Bab merancang dan menghad bilangan anak memang isu yang agak sensitif bagi sesetengah orang. Ramai beranggapan soal anak biarlah Tuhan yang tentukan.
Kalau saban tahun mengandung, tentu badan seorang isteri pun tak sempat nak sembuh sepenuhnya. Jadi bagi memastikan kesihatan tubuh badan dan emosi isteri tidak terjejas, suami kenalah pertimbangkan hal merancang keluarga ini.
Jururawat berpengalaman Puan Nor Azniza berkongsi beberapa hal penting yang mungkin tak terfikir di fikiran kita. Bukan kuantiti anak yang patut diutamakan tetapi kualititi anak-anak yang ada.
Wajib merancang dan menghadkan jumlah anak jika:
Lahirkanlah anak-anak yang berkualiti bukan kuantiti. Jangan kerana anak ramai berderet, menyebabkan depress, anak-anak jadi mangsa marah-marah hingga tercalar emosinya
Siapa yang penyabar dan mampu untuk menyediakan kelengkapan di atas teruskan la punya anak-anak yang ramai.
Kepada yang tidak mampu, jangan la membawang mereka. Keluarga mereka hak mereka. Tak perlu campur tangan hal keluarga mereka. Plan lah jumlah keluarga masing-masing jangan sibuk plan kan keluarga orang lain.
Kita biasa mendengar tentang doa. Yang paling biasa dilakukan ialah selepas solat atau tatkla melalui saat-saat yang sukar. Namun begitu, Kuasa Doa juga boleh dilahirkan melalui 4 saluran: hati, pemikiran, perkataan dan perbuatan. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dengan 4 perkara ini agar kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Doa Melalui Hati
Ini adalah niat kita dalam melakukan sesuatu. Contohnya, jika niat kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerana Allah dan demi kasih-sayang kepada keluarga, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa tersebut dengan menjadikan tugas kita ringan, malah menyeronokkan.
Contohnya, apabila kita memasak, kita rasa seronok dan puas melihat keluarga ceria makan bersama, kerana kasih-sayang banyak disalurkan melalui makanan. Begitu juga apabila kita menunjuk-ajar sesuatu kepada anak, kita akan melakukannya dengan sabar dan penuh belas kasihan.
Doa Melalui Pemikiran
Ini bermaksud kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan optimistik, bukannya negatif dan pessimistik Jika kita sentiasa berfikiran buruk tentang anak kita, maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita yakin dan percaya akan kebolehan mereka, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa kita dengan mengurniakan anak yang pandai, bertanggungjawab dan berdikari.
Doa Melalui Perkataan Yang Indah
Perkataan ibu bapa adalah doa. Oleh itu, jauhilah dari bercakap dengan bahasa yang biadap, kasar dan menjatuhkan maruah mereka. Sebaliknya, gunakanlah perkataan yang baik seperti “Bertuahnya anak ibu!” walaupun tatkala sedang marah.
Jauhi dari melabel mereka dengan perkataan negatif kerana takut nanti ianya akan cepat dimakbulkan Tuhan.
Doa Melalui Perbuatan
Rajinlah membantu orang lain kerana ia seolah-olah kita berdoa “Aku dah cukup bahagia sehingga aku mampu membantu orang lain pula.” Begitu juga apabila kita bersedekah, ianya seolah doa “Aku kaya!”.
Allah akan pasti memakbulkannya dengan memberikan kita lebih kebahagiaan dan kekayaan. Wallaahua’lam.
Hidup berumahtangga banyak cabaranya, tak semuanya indah tak semuanya manis. Ada kala datang ribut melanda menguji kesabaran pasangan suami isteri.
Bagi yang dah lama mendirikan rumahtangga, erti sebenar romantik bukan hanya pada pandangan mata atau kata-kata pujian yang manis tapi haruslah disertakan dengan perbuataan, kesungguhan dan keikhlasan. Ramai yang memilih untuk memiliki pasangan yang rajin berbanding pasangan yang hanya tahu menberikan kata-kata manis tapi langsung tak membantu.
Budak-budak zaman now duk up pasal suami Mira Filzah duk tenung muka dia sepanjang waktu tu ramainya aku tengok belum kahwin.
Mungkin banyak tengok drama korea barangkali.
Sedangkan aku rasa depa tak tau makna sebenar romantik. Nanti dah kahwin baru tau. Walaupun suami kau tak pernah tenung muka kau selalu-selalu, tapi:
1. Dia rajin tolong basuh baju, tolong angkat baju, tolong sapu, tolong basuh pinggan dan apa saja yang kau mahu tanpa perlu kau ulang suruh bertalu-talu.
2. Bagi duit belanja tiap-tiap bulan suruh beli lauk pauk supaya kau senang nak masak. Tapi tak kisah pun bila kau order Grab Food atau pun ajak kawan tu yang baru balik kerja pergi makan pulak kat kedai mamak.
3. Dia sabar je melayan segala karenah birokrasi dan isu politik dalam keluarga kau yang penuh suka duka, hanya sebab tak mahu kau bersendiri menahan luka dan rasa kecewa.
4. Dia boleh je ikut cakap kau nak ke sini ke sana, melayan kehendak masuk kedai emas lah, kedai kain lah, kedai handbag lah, ke mana lah, sebab dia tahu itu kiranya cara kau melepas lelah.
5. Dia kadang tak beli apa pun untuk diri sendiri, pakai barang buruk, pakai benda lama, sebab dia rasa seronok dapat berkorban duit beli kan kau barang berjenama.
6. Dia tak pernah soal kalau kau minta order barang kat Shoppee tanpa nak kata barang tu ada lagi, barang ni tak pakai lagi, sebab dia tak suka tengok muka kau muncung macam itik serati.
7. Dia sanggup buat 2-3 kerja, kadang rehat pun tak tentu masa sebab dia tak kisah susahkan diri dia janji boleh bina hidup yang senang untuk kau sekeluarga.
8. Dia sanggup naik motor preh…preh buruk dia pergi kerja berpanas berhujan. Tapi bagi kau naik kereta yang dia bayar bulan-bulan, asal saja terjamin kau punya keselamatan.
9. Dia tak kisah dulu kau saiz XS masa mula berkenalan, sekarang dah nak dekat XXL pun dia tak komen sembarangan sebab taknak kau nanti rasa sedih terluka perasaan.
10. Dia rela je telan segala benda yang kau masak, tak pernah kata tak sedap tak pernah kata taknak, sebab nak jaga emosi halus kau dari tiba-tiba tersentak.
11. Dia boleh tolong tengok dan urus anak bila kau minta nak rehat sejenak, sebab dia tahu urusan rumah tangga ni bukan hanya terletak di atas kau punya bahu.
Lagi satu…
Yang ditenung tu Mira Filzah dik. Mira dik. Filzah dik. Mira Filzah. Mira Filzah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.