun, di sebalik contengan warna, nyanyian, lakonan dan penulisan, sebenarnya ada proses penting yang sedang berlaku dalam perkembangan otak anak.
Daripada membantu meningkatkan fokus, merangsang imaginasi, mengawal emosi hinggalah membina keyakinan diri, seni memainkan peranan besar dalam membentuk anak yang lebih seimbang dari pelbagai aspek.
Mari lihat bagaimana empat jenis aktiviti seni ini mampu memberi impak besar terhadap perkembangan minda dan prestasi anak.
1. Seni Melukis, Mewarna dan Merekacipta
Aktiviti seperti melukis dan mewarna mungkin nampak biasa, tetapi kesannya sangat luar biasa. Apabila anak memegang pensil warna atau berus lukisan, mereka sebenarnya sedang mengaktifkan pelbagai bahagian otak.
Proses memilih warna, membentuk objek dan mencipta sesuatu dari imaginasi membantu meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Anak juga belajar untuk fokus dan memberi perhatian lebih lama.
Lebih menarik, aktiviti ini membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata, yang sangat penting untuk perkembangan motor halus mereka.
2. Seni Muzik dan Alatan Muzik
Muzik mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap otak. Apabila anak terlibat dengan muzik sama ada menyanyi atau bermain alat muzik, otak kiri dan kanan akan bekerja secara serentak.
Ini membantu meningkatkan daya ingatan, fokus dan keupayaan memahami pola. Anak yang terdedah kepada muzik juga cenderung mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik.
Selain itu, muzik juga membantu mengawal emosi. Anak belajar menenangkan diri, mengekspresikan perasaan dan menjadi lebih sensitif terhadap persekitaran mereka.
3. Seni Kesusasteraan dan Penulisan
Membaca cerita, menulis atau bercerita adalah bentuk seni yang sangat berharga. Aktiviti ini membantu anak mengembangkan imaginasi dan kemahiran berfikir secara abstrak.
Apabila anak menulis atau mencipta cerita, mereka belajar menyusun idea, memahami emosi dan membina jalan cerita. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal.
Selain itu, kesusasteraan juga membantu anak memahami perspektif orang lain, menjadikan mereka lebih empati dan matang dari segi emosi.
4. Seni Persembahan Teater dan Ekspresi
Aktiviti seperti berlakon, bermain peranan atau bercakap di hadapan orang ramai membantu anak membina keyakinan diri. Mereka belajar mengawal bahasa tubuh, intonasi suara dan ekspresi wajah.
Ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi, tetapi juga membantu anak menjadi lebih berani dan yakin dalam menyampaikan idea.
Seni persembahan juga mengajar anak untuk bekerjasama, memahami peranan dan menghormati orang lain—kemahiran sosial yang sangat penting dalam kehidupan.
Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Serius?
Perkembangan otak anak bukan hanya bergantung kepada buku dan peperiksaan. Ia memerlukan rangsangan yang pelbagai, termasuk kreativiti dan ekspresi diri.
Anak yang terlibat dengan aktiviti seni biasanya:
* Lebih fokus dan mudah belajar
* Mempunyai daya imaginasi yang tinggi
* Lebih stabil dari segi emosi
* Mempunyai keyakinan diri yang lebih baik
Seni memberi ruang kepada anak untuk menjadi diri sendiri tanpa tekanan. Dalam dunia yang semakin kompetitif, kemahiran seperti kreativiti, komunikasi dan empati adalah aset yang sangat bernilai.
Kesimpulan
Jangan pandang rendah pada aktiviti berseni. Ia bukan sekadar hobi, tetapi satu alat penting dalam membentuk otak anak yang lebih cerdas dan seimbang.
Sebagai ibu bapa, berikan peluang kepada anak untuk meneroka dunia seni dalam pelbagai bentuk. Tak perlu mahal atau kompleks, cukup sekadar ruang untuk mereka mencuba, bermain dan berkarya.
Kadang-kadang, di situlah sebenarnya bermula perkembangan luar biasa seorang anak.
Isteri, suri penyeri di rumah kita. Dia lah penceria dan rasa bahagia kalau di rumah. Jadi biarkanlah suri hati kita belajar menceriakan dirinya ketika penat melampau menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Malah menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, para isteri harus belajar untuk mencari kegembiraan dengan melakukan hobi sendiri.
Semua ini menjadikan tangki emosi isteri kita lebih bahagia dan ceria. Jadi biarkan sekali sekali isteri dengan hobinya.
“Tak rasa loser ke jaga anak supaya bini boleh tunaikan hobi?”
“Saya sebenarnya perhati je kebanyakan mak mak ni bila dia buat kerja yang sama je setiap hari dia mai datang rasa tepu.
Sebenarnya rasa tepu tu permulaan burnout lah tu cuma tak ramai mak mak ni dia sedar benda ni.
“Tiap hari lipat kain, siapkan sarapan, cuci pinggan, tidurkan anak, mop lantai, jaga anak, jaga suami dan benda yang sama je berulang ulang daripada awal kahwin sampai lah ke penghujung usia. Tak kata salah pun.
Cuma bila tak ada unsur ‘playful’ dalam hidup dia akhirnya dia akan terbentuk satu beban dalam diri dia. Mula mula kecil, makin hari makin besar. Makin hari makin berat.
Sebab tu saya selalu cakap pada mak mak ni “find your own hobby, find your own passion”
It’s okay to be a mother. Tapi awak kena tahu awak dulunya adalah kanak kanak riang yang penuh kebahagiaan. Melompat ke sana ke sini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di mana ‘si anak’ tu sekarang? Di mana?
Sekali lagi saya ulang “it’s okay to be a mother. Tapi jangan sampai awak hilang diri awak sendiri. Deal? “
Bila usia makin meningkat, keutamaan hidup pun mula berubah. Itulah yang dialami oleh pelakon, penyampai radio dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera. Kalau dulu namanya sinonim dengan dunia hiburan dan jadual kerja yang sentiasa penuh, kini beliau memilih untuk memberi tumpuan pada apa yang benar-benar penting — keluarga.
Kehadiran cucu pertama, hasil perkahwinan anak sulungnya, Allisya dan Sham menjadi satu titik perubahan besar dalam hidup beliau, satu fasa baru yang penuh dengan rasa syukur dan kebahagiaan.
Menurut Shiera, cucu bukan sahaja membawa senyuman ke rumah, tetapi juga mencetuskan satu rasa yang sukar digambarkan — rasa sayang yang mendalam dan keinginan untuk meluangkan lebih banyak masa dengan orang tersayang. Rutin hariannya kini jauh lebih tenang, namun setiap detik terasa lebih bermakna.
Daripada seorang wanita yang dahulu ligat ke sana sini, kini beliau lebih senang berada di rumah biarpun masih sibuk dengan kerjaya, melayan kerenah cucu sambil menikmati suasana keluarga yang harmoni.
Menurut suami Shiera, Ijoy Azhari, memegang gelaran Datuk semestinya tanggung jawab yang berat. Tidak mudah untuk menjaga seorang cucu. Untuk sama-sama merasai keseronokan menjaga Moana, Sheera akan menjaga cucu mereka pada waktu siang manakala Ijoy mengambil giliran semasa malam.
“Berat tittle Datuk ni sebenarnya. Berat.. Cabaran dia, pukul tiga pagi pun dia buat hal,” ujar Ijoy. Menurut Shiera lagi, cucu mereka tidak menggunakan buaian, jadi suaminya akan dukung dan bawa Moana berenjut dengan turun naik tangga.
Ketika ditanyakan antara momen yang tak dapat dilupakan sepanjang membesarkan anak-anak, mereka berdua mengatakan sehingga sekarang anak bongsu mereka, Adeena masih tidur bersama. Tambah mereka lagi, anak bongsulah yang paling manja dan suka bersolek. Selain itu, Adeena juga agak cemburu apabila kedua ibu ayahnya melayan Moana.
Yang menariknya, beliau tidak merindui kehidupan lamanya. Malah, ibu kepada lima orang cahaya mata ini menyambut fasa baru kehidupannya dengan hati yang terbuka. Bagi Shiera, inilah kebahagiaan sebenar — melihat anak-anak membesar, menyaksikan kehadiran generasi baru, dan berkongsi kasih sayang tanpa syarat. mereka menikmati kehidupan yang lebih sederhana, tetapi kaya dengan emosi dan kenangan.
“Enjoy kehidupan sebagai ibu, doakan anak membesar dengan baik. Jadi anak yang soleh dan mendengar kata . Juga kena sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain,” pesan Shiera kepada Allisya.
Tonton video Shiera ini:
Perubahan ini juga mengajar kita sesuatu — bahawa tak semestinya bahagia itu datang daripada pencapaian besar atau pujian orang luar. Kadangkala, ia hadir dalam bentuk yang paling ringkas: pelukan cucu, gelak tawa di ruang tamu, atau waktu senja yang dilalui bersama keluarga. Kita mungkin terlepas semua tu kalau terlalu sibuk mengejar ‘kejayaan’ dunia.
Dalam diam, ramai di antara kita yang juga sedang mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Dan mungkin, seperti Shiera, kita akan sedar suatu hari nanti — yang paling berharga dalam hidup bukanlah apa yang kita miliki, tapi siapa yang kita ada di sisi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.