Sebagai ibu bapa pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari sepanjang mendidik anak. Didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Moga apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mohd Elyas Ismail ini dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang baik untuk-anak. Lebih-lebih lagi dalam membentuk anak yang degil dan tak mahu dengar cakap.
Anak degil salah siapa? Tak ada lagi insan di muka bumi ini lahir-lahir terus jadi degil. Lahir terus jadi baik, memang tak ada. Tak boleh tiba-tiba.
Mesti ada yang mendidik dan mengajar. Orang kata rumah tempat membina watak, sekolah tempat membina otak. Samada otak atau watak keduanya ini memainkan peranan yang penting.
Ads
Apa punca anak degil dan tak nak dengar cakap? Ada punca dan sebabnya. Pertama sekali puncanya mungkin kerana didikan itu sendiri. Anak belajar melalui apa yang dia nampak.
Seorang suami atau isteri ada bergaduh, anak tengok dan ini mungkin punca buat anak degil. Ini contoh.
Yang kedua mungkin kerana didikan terhadap mereka. Anak-anak ini kalau segala yang dia mahu kita ikut saja semuanya, pun boleh jadi sebab anak degil. Orang panggil besar kepala.
Ads
Yang ketiga mungkin juga kawan-kawan dia, atau melalui filem dan drama yang menunjukkan contoh negatif. Jadi pemilihan kawan ini pun penting.
Ada empat perkara untuk kita didik anak, agar tak jadi anak yang degil.
1. Jangan ajar anak berbohong
Apa saja bentuk penipuan, elakkan sama sekali. Bimbang didikan ini beri kesan pada anak.
2. Jangan ajar anak mencuri
Walau sekecil-kecil perkara di sekeliling kita yang menjurus kepada mencuri atau menyalahkan hak orang lain, elakkan. Selalu berlaku tanpa sedar.
3. Larang anak caci maki
Bila anak kita cakap yang bukan-bukan, elakkan sama sekali.
4. Jangan ajar anak tiru benda tak baik
Apa sahaja yang anak tonton di televisyen atau telefon, bantu dia untuk kenal pasti baik dan buruk. Jangan meniru benda yang tak elok. Betulkan kalau anak buat segera!
Selalu orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak, kita perlu ulang banyak kali, barulah anak ingat, barulah anak buat. Saya dah letih berleter, kadang-kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga. Tidak disuruh, tidak dibuat.”
KENAPA KITA BERLETER?
*Ada yang berleter kerana kita juga dileteri suatu masa dahulu. Itu sudah menjadi budaya dan amalan keibubapaan dalam keluarga.
*Ada yang berleter sebab tidak tahu cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.
*Ada yang berleter untuk memberi arahan kepada anak yang tidak mahu patuh.
*Ada yang ingin menunjukkan kuasa dan otoriti walaupun berleter itu seringkalinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
*Ada yang berleter sebab rasa panik, kaget dan bersalah dengan diri sendiri. Untuk menutup kegusaran itu maka leteran digunakan.
*Ada yang takut anak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan maka cara yang terbaik adalah berleter untuk menutup rasa tidak selamat yang dirasakan.
Kebanyakannya berleter kerana itu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ‘memaksa’ anak menurut kata tanpa perlu banyak usaha dan perancangan.
Adakah leteran berkesan untuk jangkamasa panjang? Selalunya tidak. Ia hanya berkesan ketika saat itu saja. Perangai yang sama akan diulangi. Anak akan menunggu leteran sekali lagi. Selagi tidak dileteri, selagi itulah perbuatan yang sama diulang. Perbuatan diulang, berleter lagi. Berleter lagi, perbuatan diulang. Ia menjadi satu kitaran yang tidak sudah, tidak efektif dan tidak produktif. Leteran akhirnya menjadi irama dan lagu yang hanya membuai dan mendodoikan tanpa kesan pada anak.
KENAPAKAH LETERAN TIDAK BERKESAN?
Leteran adalah proses mencari silap bukannya proses memperbetulkan kesilapan. Ia hanya memfokuskan pada apa yang buruk dan apa yang salah pada anak sahaja. Pernahkah dalam leteran itu kita selitkan perkara yang positif yang dilakukan anak? Tidak bukan? Ataupun jarang-jarang sekali.
Selalunya kita hanya semburkan apa yang negatif sahaja seolah-olah tiada langsung yang baik pada anak. Selalunya kita guna istilah yang ekstrim.
“Kamu tidak pernah….”
“Selalu macam ni…”
”Dah berapa kali dah…” semua yang ekstrim negatif sahaja dan langsung tidak ada yang positif.
Anak akan berhenti mencuba untuk berubah dan menjadi baik kerana usaha kecil mereka tidak ada nilainya di mata ibubapa di kala berleter.
Kaedah yang lebih efektif untuk membentuk tingkah laku yang baik adalah bukannya mencari silap tetapi mencari kebaikan. Semakin banyak kebaikan yang kita cari, semakin banyaklah kebaikan yang akan kita lihat dalam diri anak. Ini adalah kitaran positif yang efektif.
Dalam leteran itu juga kita berkemungkinan membuat andaian yang tidak betul dan tuduhan yang melulu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu. Ini juga amat mengecewakan anak yang dileteri.
Mungkin harapan kita terlalu tinggi dan anak tidak dapat mencapainya dengan mudah.
Mungkin persekitaran tidak kondusif untuk fizikal anak melakukan apa yang diharapkan.
Mungkin anak tidak faham arahan yang disampaikan kerana cara komunikasi kita tidak kena dengan anak.
Jika inilah sebabnya, maka tidak hairanlah leteran kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tuduhan dan andaian tidak akan terkesan di hati. Ia hanya menyakitkan hati.
APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?
Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.
Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.
Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.
Kita harus berusaha menjadi ibubapa proaktif yang bersedia sebaik mungkin dengan segala kemungkinan dan bukannya menjadi reaktif dengan leteran dan hukuman yang tidak efektif untuk mendidik.
Pastikan sistem pendidikan di rumah adalah yang terbaik untuk anak menjadi seorang manusia.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak perlu dibiasakan untuk tidur sendirian. Bukan sahaja privacy untuk mak ayah bahkan membiarkan anak berdikari adalah yang sebaiknya. Lebih-lebih lagi bila usia anak menginjak ke tujuh tahun.
Soalnya bukan mudah. Cubalah macam mana cara pun, seringkali gagal. Bagaimana nak didik anak tidur sendiri? Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi lima tip untuk mak ayah. Simple!
Anak tak pandai nak tidur sendiri ?
Walau kemahiran lain dia mahir,
– boleh makan sendiri
– boleh mandi sendiri
– boleh pakai baju sendiri
– boleh berak di toilet sendiri
– boleh mengemas sendiri
– boleh main sendiri
Tapi sampai masa nak tidur, mesti nak berkepit celah ketiak kita baru dia boleh tidur. Relax ye ibu ayah!
Jangan sesekali kita cakap anak penakut, tak berani atau mengada-ngada.
“Dah besar pun mengada-ngada nak tidur celah ketiak!”
Aduh, ayat begini tak membantu tapi buat anak makin jadi hantu. Makin susah la dia nak boleh tidur sendiri.
Yang sebenarnya kalau kita faham keperluan anak untuk tidur pasti kita senang.
1 – Anak perlu rasa selesa
Celah ketiak kita dia senang tidur sebab bau ketiak kita buat dia rasa selesa. Jadi buat la anak rasa selesa di katilnya, bantal selesa, tilam selesa, suasana bilik selesa dan serba serbi selesa baru la dia selesa nak tidur sorang-sorang.
2 – Anak perlu rasa selamat
Badan rasa selamat baru keluar hormon melatonin ( hormon tidur ). Kalau anak takut gelap, jangan paksa tidur dalam gelap. Memang tak lena la dia.
Kita pun jangan la mula drastik terus paksa anak tidur asing bilik terus.
Boleh mulakan dengan asing katil dahulu, dalam bilik yang sama tapi lain-lain katil. Sedikit demi sedikit baru upgrade asing bilik pula.
3 – Anak perlu rasa mengantuk
Bukan anak je, orang tua pun kalau tak mengantuk 30 minit terkebil kebil atas katil tak boleh tidur. Banyakkan aktiviti sebelum tidur yang boleh mengalakkan proses mengantuk.
Contohnya baca buku, bercerita, borak-borak dengan anak. Apa sahaja yang boring buat je, mudah tidur lepas tu.
Lagi satu, elakkan makanan berat atau bermain yang terlalu lasak dengan anak sebelum waktu tidur. Makin segar dia jadinya.
4 – Anak perlu rasa letih
Satu lagi faktor anak susah nak tidur ialah dia masih bertenaga. Kanak-kanak ni dia boleh comsume tenaga dari otak sehingga 60% banyaknya. Selagi otak dia ada idea selagi itu la dia masih bertenaga. Haish.
Sebab tu la digalakkan sangat kat semua ibu ayah untuk bawa anak keluar buat aktiviti di luar rumah setiap petang untuk salur keluar tenaga dia tu. Jika petang tu dia puas bermain, letih sampai habis tenaga dia, insyaAllah lepas isyak comfirm dia dah mula mengantuk.
5 – Anak perlu rasa tenang
Akhir sekali, anak kena rasa tenang dan aman baru la otak dia mudah nak masuk ke fasa deep sleep.
Sebelum tidur elakkan marah-marah dan jerit-jerit pada anak. Sebaiknya peluk, cium, maafkan dan ucapkan love you. Itu lebih baik.
Waktu tidur pun kalau boleh konsisten setiap hari. Jangan kejap cepat, kejap lambat. Ada 5 benda ni, senang la anak kita nak tidur sendirian nanti.
Pelakon, Diana Amir menerusi instagramnya meluahkan bukan senang untuk bercuti tanpa pasangan dan membawa anak-anak yang masih kecil. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi dengan anak yang sedang membesar dan lasak.
Dia bersama anak-anaknya sedang bercuti di Istanbul, Turkey. Menurutnya lagi, “Jangan takut untuk bertebaran di bumi Allah hanya kerana rasa susah menjaga anak kecil, Insya Allah ada ganjaranya nanti”
Budak plg unpredictable during this journey, skjap gelak plg comel di dunya , skjap jerit plg urmm.. sis lost my cool kadang2
but why am I complaining, she is only 2, Khawlah dah sgt senang nak handle because she is 4, dia dah pandai interact and understand the consequences of her actions, Khalid pula baby so die just nangis sikit2 kalau lapa or need his pampers changed.. .
Khadija? This girl? hahahaha masih dlm stage tantrum so sis kena banyak sabar.. I need to recollect myself and give myself a pep talk to gain sanity
Travelling w kids is not an impossible mission, but we have to acknowledge its not easy esp when your partner couldn’t join the trip. cut yourself some slack, and most important is to enjoy the trip. My husband forecasted the trip and left me this advise before we departed “ it’s not gonna be easy, but remember to have fun and just enjoy the journey”. A handsome and wise man indeed
Rata-rata bersetuju denganya. Tidak ramai yang mampu bercuti tanpa pasangan dengan membawa anak yang sedang membesar dan lasak.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.