Soal anak adalah satu perkara yang cukup sensitif dalam sesebuah rumah tangga. Lambat dapat anak adalah menjadi perkara yang cukup sensitif untuk dibicarakan. Hati boleh jadi kecewa dan marah bila sering diajukan soalan sebegini kerana jawapan rezeki anak bukanlah di tangan kita. Semuanya bergantung kepada rezeki Allah.
Perkongsian bapa ini, Firdaus Shakirin banyak benarnya. Dalam rumah tangga, jangan hanya menyalahkan isteri sahaja bila kita lambat dapat anak. Baik suami atau isteri, sama-sama mainkan peranan yang besar untuk menentukan isteri hamil. Pun begitu semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Jadi suami, rakan-rakan dan saudara mara janganlah hanya menuding jari pada isteri.
Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita tapi Allah tak janji yang bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak. Allah tak janji.
Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dengan adanya anak, hidup kita lebih sempurna tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia.
Ads
Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yang sangat menyentuh hati, dapat membuatkan mereka yang belum dapat anak lagi terasa bila diajukan soalan begini. Namun jangan salahkan isteri semata-mata jika kita belum lagi dapat anak.
Sebab?
Ads
Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif. Banyak perkara yang berhubung rapat dan saling berkait dengan kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya.
Ads
Don’t put the blame on women only…
Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik-makcik bawang. Asal lambat dapat anak je, mesti isteri yang kena, asal tak dapat anak je, isteri tu mandul, seolah-olah penyebab utama itu 100% dari isteri sahaja. Baik lelaki dan wanita, dua-dua ada potensi untuk mengalami masalah kesuburan. Jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan, jangan ego, jangan salahkan isteri dan jangan berbalah menuding jari.
Jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, maka bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak pada anda. Allah akan bagi bila anda bersedia, perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kepada Allah dan selebihnya berserah.
InsyaAllah, hanya masa yang akan menentukan segalanya…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Intan Ladyana sebak, anak sulung masuk sekolah,”Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready.” Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.
Intan Ladyana Sebak, Anak Sulung Masuk Sekolah
Ini tidak terkecuali dengan pelakon dan pengacara Intan Ladyana. Ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja yang kini berusia tiga tahun menghadiri hari pertama sesi persekolahan tadika, Intan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir laju.
“Anak Mommy Dah Ready, Mommy Yang Tak Ready”
Melalui entri di laman Instagram Story, Intan berkongsi momen anak pertamanya itu sudah bersedia untuk ke sekolah.
“Anak mommy dah ready, cuma mommy dia yang tak ready,” kongsi Intan.
Kelihatan Evie comel dengan pakaian seragam sekolahnya. Paling mencuri perhatian warga maya ialah situasi di mana Intan sebak dan menitiskan air mata ketika menghantar Evie ke sekolah.
Tidak hanya Intan, Haris juga turut berkongsi momen anak sulungnya memasuki alam persekolahan.
“Drama di pagi hari. First day Evie pergi school. Dia smile tapi mommy dia pula tak smile,” tulis Haris di ruangan kapsyen.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif pada 5 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang kini berusia lapan bulan.
Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi dari kecil memang ibu bapa perlu menerapkan pendekatan dan juga didikan yang baik untuk anak-anak. Siapa tahu suatu hari nanti merekalah yang bakal menjadi pemimpin yang mentadbir negara dan membela bangsa dan negara.
Seorang bayi berusia tujuh bulan ‘dilantik’ menjadi Datuk Bandar Kehormat Whitehall di Texas, Amerika Syarikat. Dengan perlantikan tersebut menjadikan William Charlie McMillian sebagai datuk bandar termuda yang pernah dilantik di negara tersebut.
Tampil segak dengan tuksedo hitam, William Charles ‘Charlie’ McMillian mencairkan hati hampir 150 hadirin yang meraikan pelantikannya di Pusat Komuniti Whitehall pada Ahad lalu.
Popular dengan gelaran Mayor Charlie
Popular dengan panggilan ‘Mayor Charlie’, bayi comel itu ‘mengangkat sumpah’ selepas ‘dilantik’ pada Oktober lalu untuk berkhidmat kepada komuniti tempatan di Grimes County.
Dengan moto ‘Make America Kind Again’, Mayor Charlie ‘berdiri’ di podium ditemani kedua ibu bapa angkatnya, Chad dan Nancy McMillian di hadapan warga tempatan yang memberikan tepukan gemuruh kepada datuk bandar termuda itu.
“Semua orang mahu memeluknya dan perasaan kasih sayang begitu ketara sekali. Kita sedang berada dalam waktu sukar dan Datuk Bandar Charlie membantu mengembalikan keamanan dan kebaikan di dalam komuniti. Itu merupakan matlamat sebenar,” kata Josh Fultz, seorang ahli majlis bandar Navasota yang hadir ke upacara berkenaan.
Pembida tertinggi dan dilantik untuk tempoh satu tahun
Jika anda tertanya-tanya bagaimana seorang bayi comel boleh dilantik menjadi datuk bandar, jawapannya pada setiap tahun jawatan datuk bandar dilelong pada acara pengumpulan dana Jabatan Bomba Sukarela Whitehall.
Pada tahun ini, Charlie merupakan pembida tertinggi sekali gus membolehkannya ‘dilantik’ sebagai datuk bandar untuk tempoh satu tahun.
Difahamkan, Datuk Bandar Charlie turut ‘membacakan’ ikrar sebagai datuk bandar dalam upacara tersebut.
“Saya, William Charles McMillan berjanji akan melaksanakan sebaik mungkin tanggungjawab sebagai Datuk Bandar Whitehall.
“Berbuat baik kepada semua di taman permainan, mempromosi kehidupan, melindungi dan mempertahankan komuniti Whitehall dan menghantar biskut kepada sukarelawan Jabatan Bomba, jadi bantulah saya, ibu dan ayah,” lapor saluran televisyen tempatan, KBTX.
Pelakon Puteri Sarah berkongsi keberangkatan ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Perkongsian itu membuatkan ramai tertanya-tanya akan keberadaan suami, Syamsul Yusof yang juga pengarah tersohor kerana tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mana tidaknya, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik-beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.
Semoga mendapat umrah yang mabrur
Dalam pada itu, terdapat warga TikTok memuat naik semula perkongsian di Insta Story yang memaparkan suasana di lapangan terbang di mana kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu masa untuk berlepas mengerjakan ibadah umrah.
“Semoga mendapat umrah yang mabrur sis Puteri Sarah Liyana. Moga Allah permudahkan segala urusanmu, amin,” tulisnya.
Pun begitu, air muka anak bongsu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berjaya mencuri perhatian ramai apabila kerana kelihatan sayu dan seperti mencari sesuatu yang ‘hilang’ di depan mata.
Rata-rata warganet mengatakan air muka yang ditunjukkan oleh Sumayyah berkemungkinan sedang mencari kelibat ayahnya sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata. Dan, ia merupakan kali kedua Puteri Sarah mengerjakan umrah bersama anak-anak tanpa kehadiran suami.
Sehingga kini, kisah rumah tangga pasangan ini terus menjadi perhatian ramai selepas Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.